Sunday, 6 September 2015

21 Formula Hidup Luar Biasa

NAK MINTA NASIHAT BISNES PALING JUJUR? INI DIA :

Pagi-pagi buka facebook, ada seorang telah pm minta nasihat saya tentang bisnes. Dia masih bekerja tapi sedang menimbang utk berhenti dan join bisnes.

Selalunya saya akan kongsikan point-point 'baik' seperti :

  •  bisnes ada freedom.

  • lubuk kekayaan

  •  anda tentukan gaji sendiri dll


Tapi kali ini saya kongsikan REAL fact. Tidak mahu selindung-selindung lagi. Ketahuilah bila masuk bisnes terutamanya 3 tahun pertama, mengambilkira kita kurang pengalaman dan kurang ilmu, ini REALITI yg bakal anda lalui :

  •  hujung bulan, tiada siapa yg akan hulur duit bayar bil & ansuran rumah anda. No money hujung bulan as usual. So kita must plan dari awal bulan utk itu.

  •  No more 'sabtu ahad' hari cuti atau kerja 8-5 sahaja. Bisnes kena aktif tiap-tiap hari. Pagi hingga tengah malam.

  •  Jika waktu kerja anda fikir dah banyak kerja, bila masuk bisnes anda akan berhadapan lagi banyak kerja. 10 KALI GANDA.

  • Tekanan? Ya ada dan sangat tinggi, sebab dulu anda hanya fikir nak bayar bil sensorang, kini anda akan fikir bil orang lain (gaji pekerja).

  •  Anda nak berbisnes sebab nak rileks? Jangan harap. Disini anda perlu menguras tenaga 120%. Anda perlu luarbiasa kreatif. Anda perlu luarbiasa open kpd semua orang. Anda perlu luarbiasa tabah & sabar.

  • Kalau anda jarang berdoa, kurang jaga solat, kurang berzikir, bisnes anda lebih mudah melingkup kerana 'wifi' anda dengan Maha pembuka rezeki selalu sangkut.

Ini realitinya. Tak percaya, tanya otai-otai bisnes.




Tips ini hanya akan valid jika anda nak bisnes berjaya. Kalau anda masuk bisnes atas mentaliti nak melingkup pada hujungnya atau mentaliti 'so-so', jangan percaya tips di atas.

Even, jangan masuk bisnes jika anda tak prepare mental & fizikal berdasarkan point di atas. Jika tidak anda pasti kecewa, sama seperti beratus ribu yg lain yg masuk bisnes & kemudiannya melingkup.

Sebab mereka fikir, masuk bisnes nak rileks dan jadi boss!
Mereka tak perasan, dalam bisnes kita kuli nombor 1.

Cuma berita baiknya, boss kita luarbiasa : Tuhan.

Thats why Dr. Azizan Osman dan saya tulis buku Hidup Luarbiasa. Nak betulkan alignment dalaman dulu sblm betulkan ilmu luaran. Selalunya orang yg betul pemikiran (ada syukur, sabar redha tawakkal doa sujud dll), bisnesnya pasti mantap.

Sebab dalamanlah yg mencerminkan luaran.
(Us Mohammad Asraff Ayob)



Dapatkan Buku 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA
'Betulkan alignment dalaman baru betulkan ilmu luaran'.

Hanya RM45 senaskah (semenjung/ ss) 
siap dengan poster dan tandatangan ustaz Asraff Ayob
boleh pm/wa saya di talian 017-240 8646 untuk pembelian ya
Untuk yang minat dropship juga dialu-alukan.

Taman Botani Negara Shah Alam

Teks: Eko Salina
Gambar: Koleksi Peribadi



Salam sejahtera semua,




Usai bersarapan dihujung minggu, En Suami bertanya 'hendak ke mana kita?'
Waa..pucuk dicita ulam mendatang. Terusku menjawab 'kita ke Bukit Cherakah nak'.

Ianya juga dikenali dengan panggilan Bukit Cherakah iaitu merujuk kepada Taman Botani. Sebenarnya kali terakhir daku ke sana pada tahun 90 an..Masa tu zaman muda mudi remaja. Berjalan bersama-sama rakan-rakan sekuliah. Masa tu tenaga masih kuat lagi, sanggup meredah seantero Bukit Cherakah. Sekarang?? Ehem-ehem..usah diceritakan ;)

Bagi yang belum pernah ke Taman Botani Negara Shah Alam ni, meh daku bagi tahu serba sedikit tentang Taman ini.  Lokasi Taman ini terletak berdekatan dengan Seksyen 8, Shah Alam dan waktu operasi adalah dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang. Harga masuk ke Taman ini adalah:


  • Dewasa - RM3
  • Kanak-kanak (6 - 12 tahun) - RM1
  • Warga emas - RM1

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di Taman Botani. Antaranya ialah:

  • Berbasikal
  • Skytrek
  • Flyfishing
  • Kolam Renang
Selain daripada itu terdapat beberapa tempat tarikan yang terdapat di Taman ini. Antaranya:-

  • Taman Haiwan
  • Taman Hiasan
  • Rumah Iklim Sederhana 4 musim
  • Taman Padi
  • Taman Kaktus
  • Taman Buah-buahan tropika
  • Dan Lain-lain
Taman Botani juga menyediakan perkhidmatan bas untuk para pengunjung. Berpeluh juga kalau berjalan kaki. Lagi-lagi bagi pengunjung warga emas dan anak-anak kecil.


>>> Kisah Daku di Taman Botani

Kami tiba di Taman Botani lebih kurang jam 9.30 pagi.  Pada awalnya daku bercadang untuk berbasikal bagi memberi pengalaman kepada anak-anak menaiki basikal. Tambahan pula daku mempunyai anak yang berusia 2 dan 4 tahun. Takut mereka letih kalau hendak berjalan kaki.  (Sebenarnya daku yang begitu sayang untuk membuang lemak yang sedia ada ni..hahaha)

Namun, kita hanya merancang dan Allah yang menentukannya. Basikal yang punya 'carrier' dah abis disewa. Hendak menaiki bas sentiasa penuh dan lambat untuk menunggu. Akhirnya En Suami mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Ok..hendak sedapkan hati, ini dinamakan Sihat sambil beriadah kannn. (Habis juga akhirnya lemak kesayanganku. wakakaka)


>> Destinasi Kami


Laluan Utama




Taman Haiwan

Taman Haiwan yang terdapat di Taman Botani tidaklah seperti di Zoo Negara. Boleh la untuk memperkenalkan kepada anak-anak tentang haiwan. Tak banyak haiwan yang terdapat di Taman ini. Memadailah dengan adanya rusa, landak, kura-kura, pelbagai burung, iguana, arnab, kuda dan rusa. Ok la tu kan. 


>>Destinasi Kedua

Kalau tengok dari luaran anak sulong daku Aisyah macam tak kuat nak berjalan jauh-jauh. Apa tak nya, setiap kali berjalan pasti hendak berdukung. Ayahlah menjadi mangsa. Bukannya tak nak membantu, kita perempuan, insan yang lemah. Tak boleh angkat berat sangat. ngeh ngeh ngeh. Kalau Irfan usah dikata, memang sesuai dibawa ke Taman Botani. Bukan berjalan tapi berlari, boy boy la katakan. Super duper aktif. 

Apa yang memeranjatkan, Aisyah seronok berjalan tanpa rasa penat dan mengeluh. Cuma sekali sekala meminta berhenti seketika untuk minum dan berehat. Bravoo Aisyah. Don't judge a book by it's cover tau mama. Hehe.



Jambatan Gantung

Kalau melihat pada peta di Taman ini dan mengikut kepada tenaga kami sekeluarga memang tidak mampu untuk jelajah satu Taman Botani Shah Alam ni. Terlalu luas dan kesian pada anak-anak kalau berjalan kaki. Lalu kami mengambil keputusan berjalan hingga ke Rumah Iklim Sederhana 4 musim sahaja.

Sepanjang perjalanan ke Rumah Iklim tersebut, kami melalui Jambatan Gantung. Aisyah pada mulanya agak takut juga tetapi tidak pada si kecil Irfan. Ada hati lompat-lompat di atas Jambatan Gantung. Bukan main syok lagi dia. Saje suka menyakat kakak yang cam takut-takut tu. Ermm good job Irfan ;)


>> Destinasi Ketiga

Selepas dari Jambatan Gantung kami meneruskan perjalanan ke Rumah Iklim Sederhana 4 musim.  Sebelum sampai ke tempat yang hendak dituju, terdapat juga taman permainan. Kalau dinamakan kanak-kanak riang pastinya tak akan lepaskan peluang bermain di taman permainan walaupun hanya ada gelongsor dan buaian sahaja. Hehehe.

Setelah penat bermain baru la ke Rumah 4 musim. Pada waktu ini adalah musim panas. Tetapi rumah tersebut berhawa dingin. Masuk je Rumah 4 musim Aisyah bersuara "Waaaaaaa....cantiknya....." Haila anak..dalam hati berkata "biasa je mama tengok". Hehehe. Mungkin biasa pada kita orang dewasa tetapi tidak pada anak-anak. Keadaan rumah itu sudah cukup membuatkan mereka berasa kagum dan gembira.



Rumah Hiasan

Rumah Hiasan ni muat-muat je ngan Irfan. Tanpa disuruh dia masuk ke dalam rumah tanpa rasa bersalah. Macam rumah ini aku yang punya. Hahahha.





Rumah Iklim Sederhana 4 Musim






>> Destinasi Keempat

Destinasi Akhir Kami. Perjalanan pulang ke 'check point' kami mengambil khidmat bas yang telah disediakan. Rasa kesian pula pada anak-anak. Jauh rasanya kami berjalan. Walaupun kelihatan mereka masih larat untuk berjalan lagi. 







Berdekatan dengan laluan masuk ke Taman Botani, terdapat sawah padi. Ianya juga salah satu pembelajaran dan pengenalan buat anak-anak yang belum pernah ke bendang. Apatah lagi daku dan suami bukan berasal dari orang bendang. Daku pun cam budak-budak juga, nak jugak bergambar di bendang. Alaaa..asyik dia orang je ada dalam gambar, kita pun nak juga kan..Hehehehe.

Berakhir lah sudah perjalanan kami di Taman Botani Negara Shah Alam. Sebelum itu, kami singgah ke restoran di Taman ini untuk makan tengah hari. Pekena pula dengan air kelapa sejuk. Memang fresh dan lega rasanya tekak ni. Secara keseluruhan ianya merupakan satu pengalaman yang menarik buat anak-anak. Bayaran masuk pun berpatutan dan sangat sesuai dikunjungi bagi semua peringkat umur. Sepatah kata Aisyah "Bestlah Mama". Terima kasih En Suami kerana membawa kami ke sini. Yang penting anak-anak Happy...Lain kali kita pergi tempat lain pula. ;)


Tips ke Taman Botani

  • Bawa bekalan air yang mencukupi. Lebih jimat
  • Boleh bawa bekalan makanan. Berkelah bersama keluarga (Yang penting jaga kebersihan Taman)
  • Memakai kasut sukan atau 'flat shoe' bagi kaum wanita. Memudahkan untuk kita berkejar-kejaran dengan anak kecil dan berjalan di Taman.

Hingga sampai di sini. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua  :)

Thursday, 3 September 2015

Pengalaman Bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah

Teks:  Eko Salina Kasman
Gambar: Koleksi Peribadi


Salam sejahtera para pengunjung :)


Baru-baru ini daku sambut merdeka di Kota Kinabalu bersama keluarga tersayang. Percutian ke Kota Kinabalu ini adalah buat kali kedua buat diriku dan suami.

Perjalanan dari KLIA ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 1/2 jam. Alhamdulillah percutian kami sekeluarga berjalan dengan lancar dan selamat. Apa tidaknya, baru-baru ini seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan gempa bumi di Gunung Kinabalu. Pastinya ada perasaan risau dihati diriku sekeluarga, apatah lagi daku sudah membeli tiket MAS dan telah menempah penginapan di Kota Kinabalu.


Namun segalanya sudah berakhir dan alhamdulillah tercapai juala hasratku ini membawa ibu2ku bercuti di SABAH. Ibu2ku adalah ibuku dan ibu mertuaku ;-)


Bertolak - 29/8/2015  jam 5.15 petang 

Subhanallah..cantiknya ciptaan Allah. 


30/8/15 - Bermulalah episod di Kota Kinabalu

Kalau ke Kota Kinabalu jangan lepaskan peluang ke Kundasang.  Perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam.  Dalam perjalanan ke Kundasang boleh juga singgah ke Rumah Terbalik di Tamparuli. Bersebelahan dengan rumah terbalik pengunjung juga boleh ke 3D museum.  Bayaran masuk adalah berlainan. Cuma pihak pengurusan tidak membenarkan pengunjung mengambil gambar/ video di dalam rumah terbalik.  







Apa yang ada di Kundasang. 


Jom >>>>



Di Kundasang kita boleh melawat Desa Cattle Dairy Farm dan Kinabalu Park. Cuaca yang sejuk dan nyaman menyebabkan ramai pengunjung yang gemar datang melihat lembu di situ.  Apatah lagi dengan kehadiran lembu hitam putih seperti kita berada di New Zealand gituuu...ditambah pula dengan berlatar belakang Gunung Kinabalu...tak dapat ke New Zealand di Kundasang pun ok juga. hikhikhik..

Terdapat juga homestay di Kinabalu Park.  Kepada pengemar alam semulajadi di sini la destinasinya...Udara yang segar dan pemandangan yang cantik!! 



31/8/2015 - Poring Hotspring & Nature Reserve  (40 minit dari Kundasang)




Malam merdeka kami sekeluarga bermalam di Poring Hotspring & Nature Resort, Ranau. Dari segi penginapan daku boleh bagi 4 Bintang.. Memang cantik, bersih dan layanan yang bagus oleh pekerja di situ.  Senyuman juga sentiasa diberikan kepada para pengunjung. Sejuk je mata memandang. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang begitu 'nature'..I Loikee...wehuuuu... Resort kami bersebelahan dengan sungai. Air yang deras memecah kesunyian malam dan pagi, ianya seperti terapi minda. Hilang segala stress...dan lupa seketika rutin harian di Kuala Lumpur.

Yang tidak menariknya adalah makanan di situ. Tidak banyak pilihan dan bukan selera tekak orang semenanjung.  Tapi tak tahulah orang lain kan. Tekak lain2..tak sama..hehhee..






Resort kami berdekatan dengan kolam air panas. 20 minit berjalan dari resort juga terdapat air terjun dan jambatan gantung. Memandangkan daku membawa ibu2 maka tak dapat la berkunjung dan bermandi manda di air terjun. Kata pekerja resort cantik tempat tu..Selain daripada itu, terdapat juga taman rama-rama dan taman orkid untuk dikunjungi. Malangnya pada hari Isnin taman tersebut ditutup.  Secara keseluruhannya memang menarik dan tidak rugi datang ke sini.





Malam Akhir di Kota Kinabalu...




Malam akhir di Kota Kinabalu kami singgah ke Restoran Kg Nelayan. Layanan yang diberikan memang baik. Tempat ini mempunyai sijil halal dan harganya pun bolehlah tahan juga. Nasib baik makanan dia sedap jadi sepadan lah dengan harga dan layanannya. Di waktu malam jam 7.45 malam ada persembahan dipersembahkan kepada pengunjung. Agak menarik juga. Secara tidak langsung menarik minat pelancong dan pengunjung tempatan ke restoran ini.


Selain daripada tempat2 menarik yang daku pergi, ada lagi beberapa tempat yang boleh dilawati sekiranya ke Kota Kinabalu. Antaranya:- 

Gambar tahun 2013, cuma kami bertiga je masa tu.. :)





Di Kinabalu Pine Resort





Jesselton Point adalah tempat untuk ke Pulau di KK.





Pulau Manukan



Tanjung Aru Kota Kinabalu



Masjid Terapung di Kota Kinabalu



Tips Percutian ke Sabah bersama keluarga:-

>> Bawa bekalan seperti air kotak, roti dan biskut.  Ini mengelakkan dari anak-anak kecil/ ibu kita kehausan dan kelaparan sewaktu dalam perjalanan. Tidak banyak kedai makan yang halal di area Kundasang. 

>>Bagi yang ingin menginap di Kundasang, disyorkan bermalam di Kinabalu Pine Resort. Daku pernah bermalam disitu sewaktu pertama kali ke Kota Kinabalu. Mempunyai sijil Halal dan pemandangan di situ juga menarik dengan dikelilingi oleh pokok pine dan berlatarbelakang Gunung kinabalu. Cuaca di situ juga adalah sejuk. (Gambar seperti di atas)

>>Boleh sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu dengan En Zahirul. Boleh hubungi beliau di talian 013-863 8559 (Bukan promote iyea tetapi berdasarkan pengalaman menyewa kereta dan homestay beliau sewaktu di KK amatlah berpuas hati)

>>Cadangan bagi yang bercuti bersama keluarga dan ingin ke air panas Ranau, adalah dicadangkan supaya menginap di Ranau. Ianya lebih jimat masa berbanding menyewa homestay/ resort di Kundasang.

>>Install waze bagi memudahkan perjalanan anda semasa bercuti.


Sekian sahaja coretan kali ini.....semoga ianya membantu para pembaca sekiranya ingin bercuti di Sabah... :)

Wednesday, 2 September 2015

Jalan-Jalan Ke Brunei Darussalam


As Salam,


Kali ini kita bersiaran di Brunei Darussalam. Daku ke Brunei pada bulan Mei 2015 aritu, menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Sambil-sambil tu kita jelajah la Bandar Seri Begawan.



Tadaaaa...biar gambar yang berbicara... :)
















Jurodong Park di waktu malam














Kampung Ayer. Sebuah penempatan yang teratur.





Jong Batu Nakhoda Manis 


Ada kisah disebalik Jong Batu Nakhoda Manis. Asal batu tersebut adalah sebuah kapal yang telah bertukar menjadi batu.  Kisah batu tersebut seperti dalam cerita kita di Malaysia 'si Tanggang'.







Masjid Besar Brunei. Kubah masjid yang bertatahkan emas.





Istana Darul Iman.


Secara peribadinya berjalan di Brunei Darussalam terasa begitu tenang dan mendamaikan. Tiada pembangunan yang tinggi atau pencakar langit sepertimana di Kuala Lumpur. Begitu juga tiada kesibukan dijalan raya. Apa yang menariknya, bangunan tidak boleh lebih tinggi daripada Masjid Besar Brunei dan kebanyakan papan tanda dipremis perniagaan ditulis dengan tulisan jawi. Hinggakan Aisyah bertanya "Mama, banyaknya Alif Ba Ta.." Hehehe..peka sungguh anak ini.. :)


Sampai sini dulu... :)