Petua Hilangkan Selsema Ketika Hamil

by - 00:06











Assalamualaikum wbt.

Kali ni entry daku nak berkongsi sedikit tentang petua hilangkan selsema ketika hamil. Sewaktu mengandungkan Aisyah, daku kerap juga mengalami selsema yang berpanjangan dan teruk. Disebabkan selalu terkena selsema dan tak mahu makan ubat selsema, daku pun cuba pengambilan buah kiwi yang agak banyak.  Alhamdulillah, dengan izin Allah selsema pun tiada lagi.  

Sebenarnya ketika itu daku kurang peka dengan khasiat yang terdapat dalam buah kiwi...cuma yang daku tahu buah yang sering di kaitkan dengan New Zealand memang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi dan rasa masam manis yang sangatku gemari terutama sekali untuk menghilangkan rasa loya.

So camne buah kiwi boleh membantu atau penawar selsema daku, di sini daku kongsikan khasiat buah kiwi.  Antara khasiat yang terkandung dalam buah kiwi ini ialah:-




  • Kekalkan sistem imuniti




Buah kiwi sebenarnya mempunyai kandungan Vitamin C yang sangat tinggi, malah tiga kali ganda berbanding dengan kandungan yang terdapat dalam buah oren.  Selain daripada itu, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ia juga dapat meningkatkan sistem imuniti badan dalam melawan bakteria.






  • Tidur dengan lena
Kebiasaannya semasa trimester pertama, kebanyakan wanita hamil akan kerap tidur dan masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan biasanya trimester ketiga.  Tidur yang kurang boleh mengganggu tumbesaran bayi dan juga kesihatan ibu.  Kajian menunjukkan dengan pengambilan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur seseorang itu.




  • Merendahkan tekanan darah
Buah kiwi juga kaya dengan potassium yang berfungsi melawan efek garam bagi mengurangkan tekanan darah tinggi.



  • Tinggi dengan asid folik
Buah kiwi kaya dengan kandungan asid folik. Asid folik memainkan peranan yang penting dalam mengelak kecacatan  saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf tidak lengkap sebanyak 70%.  Oleh itu, sekiranya merancang untuk hamil boleh la mula makan buah kiwi secara teratur.



  • Mengurangkan sembelit

Buah kiwi membantu dalam mengurangkan sembelit.  Ini kerana buah kiwi mengandungi serat yang tinggi di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.  Serat juga bagus bagi mengumpul dan mengurangkan toksin dalam badan.  Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan dari penyakit kanser usus.






Sumber:
  • Majalah Pa&Ma


Notakaki:
Sepanjang sembilan bulan mengandungkan Aisyah, daku memang tak pernah putus makan buah kiwi ni..selain dari khasiat di atas ia juga dapat mencantikkan kulit baby...Apa yang ditunggu lagi..Mohh kita makan buah kiwi...:-)


You May Also Like

0 comments