Monday, 27 February 2017

Pantai Remis di Kuala Selangor

Kali ni kami sekeluarga melihat suasana petang di Pantai Remis, Kuala Selangor. Pantai Remis Kuala Selangor adalah terletak 20 kilometer arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sungai Sembilang, Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi rekreasi yang semakin di gemari oleh penduduk setempat atau pun orang luar yang berkunjung ke Kuala Selangor. 

Nak cerita secara terperinci di mana lokasinya saya memang tak pandai. Bagi pengunjung yang baru pertama kali hendak ke Pantai Remis, apa yang boleh saya cadangkan ialah dengan minta bantuan waze atau pun google map dan taip Pantai Remis. Ikut sahaja arahannya. Insya-Allah sampai ke destinasi yang hendak dituju. :)

Sebenarnya inilah kali pertama kami sekeluarga ke Pantai Remis. Agak seronok juga bawa anak-anak ke sini. Pelbagai aktiviti boleh dibuat bersama keluarga. Antaranya ialah memancing, bermain layang-layang, main belon sabun dan berkelah. Pengunjung juga boleh menikmati makanan laut segar di sini. Ketika saya sampai, terdapat pasar yang berdekatan dengan Pantai Remis. Saya tidak pasti pula sama ada pasar di situ diadakan setiap hari atau pun pada hari Ahad sahaja. Kebanyakkan pengunjung bawa makanan sama ada beli mahupun bawa bekal dari rumah.  Masing-masing menjamu selera sambil menikmati panorama Pantai Remis.




Menikmati ais-krem kelapa. 


Apabila sampai ke Pantai Remis, air laut tengah pasang dan angin agak kuat juga. Tak dapat lah anak-anak bermain pasir pantai. Tapi tak mengapalah nak oii, kita main layang-layang je. Apatah lagi inilah pertama kali Aisyah dapat bermain layang-layang. Sampaikan Irfan cakap "Waaa..Hebatnya!!." Hahaha..Apa yang hebat pun tak tahulah. Mungkin sebab layang-layang tu boleh terbang tinggi agaknya. 




Layang-layang Aisyah berjaya di terbangkan.






Air Laut pasang. Air Pantai Remis tidak lah jernih dan tidak begitu sesuai untuk bermandi manda. Ketika air laut pasang ramai juga kaki pancing yang mencuba nasib di sini.


Kalau anda ke Kuala Selangor, jangan lupa singgah ke Pantai Remis. Salah satu lokasi tumpuan dan tempat beriadah seisi keluarga. Sangat sesuai sekiranya dibawa bersama kedua ibu bapa kita sambil menikmati keindahan alam.


Kami tidak dapat melihat keindahan matahari terbenam kerana kami pulang awal tetapi memadailah dapat bermain layang-layang bersama anak-anak dan memandang ke lautan yang luas nyata sangat tenang dan mendamaikan jiwa. 


Ok, sampai sini dulu. Lain kali kita cerita ya :)

Thursday, 23 February 2017

Resepi Diet dengan Susu Kambing (Salic Goat)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ini kita bersiaran dengan perkongsian Resepi Diet. Perkataan diet atau nak kurus adalah perkara sinonimkan. Terutama sekali bagi kaum Hawa. Sensitif bab berat badan ni. Ekceli saya bukanlah terlalu obses nak kurus tapi apabila baju dan seluar yang dipakai dah mula ketat terasa berat badan dan lemak tepu bertambah. Mau taknya, lately ni selera makan semakin menjadi-jadi. Pagi, petang dan malam asyik nak makan. Tekak orang melayukan, pagi nak sarapan nasi lemak. Kalau bukan nasi lemak roti canai jadi menu utama. Tengah hari pulak makan nasi campur. Malam makan lagi. Ermm..Bila timbang aduhaii, usah ceritala..memang penternak lemak. Hahahaha.

Disebabkan ada rasa kesedaran dalam diri ni (ceewaahh), mulalah rasa nak kurangkan nafsu makan. Langkah pertama saya buat ialah dengan menukar menu sarapan pagi. Dari makan nasi lemak dan segala bahan yang berminyak dan menambahkan lemak dalam badan, kita tukar kepada makanan yang lebih berkhasiat tetapi mengenyangkan. Tak sampai 5 minit pun penyediaan sarapan ni, boleh diamalkan setiap pagi sebelum memulakan tugas seharian. Caranya sangat mudah.

Bahan-bahan:

1. Susu Kambing Salic (Salic Goat powder) - 1 scoop
2. Oat - 4 sudu besar
3. Madu - 1 sudu kecil
4. Kurma - 2 atau 3 biji (Kalau nak mudah boleh blend kurma dalam kuantiti yang banyak dan simpan pati kurma dalam peti sejuk. Apabila hendak minum ambil 3-4 sudu besar dicampurkan ke dalam minuman)

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan 200 ml Air suam/ panas/ sejuk dicampurkan ke dalam bahan tadi. Akhir skali kita shake. Siap dan baca Bismillah sebelum minum ya :)  


Nak lagi sedap sekali skala boleh juga variasikan minuman anda dengan 1 sudu milo atau koko, atau pun campurkan dengan 1 sudu yogurt asli rendah lemak pun boleh juga. Waalaahhh..memang lemak berkrim disukai ramai. RESULT saya yang baru mula 3 hari, berat badan saya dah turun 1 Kg. Oklah kan..Itupun saya tak skip makan tengah hari dan malam. Haa..Cubalah wakkk...  :)




Inilah sarapan pagi saya. Kenyang sampai ke lunch tau :)


Untuk susu sebenarnya tidak terhad kepada susu kambing Salic. Boleh guna susu lain juga. Terpulang pada selera masing-masing ya. 

Kenapa saya pilih susu kambing Salic kerana selain daripada susu kambing banyak khasiat, ia juga tak BAU HAMIS dan JIMAT. Hanya 1 scoop sahaja. Susu kambing Salic adalah daripada Kambing baka Saanen, tidak diinject anti biotik dan MENGHASILKAN 100% susu segar asli yang bermutu TANPA perlu campuran kanji buatan untuk tambah volume,TANPA perlu perisa tambahan, TANPA perlu gula tiruan dan TANPA perlu creamer non dairy. Memang SEDAP. Bila dah cuba sekali terus fall in LOVE tau. 




SALIC GOAT.Produk bermutu.Selamat digunakan seisi keluarga. 
Halalan Thayyiban
Sebarang pertanyaan/order 017 - 240 8646

Friday, 17 February 2017

Khasiat Susu Kambing Salic/ Salic Goat Powder

Bismillah,



Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah Susu Kambing.  Susu Kambing adalah merupakan makanan semulajadi yang berkhasiat dan diperlukan untuk kesihatan badan seharian.  Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega.  Ianya sesuai untuk kanak-kanak hinggalah dewasa.

Kebiasaanya susu kambing ada sedikit bau hamis. Ada antara kita yang tidak berapa suka dengan susu kambing segar disebabkan tidak tahan dengan baunya. Begitu juga dengan saya.  Bagi menggelakkan ada bau, kebiasaannya saya akan memilih susu kambing segar yang mempunyai berperisa seperti jagung ataupun kurma.    

Kini untuk menikmati susu kambing segar adalah mudah.  Boleh dapatkan secara online ataupun secara offline. Bagi yang tidak gemar minum susu kambing segar, terdapat pelbagai pilihan. Pilihlah yang terbaik buat diri dan juga keluarga kita. Saya memilih susu kambing Salic/ Salic Goat Powder sebagai minuman seharian terutama sekali pada waktu sarapan pagi. Kebiasaannya saya akan campurkan dengan sedikit madu dan juga oat. Terpulang pada anda untuk mengolahkannya. Mengikut cita rasa masing-masing. Yang pastinya Susu Kambing Salic ini ialah baunya yang harum dan lemak berkrim disukai ramai. 



KANDUNGAN DAN KEGUNAAN SUSU KAMBING 100% ORGANIK (SALIC GOAT)
--------------------------------------------------------------------------------------

Mengandungi Zink untuk menguatkan IMUNITI tubuh
Mineral alkaline untuk pesakit GASTRIK kronik
Bahan Fluorine serta Betakasein baik bagi pesakit bronchitis, asma, TB, dan pneumonia
Cynokobalamin pembentuk hemoglobin bagi pesakit demam denggi, ANEMIA, thalasemia

Kandungan A2-betakasein dan asid amino esensial pembentuk insulin berguna bagi pesakit DIABETES
Kalium berguna bagi pesakit arteriosclerosis, tekanan darah tinggi maupun DARAH RENDAH
Enzim xanthine oxydase dan niasin (vitamin B3) berfungsi mengatasi sel kanker / tumor dan mengurangi kesan toksik KEMOTERAPI
Kalsium membantu pertumbuhan tulang dan mencegah OSTEOPOROSIS 
Kandungan MCT (Medium Chain Trygliseride) berguna bagi program menurunkan berat badan dan penyembuhan akibat STROKE
Kaya dengan lactogobulin penahan protein penyebab ALERGI
1️⃣Tingkat asid yang menyerupai kulit - dapat melembabkan dan CANTIKKAN KULIT
1️⃣Mengandung mineral, belerang metionin, riboflavin (vitamin B2) yang dapat merangsang sel otak serta sistem saraf bagi KECERDASAN ANAK
1️⃣Riboflavin (vitamin B2) bermanfaat menurunkan kekerapan serangan MIGRAIN
1️⃣Lactoferin (LF), lactoperoxidase, lysozyme, dan peptide dapat meningkatkan aktiviti CD4 dan sel T sebagai pembentuk sistem kekebalan tubuh bagi pesakit jangkitan virus HIV



Kenapa SUSU KAMBING ORGANIC SALIC GOAT.
SALICGOAT : 100% serbuk susu kambing asli & organik.TANPA campuran nondairy creamer/ gula tiruan/ maltodextrin/ perasa/ pemanis/ penstabil makanan.

SALICGOAT: 100% susu segar yg di spray dried dan di packing terus. Kambing dari baka saanen tidak di inject antibiotik dan tidak hamis.

SALICGOAT: Rasa lemak berkrim.

SALICGOAT: Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sesuai juga untuk ibu hamil, ibu menyusu,low hb, high kolestrol, anak alergi/eczema, gastrik, kurang selera makan,rendah imuniti dan mempunyai masalah kulit.
🚘
Susu kambing organik boleh juga dimanfaatkan sebagai terapi masalah usus dan penyerapan. 

Jadi, buat kanak-kanak yang susah makan, sambil melatih mereka makan nasi perlahan-lahan, boleh berikan susu kambing Salic Goat juga.


Organic Salic goat.
100% asli. Bebas gula tiruan,bebas maldoxterin,bebas nondairycreamer.




Delivery seluruh Malaysia via Poslaju


Order: Whatsapp 017-240 8646

Sunday, 12 February 2017

Belajar Membuat Blog

Bismillah,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri/ sura yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.




Apa yang dipelajari:-
- Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
- Belajar asas berjualan melalui program dropship.
- Belajar menjual produk fizikal.
- Belajar menjual produk digital.
- Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.


Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah:-
- kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
- kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
- kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
- kumpulan sokongan untuk mereka bergelar Working At Home Mom (WAHM)
- platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.


2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah

a) KELAS ASAS BLOG PENULISAN:-


1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9.Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.


b. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES



1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk pilihan iaitu buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.


Yuran kelas adalah berbeza mengikut pakej:-


RM250 (KELAS BLOG BISNES ATAU KELAS BLOG PENULISAN - boleh pilih salah satu kelas + PENGURUS ONLINE ABDR) bonus 6 ebook (ebook blog, super wahm supermom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea bisnes, ebook yeay mama sudah resign, ebook 10langkah mudah bina kedai online)


YURAN RM300 KELAS BLOG MULA BISNES PENULISAN SERENTAK + PENGURUS ONLINE ABDR (BONUS 10 EBOOK - ebook blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea bisnes, ebook panduan berpantang, ebook resipi berpantang, ebook super wahm supermom, ebook rahsia khidmt pelanggan, ebook yeay mama sudah resign, ebook 10langkah bina kedai online blum terbit, ebook panduan rakn niaga blum terbit)


Kelebihan kelas ABDR:-

1.Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook
2.Nota toturial bergambar lengkap disediakan
3.Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online dan WAHM
4.Masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan 
5.Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE 


Jika anda bersedia untuk menggunakan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, menjadikan blog sebagai medium perkongsian dan blog anda mudah berada di carian google, dan mudah dijejak pembaca, jom sertai KELAS ONLINE BLOG ABDR ini. 


Baca lebih banyak ulasan pelajar ABDR di blog utama http://akademibekerjadirumah.blogspot.com


Jika sudah bersedia, boleh mendaftar untuk bersama keluarga besar ABDR. Iaitu kumpulan sokongan surirumah secara online.


Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya melalui
sms/ wsapp / telegram : 017 - 240 8646



Tuesday, 7 February 2017

Kencing Kotor dan Cara Rawatan dengan SOLE Qaseh Gold

Bismillah,

Pernah rasa perut sakit dan berdenyut-denyut di bahagian kanan atau kiri perut?? Hanya Allah sahaja yang tahu rasa kesakitan itu.  Saya masih ingat lagi pertama kali saya kena kencing kotor. Sewaktu itu saya masih belum berkahwin. Rasa serba tidak kena. Nak kata gastrik bukan gastrik tapi sakit yang menyucuk. Allahu. Terus ke klinik swasta untuk dapatkan rawatan. Pada awalnya Doktor sangkakan saya mengandung kandungan Luar Rahim. Masa tu rasa apa kebendalah Doktor ni merepek sedangkan dia tahu saya berstatuskan bujang. Tetapi tika tu hati berkata 'No Heart Feeling' laa kan. Cewahh padahal maintain geram jer. Hehehhe..

Ketika mengandungkan Aisyah, terdapat jangkitan kuman dan kencing kotor juga. Dengan keadaan yang berbadan dua lagi rasa tidak selesa. Pengalaman saya, saya tidak pernah mengalami sakit ketika membuang air kecil atau pun tidak lawas tetapi perut saya sakit dan berdenyut-denyut. Kebiasaannya doktor akan memberikan antibiotik dan saranan doktor supaya kita minum air suam yang banyak.

Apa itu kencing kotor?

Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing tidak lancar. Kebiasaannya air kencing berwarna kuning jernih atau kuning pekat.

Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?


- Kekurang air dalam badan

- Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection – UTI)
- Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vitamin B dan Vitamin C
- Pesakit kencing manis (diabetes)
- Mengandung
- Pengambilan sesetengan ubatan
- Terdedah kepada sesetengan bahan kimia
- Batu karang dalam saluran kencing
- Kerosakan buah pinggang

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?

Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Apa-apa yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E.Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostate dan lubang kencing yang sempit (uretharal structure). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan kurang pengambilan air.

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang. (Sumber: FB/ Ixora Jamu Susuk Dara)

Kali terakhir saya kena kencing kotor adalah pada bulan Mac 2016. Pada asalnya saya mengalami gastrik yang sangat teruk. Dalam masa yang sama saya dapati warna air kencing saya sangat kuning dan pekat. Bila ke klinik, Doktor sahkan air kencing saya kotor dan diberi ubat antibiotik. Namun begitu, air kencing tetap berwarna kuning pekat walaupun ketika itu sudah banyak minum air suam. Rasa risau juga apatah lagi Doktor memberitahu sekiranya ianya berterusan saya diminta berjumpa doktor pakar kerana kemungkinan boleh menyebabkan effek pada buah pinggang. Ahh!! Saya mula risau. Kalau ikutkan sejarah, arwah ayah saya meninggal dunia disebabkan oleh buah pinggang yang rosak. Ibu dan ayah merupakan pesakit kencing manis dan darah tinggi. Adoii bertambahlah kerisauan dihati ini.

Selepas pulang dari klinik, saya mula mengamalkan petua orang tua. Rebus air barli. Namun tidak juga berhasil. Sudah seminggu air kencing saya berwarna kuning pekat. Tiba-tiba saya terpandang air SOLE Qaseh Gold. Sebenarnya saya sangat-sangat jarang amalkan SOLE ini. Walaupun tahu manfaatnya tetapi dek kemalasan air SOLE ini dibiarkan sepi dalam peti sejuk. Hati saya terdetik, kenapalah tidak terfikir untuk campurkan sedikit air SOLE di dalam air minuman saya. Dengan hanya 3 ml air SOLE saya campurkan ke dalam 1.5 liter air suam. Setiap hari saya minum 3 liter air suam dengan campuran air SOLE. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, asbab dari minum air SOLE air kencing saya mula jernih dan saya kembali sihat. Kini saya masih mengamalkan minum air SOLE. Bukan diri saya sahaja malah untuk diminum bersama seisi keluarga juga.

Apa itu air SOLE??

PATI KRISTAL Garam (SOLE)

Dilengkapi dengan 84 mineral SEMULAJADI.


FUNGSI
  • Tumbesaran optimum fizikal dan mental kanak-kanak
  • Pembentukan kolagen semulajadi kulit.
  • Menguatkan gusi, seimbangkan pH mulut untuk kesihatan dental anda
  • Menormalkan sistem pernafasan
  • Menyokong fingsi otak dan perkembangan neuron yang sihat
  • Memulihkan pH usus, menggalakkan metabolisme asid amino (protein)
  • Menyokong perkembangan fetus dalam kandungan
  • Melaraskan fungsi rahim, kesihatan vagina dan menormalkan kitaran haid
  • Membantu penghasilan hormon seimbang

TIP PENGGUNAAN
  1. Campurkan 3 ml SOLE ke dalam satu gelas air bertapis/ air minuman dan minum pada waktu pagi sebelum menggosok gigi
  2. Campurkan 5 ml lagi ke dalam air minuman 1.5 liter untuk diminum sepanjang hari
  3. Penggunaan kerap tidak memberi kesan sampingan


Order: Whatsapp 017-240 8646
Harga: RM60 (tidak termasuk kos pos)

Monday, 6 February 2017

Pengalaman Bisnes Online


Teks: Eko Salina Kasman

Bismillah,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Terima kasih sebab sudi singgah di blog Dari Hati Mama Aisyah dan Irfan. Kali ni saya hendak share mengenai pengalaman saya dalam membuat Bisnes Online. Saya mula jalankan bisnes online pada tahun 2014. Saya percaya, rata-rata yang pertama kali membuat bisnes online sudah tentunya menjual pelbagai jenis barang. Saya pun jual pelbagai produk. Mungkin lain orang lain caranya.  


Sebenarnya pada saya tidak mengapa pun sekiranya kita menjual pelbagai produk, biarlah orang kata kita tidak fokus jual pada satu barang sahaja, tetapi kita konsisten dalam membuat bisnes. Tambahan pula sekiranya kita bukanlah pengasas atau pun pengeluar sesuatu produk itu. Kita pun tidak tahu yang mana satu Allah nak bagi rezeki lebih pada kita. Sama ada produk A atau pun produk B. Cuma kita perlulah sentiasa memupuk minda kita supaya lebih positif. Haaa apabila dah banyak sel-sel positif dalam minda, InsyaAllah mudahlah kita kembangkan bisnes. Cakap macam senang kan. Semudah ABC. Ekceli bekerja sepenuh masa dan mencari pendapatan sampingan perlu ada disiplin yang tinggi. Waktu siang perlu tumpukan sepenuh masa pada kerja hakiki dan malam atau hujung minggu adalah waktu untuk bisnes online. Pada saya keberkatan dalam mencari rezeki itu adalah sangat penting. 


Bagi yang baru mula bisnes, pada pandangan saya cuba kurangkan risiko. Kita bermula dengan menjual produk orang lain. Selain itu, bermula dengan modal yang kecil dan minimumkan risiko. Jika anda berbakat dalam penulisan bolehlah hasilkan karya sendiri. Contohnya seperti ebook. Macam saya memang tak ada bakat terpendam, jadinya saya bermula sebagai ejen dropship. Alhamdulillah, melalui ejen dropship saya belajar bagaimana memasarkan sesuatu produk di laman sosial. Memandangkan saya bekerja sepenuh masa, menjadi ejen dropship pada awalnya adalah pilihan yang tepat kerana saya tidak perlu simpan stok dan juga pos barang. Semuanya diuruskan oleh ejen kita. Walaupun komisyen yang diberikan adalah kecil tetapi saya rasa gembira dan berpuas hati apabila ada pembeli membeli produk yang kita jual. Kepercayaan pelanggan penting bagi meyakinkan pelanggan akan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan benar-benar wujud dan bukan satu penipuan.


Saya mula bisnes online melalui rakan niaga di Akademi Bekerja Di Rumah. Bermula dengan menulis blog sebagai medium pemasaran dan menjadi ejen dropship dengan menjual buku dan memasarkan produk Akademi. Dari situ lah saya belajar dengan guru dan juga pengasas ABDR. Selepas itu saya mula menjual produk lain pula. Alhamdulillah, ada masanya capai target dan ada masaya kecundang jua. Bukan senang hendak berjaya dan bukan senang untuk sentiasa berfikiran positif. Dalam mengecapi sesuatu kejayaan pastinya kita perlu korbankan banyak masa, tenaga dan perlu usaha yang lebih keras.


Walaupun saya belum bergelar Usahawan lagi, namun saya ingin kongsikan di sini ialah apabila sudah mula bisnes, asingkan duit MODAL kita. Apabila jual barang dan dapat untung, guna untung tu untuk tambah modal. Dari situlah bisnes kita akan berkembang. Mungkin dari ejen dropship akan menjadi ejen. Dari ejen pula manalah tau boleh jadi stokiskan. Selain daripada itu sentiasa berfikiran positif dan yakin kalau usaha sungguh-sungguh pasti ada hasil tidak kiralah ramai mana pun yang jual barang yang sama. Percayalah pelanggan yang kita dapat itu pun datangnya dari Allah, sebaik mana pun marketing kita kalau bukan dengan izin Allah kita tidak akan kecapi. Bagi yang mahu mula bisnes, usah risau tetapi bertindaklah sekarang dan Jalan Terus sahaja.


Okey, sampai sini dulu. Lain masa kita story mory lagi ya.



Notakaki:
Ada yang mahu mula berniaga tetapi tidak tahu caranya. Boleh sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Mahu baca testimoni pelajar ABDR boleh KLIK DI SINI ataupun whatsapp 017-240 8646 untuk info lanjut.

Pada yang berminat untuk menjadi ejen dropship produk Homemade boleh KLIK DI SINI juga.




Sunday, 5 February 2017

Ulasan Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah

Teks: Eko Salina Kasman



Bismillah,


Selesai membaca ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah. Sambil memasang impian mahu menjadi ibu yang bekerja di rumah di samping dapat menjaga anak-anak dengan sepenuh masa. Sebenarnya anganan itu sudah lama diimpikan. 


Saya selalu berdoa agar Allah bukakan jalan. Permudahkan segala urusan dan semoga impian saya akan tercapai. Penglibatan saya bersama Akademi Bekerja di Rumah yang diasaskan oleh penulis secara tidak langsung dapat memberi pendedahan dan persediaan kepada saya sebelum mengambil keputusan berhenti kerja. 

Sangat terinspirasi melalui 13 kisah suri yang bekerja di rumah hasil karya Puan Masayu Ahmad. Dapat melihat anak membesar di depan mata, mendidik dan dapat bersama dengan anak adalah suatu nikmat yang sukar diungkapkan oleh mana-mana ibu. 

Hari-hari yang telah berlalu itu mana mungkin akan kembali dan hanya kenangan dan kerinduan mengamit memori bersama insan yang tersayang. Apatah lagi kenangan bersama kedua ibu bapa yang telah pergi. 

Sungguh, saya cemburu dengan penulis yang mana dapat berbakti pada orang tuanya dan dapat membesarkan anak-anak tanpa perlu menyerahkan kepada orang lain. 

Tiba-tiba teringat pada anak sendiri tatkala menghantar ke rumah pengasuh. Irfan akan berjalan perlahan dan pasti diminta untuk berdukung. Selalu akan kedengaran suara kecilnya berkata 'Nak Mama'. Apabila minta disalam pasti muka dipalingkan. Allah hati ini mula terdetik, bilakah masanya akan tiba. Kita hanya merancang dan Allah jualah sebaik Perancang. 

Ebook yang menghimpunkan 13 kisah Inspirasi suri yang berniaga dari rumah. Bagaimana mereka bermula, menempuh pelbagai cabaran dan rintangan tetapi pengakhirannya dengan kejayaan. Sangat kagum dengan kecekalan hati mereka, disiplin dalam pembahagian masa, sabar dalam menempuh dugaan serta tawakal kepada Allah kerana Dialah pemberi rezeki kepada hambaNya. 

Tidak rugi membaca Ebook ini yang boleh dijadikan panduan buat suri sebelum ingin mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Bacalah dengan fikiran yang terbuka dan hati yang lapang pasti boleh jadikan sebagai sumber inspirasi dan idea bagaimana mahu bermula berniaga dari rumah.

Boleh dapatkan ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah dengan harga RM30 dan lebih JIMAT pembelian 3 ebook dengan hanya RM50 sahaja.





Order:  Whatsapp 017-240 8646