Thursday, 29 January 2015

Akademi Bekerja di Rumah

Bismillahirrahmanirrahim,


Buat pembaca di luar sana yang di rahmati Allah.


Ada tak pembaca di luar sana seorang yang pemalu atau pun seorang yang sibuk tetapi dalam masa yang sama wang gaji bulanan tidak mencukupi dan ingin menjana pendapatan.


Ini buat kalian yang mempunyai masalah di atas tetapi ingin menjana pendapatan.


Bergabunglah dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

3 kategori kelas popular tahun 2014

a. Kelas asas blog dan penulisan.
b. Kelas asas bisnes online


c. Kelas akaun





Soalan Lazim

============


1. Adakah ABDR MLM?

-Kami bukan MLM
-Kami adalah kumpulan sokongan untuk suri sepenuh masa atau bekerja yang mahu belajar asas bisnes online.
-Latihan ini dilakukan secara online, walau di mana sahaja kalian berada.
-Latihan ini juga boleh dilakukan secara one to one


2. Bagaimana mahu daftar

-Boleh lihat keterangan di sini dahulu KLIK DI SINI
-Pilih kategori kelas mengikut minat dan kemudian baru pilih yuran mengikut bajet kalian.


3. Adakah boleh belajar secara berdepan (one to one)

-Boleh. Sebelum daftar kenal pasti lokasi dan maklumkan kepada kami lokasi kalian. Ada 3 lokasi offline untuk kelas ABDR iaitu di Shah Alam, Kota Bahru dan Johor Bahru


4. Apa pilihan kelas popular di ABDR?

-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas asas mula bisnes online.


5. Bagaimana sesi belajar ini berlangsung?

- Belajar secara online di Facebook (personal coaching) dan fleksibel
-Selepas kalian daftar, guru ABDR akan membuat analisa, kemudian guru ABDR akan masukkan nama kalian di dalam grup dan mula belajar mengikut pakej kelas online.
-Selepas analisa dibuat, tugasan akan bermula. 
-Pelajar boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja kalian berada.


Bagi kalian yang mengikuti kelas asas mula bisnes online (RM200), setelah habis tugasan kalian boleh terus menjadi Pengurus Online ABDR. Pengurus online akademi ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu memulakan bisnes dengan modal yang sangat minima tanpa pengulangan modal setiap bulan. Kalian boleh mendapat RM50-RM100 untung bersih dengan syarat haruslah konsisten, ikut apa yang telah diajar, mula praktik, mula promosi, dan yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan. 

Menjadi seorang pengurus online tidak perlu bersusah payah meninggalkan anak-anak di rumah untuk menguruskan bisnes ini. Yang penting hanya perlu ada komputer atau laptop atau telefon pintar dan talian internet. Kalian juga tidak perlu fikirkan produk apa yang sesuai untuk dijual lagi. Ini kerana ABDR telah pun menyediakan produk yang sememangnya khusus permintaan sepanjang tahun.

Mudahkan. Tidak perlu jumpa orang dan sangat sesuai bagi kalian yang ingin mula bisnes serta tiada produk.


Ada yang berminat tak ;)


Bagi yang berminat boleh WA 017-240 8646 untuk pendaftaran atau keterangan lanjut.

Monday, 26 January 2015

Bagaimana blog membantu dalam pemasaran produk




Teks: Eko Salina

Gambar: Carian Google


Eh! Tahu pasal Facebook tak? 


Sebut Facebook sahaja, sudah pasti ramai kalangan kita mempunyai akaun Facebook. Facebook merupakan salah satu media sosial yang tidak dikenakan apa-apa bayaran apabila kita mempromosikan sesuatu barangan. Bagi kalangan usahawan, Facebook merupakan medium paling popular untuk mempromosikan produk mereka. Apatah lagi ianya percuma. Ada juga di kalangan para suri rumah sepenuh masa menggunakan medium ini sebagai perniagaan online. Syukur alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada tempat kita untuk memasarkan produk secara percumakan apatah lagi bagi suri rumah sepenuh masa.


Namun begitu, selama mana kita hendak bergantung pada Facebook sahaja. Adakah selamanya Facebook menawarkan khidmat percuma? Kita pun tidak pasti apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Sebagai persediaan kita juga boleh menggunakan blog sebagai medium untuk memasarkan produk kita ataupun kita boleh menyampaikan ilmu serta berkongsi cerita kepada pembaca. Untungkan?  Melalui penulisan yang mana dapat memberi manfaat kepada pembaca secara tidak langsung dapat memberi sedikit saham akhirat kepada kita. Apa yang perlu kita lakukan hanya dengan latihan menulis secara konsisten di blog kita sendiri. Dengan penulisan yang berterusan ia memudahkan nama blog kita berada di carian google. 


Sebagai pengguna kita haruslah kreatif dalam menggunakan aplikasi medium sosial ini. Gunakanlah secara positif agar dapat memberi impak yang besar terhadap penjualan kita. Facebook merupakan salah satu platform untuk memperkenalkan produk sendiri kepada sahabat handai ataupun kenalan di Facebook dan melalui blog, kita dapat bercerita dan berkongsi tentang sesuatu produk itu. Sudah pastinya kita tidak dapat menulis dan berkongsi dengan panjang lebar tentang kebaikan sesuatu produk di Facebookkan. Dengan adanya blog, secara tidak langsung kita dapat 'link' kan blog kita ke Facebook.  


Melalui blog saya, seorang pembeli dari Serawak telah membeli Lulur Tradisional. Ini menunjukkan bahawa blog juga memainkan peranan dalam memasarkan sesuatu produk. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana rezeki ini datang tanpa diduga. Walaupun blog ini dibina akhir pertengahan tahun 2014, namun impaknya dapat dilihat dengan cepat. Sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk menyiapkan sebuah blog, namun sekiranya tiada kesungguhan dan tindakan ianya tidak akan menghasilkan apa-apa, apatah lagi untuk menjana pendapatan.


Selain daripada itu, dengan bantuan dan sokongan dari Akademi Bekerja di Rumah (ABDR), sedikit sebanyak dapat membantu aliran trafik ke blog saya. Dengan adanya gurulah, blog saya mempunyai borang tempahan untuk memudahkan lagi urusan pembelian secara online. Senangkan kalau kita berguru. Sebenarnya berjemaah itu lebih baik dari berseorangan. 


Ada pepatah mengatakan,



"If you want to go quickly, go alone. If you want to go far, go together".





Pst pst pst..Akademi Bekerja di Rumah tu buat apa iyea?


Nak tahu jawapannya.  Jom klik DI SINI 



Notakaki: Terima kasih iyea kepada yang sudi singgah di blog saya :)








Saturday, 24 January 2015

Kenangan Mengusik Jiwa






"Berkawan biar seribu, berkasih biar satu"


Ya berkawan biar seribu, namun musuh jangan dicari. Ermm..tetiba malam-malam terfeeling lebih pulak. Tetiba teringat akan kawan-kawan seperjuagan, yang susah senang bersama dan mungkin ia nya akan terus berada dalam ingatan.


Keakraban kita dalam satu 'department' memang tidak dapat disangkalkan. Kita bagaikan adik beradik. Sehinggakan tahu kegemaran dan kekurangan masing-masing. Gelak tawa, tangis dan gaduh rencah dalam persahabatan. Namun tidak pernah sekali ada perasaan dendam malah sikap keakraban inilah yang membuatkan ia sukar dicari ganti.


Segalanya sudah tertulis. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sama ada cepat atau pun lambat pasti kita akan berpisah jua. Biarlah segala kenangan kita bersama menjadi memori yang terindah dan kadang kala ia membawa kerinduan.


Buat kalian yang masih di TPB teruskan perjuagan, kalian sememangnya insan yang terhebat. Kepada sahabat-sahabat, semoga kalian akan beroleh kejayaan walau berada di mana sahaja. Terima kasih di atas persahabatan ini walau seketika cuma. Ingat daku dalam doamu dan jangan ada perasaan benci sesama kita.


Semoga persahabatan ini kekal selamanya.



video

Thursday, 22 January 2015

Adab ketika di media sosial

Kini terdapat pelbagai aplikasi media sosial seperti Instagram, Whatsapp, Facebook, Telegram dan banyak lagi. Walaupun kita berada beribu batu sekalipun dengan adanya media sosial ini kita dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Malah melalui aplikasi media sosial ini umpama jejak kasih yang mana sekian lama kita terputus hubungan dengan saudara mara ataupun rakan-rakan kita.  Itulah antara tarikan mengapa ramai pengguna menggunakan aplikasi media sosial ini.


Banyak faedah yang boleh kita perolehi melalui media sosial ini sekiranya kita menggunakannya secara positif. Ada juga yang tidak bijak memanfaatkannya. Sebenarnya berhubung melalui media sosial seperti juga kita berjumpa dengan orang secara berdepan dan perlulah mempunyai adab yang perlu dijaga. Umpama kita bertandang ke rumah orang, pastinya kita akan memberi salam dahulu sebelum masuk ke rumah orang. Samalah juga situasinya sekiranya kita berhubung melalui aplikasi media sosial ini.







Antara adab-adab yang perlu dijaga apabila menggunakan media sosial ialah:



  • Minta izin terlebih dahulu
Sekiranya kita hendak masukkan ahli baru dalam satu group, seeloknya 'admin' meminta kebenaran daripada ahli dalam group mereka. Ini untuk mengelakkan dari timbul perasaan yang tidak enak di kalangan ahli grup.

  • Ucapkan terima kasih sekiranya orang add kita
Tidak salah menggucapkan terima kasih kepada orang yang 'add' kita. Ini menunjukkan penghargaan kepadanya. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi tali silaturahim.

  • Alu-alukan kedatangan ahli baru
Admin boleh memperkenalkan ahli baru dan ahli lama dalam group boleh lah menyapa ahli baru. Ini boleh mengelakkan ahli baru berasa janggal dalam group yang baru.

  • Meminta izin sekiranya hendak keluar dari grup
Bagi ahli dalam sesebuah group bolehlah menyapa atau meminta izin terlebih dahulu untuk keluar   daripada grup. Ini untuk menggelakkan dari terasa hati atau ada ahli-ahli yang lain tertanya-tanya. Seeloknya keluar dengan cara yang baik dan beradab.

  • Beri respon
Apabila memberi respon elakkan daripada menggunakan perkataan yang kesat dan juga sindiran. Gunakan lah bahasa yang sopan agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

  • Bataskan waktu bersosial
Bersosial biarlah bertempat. Jangan ambil terlalu lama masa untuk bersosial. Apatah lagi ada kalangan ahli dalam grup sudah mendirikan rumahtangga. Hormati privasi rakan kita. Ini juga dapat menggelakkan daripada perselisihan faham antara kita dan pasangan sekiranya bersembang terlalu lama sehingga lewat malam.



Dalam menjaga adab di media sosial ini, sedikit sebanyak dapat menjaga hati masing-masing dan hormat menghormati sesama rakan-rakan di dalam grup yang kita sertai.

Wednesday, 21 January 2015

Tips Penjual Yang Berjaya


Assalamualaikum para pengunjung,


Ramai di kalangan kita suka berniaga, ianya satu perkembangan yang sihat di mana akan melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Bagi yang berjaya pastinya menjadi satu kebangaan buat mereka kerana apa yang diusahakan membuahkan hasil yang lumayan. 


Namun begitu, ada juga yang tidak berjaya malah ada yang mengalami kerugian yang besar. Di manakah silap nya iyea. Mungkin juga silap dari segi pemilihan produk, pengurusan kewangan yang tidak betul, kurang pemasaran ataupun penjual itu sendiri. Sebenarnya banyak faktor yang boleh membuatkan sesuatu bisnes itu tidak berjaya. Akhirnya terpaksa gulung tikar.


Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan dan tiada modal yang besar, seharusnya kita mula perniagaan secara kecil-kecilan memadai dengan modal kita yang ada. Seeloknya elakkan daripada berhutang, terutama sekali berhutang dengan bank. Ini kerana bank akan mengenakan 'interest' kepada peminjam. Walaupun perniagaan kita secara kecil-kecilan tetapi perniagaan kita itu betul. Pemilihan produk, pemasaran dan juga pengurusan wang yang betul merupakan salah satu faktor untuk bisnes kita terus maju dan berkembang.


Kita sedia maklum, setiap barangan yang hendak di jual perlulah mempunyai jurujual yang proaktif serta efektif dalam jualannya. Sebagai jurujual profesional, mereka adalah penggerak dan pemacu dalam sesebuah perniagaan. 


Antara tips penjual yang berjaya ialah:

*  Pilih bidang yang kita gemari
-   Belajar menyukai kerja kita dan lakukanlah tugas kita dengan cemerlang

*  Tetapkanlah matlamat kita
-   Tetapkan dengan tepat apa yang kita mahu, contohnya sekiranya kita mahu 
     menambahkan pendapatan tetapkan jumlahnya.

*  Tabah dan keazaman kuat bagi mencapai matlamat.
-   Jangan lakukan sesuatu itu seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja dan hanya 
    separuh jalan. Apabila kita sudah menentukan matlamat kita, jangan sekali-kali 
    berfikir hendak gagal.

*  Uruskan masa dengan bijak
-   Pepatah ada mengatakan, Masa itu emas. Kita perlulah pandai menguruskan masa
    kita dengan sebaiknya.

*  Manfaatkan bakat semulajadi
-  Kita haruslah mengenal pasti bakat semula jadi kita yang istimewa dan 
    memajukannya hingga tahap yang paling tinggi.

* Berbuat baik
-  Sebagai penjual haruslah berbuat baik ketika berinteraksi dengan orang lain. Kita 
    haruslah lebih bersikap jujur apabila berurusan dengan pelanggan.

*  Sanggup berkorban untuk berjaya
-  Kita haruslah bekerja keras dan lebih masa daripada orang lain. Binalah sikap mahu 
    bersegera, serta bertindak dengan pantas.




"Menjadi lumrah hidup, kejayaan hanya dapat dicapai selepas bertungkus lumus berusaha mendapatkannya".
 - Napoleon Hill-



Semoga dapat memberi manfaat kepada semua :) 


Monday, 19 January 2015

Testimoni Akademi Bekerja Di Rumah





Salam ceria :)


Setiap wanita pasti mengimpikan untuk menjadi seorang 'Working At Home Mom' (WAHM) sebagai karier terbaik. Namun untuk mencapai impian sebagai WAHM banyak perkara yang harus difikirkan. Beberapa faktor perlu diambil kira sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja. 


Melihat pengorbanan anak-anak yang sejak kecil yang terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh kadang kala membuatkan hati ini diragut pilu. Apatah lagi bila menyerahkan anak pada pengasuh, pasti si kecil menangis tanda ingin bersama ibu tersayang. Hati mana tidak sedih, namun ku pujuk hati ini agar menjadi ibu yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.


Bertitik tolak daripada itu, mulalah pencarian untuk mencari peluang perniagaan sebagai persediaan untuk menjadi WAHM. Bagi memulakan perniagaan yang besar, modal tidak ada. Apatah lagi untuk memasarkan produk, blog pun tidak ada. Walaupun kini pelbagai medium sosial yang boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan online namun diri ini masih dalam kebuntuan. Ingin membina blog tetapi terfikir juga, berapa sangat lah pembaca yang akan membaca tinta ku ini. Segalanya ku pendam sahaja. 


Hinggala pada satu saat, daku ternampak di Facebook Pn Masayu Ahmad. Beliau merupakan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pada mulanya memang tidak memahami apakah perniagaan yang dijalankan di ABDR ini sehinggalah daku membeli ebook beliau iaitu Janawang dari rumah dan dari situ lah daku mula mengikuti perkembangan ABDR. Daku melaburkan wang sebanyak RM200 untuk mendapatkan ilmu di akademi ini. Padaku setiap pelaburan pasti akan membuahkan hasil yang baik. Ternyata pilihan ku tepat.


Akademi Bekerja Di Rumah bukan setakat mengajar dan membimbing untuk membina blog dan juga penulisan malah lebih dari itu. Melalui penulisan yang kosisten kita dapat berkongsi cerita atau ilmu melalui blog yang kita bina yang mana melalui perkongsian secara tidak langsung dapat memberi penyelesaian kepada pembaca.


Guru di ABDR yang berpengalaman dan tidak jemu dalam membimbing anak muridnya tidak kira siang atau malam dan juga di hujung minggu. Semua ini dibimbing dengan baik dan secara 'personal coaching' agar anak muridnya faham dan dapat melaksanakan tugas dengan baik. Semua ini diajar melalui kelas online iaitu di Facebook dan mengikut kesesuaian waktu kita. Waktu yang fleksibel dan sangat sesuai bagi suri yang bekerja. Tidak perlu meninggalkan rumah dan urusan rumahtangga. Hanya bermodalkan internet, laptop, hanphone atau tab segalanya hanya dihujung jari sahaja.


Lebih menarik lagi, daku diajar untuk mula bisnes. Walaupun bermula dengan bisnes yang kecil dan tanpa modal sekurang-kurangnya daku dapat belajar bagaimana untuk mempromosikan sesuatu produk di dalam blog atau di laman sosial lain. Ianya sangat mengujakan, lebih-lebih lagi ada pembeli yang membeli produk kita. Dari situ lah kita boleh mula menabung melalui hasil komisyen yang kita perolehi.


Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menyertai ABDR daku sudah mempunyai produk sendiri iaitu Lulur Tradisional. Walaupun hanya bisnes secara kecil-kecilan namun melalui ABDR ini daku dapat berkongsi produk di blog ini dengan lebih 1000 blogger yang mana merupakan protege ABDR. Inilah keistimewaan ABDR, secara tidak langsung dapat membantu aliran trafik ke blog kita.


Terima kasih kepada pengasas dan guru ABDR untuk bimbingan yang berterusan dan tanpa mengenal erti jemu. Semoga melalui ABDR ini, ia merupakan satu platform bagi suri sepenuh masa untuk menjana pendapatan dari rumah dan bagi suri bekerja untuk keluar dari zon selesa iaitu dari makan gaji kepada WAHM.


Semoga melalui perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu para suri di luar sana :)