3 Tips Bantu Mudahkan Waris Untuk Selesaikan Hutang

by - 14:52

HUTANG BELUM SELESAI???  Dalam pengurusan Pusaka, perkara yang paling penting adalah untuk selesaikan hutang-hutang. Sebelum pembahagian harta dibuat, waris perlu segerakan pembayaran hutang si mati. Manakala pembahagian Harta yang diterima oleh waris adalah perkara terkemudian.


3 Tips bantu mudahkan waris untuk selesaikan hutang sewaktu kita tiada.

🌹Senaraikan dan tulis segala hutang yang ada termasuk dengan kawan-kawan atau saudara mara dalam buku hutang khas. Ia di tuntut dalam Islam serta untuk elak dari salah faham dan waris pula tidak tahu perkara sebenar. 

Semua dokomen perjanjian seperti hutang rumah, kereta, hutang peribadi dan lain-lain perlulah disimpan dalam satu fail bersama dengan buku hutang khas bagi memudahkan waris untuk melangsaikan hutang si mati atau berurusan dengan pihak yang terlibat.

🌹Hutang dengan Allah SWT.  Contohnya adalah haji, sekiranya semasa hidup duit belum cukup untuk menunaikan haji, boleh buat pesanan kepada waris supaya waris boleh ambil sedikit wang simpanan yang ada untuk upah orang bagi melaksanakan badal haji.

Ia suatu kewajipan yang perlu dibayar bagi meyempurnakan rukun Islam.

🌹Cari jalan untuk selesaikan hutang sewaktu hidup. Samaada hutang dengan Allah atau manusia. Jangan bebankan waris-waris dengan hutang-hutang kita.


Dikhuatiri hutang akan terus tinggal hutang dan si mati terseksa di alam barzakh.

You May Also Like

0 comments