Kenapa Bukan Insuran??

by - 13:55



Ada antara kita masih lagi memilih Insuran (Konvensional) sebagai pelan perlindungan mereka.  Mungkin ada yang membeli polisi insuran sewaktu Takaful belum diperkenalkan lagi.  Namun, apabila ditanya pembelian dibuat pada tahun 2018.  Alasan diberikan kerana insuran  adalah lebih Murah berbanding Takaful.
.
Sahabat sekalian,
Kita sudah sampai ke Tahun 2020.  Segala maklumat boleh dicari melalui hujung jari sahaja. Mungkin ada yang masih kurang faham, tidak tahu atau pun ingin mengambil jalan mudah sahaja. Sebenarnya terdapat banyak Pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan pelbagai pelan perlindungan dengan harga yang bersesuaian dengan bajet anda.  Sama ada kita usaha untuk mencarinya atau pun sebaliknya.
.
Insuran (Konvensional) adalah Haram hukumnya kerana kontraknya adalah jual beli serta mengandungi unsur gharar (tidak jelas), maisir (judi) dan riba', walaupun ada yang mengatakan ianya dilaburkan dalam dana patuh shariah ianya tetap haram.
.

Sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia, waris hanya boleh terima jumlah bayaran pokok pembeli polisi semasa hidup sahaja sebagai harta pusaka si mati dan ianya perlu diagihkan mengikut hukum faraid.
.

Manakala baki pampasan polisi insuran itu tadi, hendaklah di serahkan kepada Baitulmal. 
.

Sebenarnya konsep Takaful itu dah cukup cantik untuk kita sertainya. Ini kerana dengan adanya konsep tabaru'(derma) dan ta'awun (tolong menolong) sesama peserta, ianya dapat menyemarakkan rasa kasih sayang ketika mereka mengalami musibah seperti sakit, kemalangan atau pun kematian.

Pengguna boleh memilih syarikat-syarikat pengendali Takaful patuh shariah, yang telah diberikan Lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM). 



You May Also Like

0 comments