Thursday, 19 March 2015

Luahan Hati Seorang Ibu

Teks: Eko Salina Kasman

Gambar: Koleksi sendiri



Salam ukhuwah,



Minggu ni memang daku sentimental sket. Terasa terlebih sket nak berkongsi cerita tentang anak-anak. Anak-anak lah satu-satunya permata hati yang sangat berharga. Setiap pagi sebelum pergi kerja pasti akan menatap wajah si kecil sepuas-puasnya. Begitu juga kakak. Geram pun ada apabila melihat wajah polos mereka yang sedang nyenyak tido. 



Setiap kali menghantar mereka ke rumah pengasuh pasti kakak belum bangun dari tidur dan en suamilah yang menjadi mangsa untuk mendukungnya.  Aisyah merupakan anak ayah. Terlalu manja dan sangat rapat dengan ayahnya. Segala-galanya ayah. Terima kasih en suami kerana menjadi seorang ayah yang penyayang dan penyabar. Sabar dalam melayani kerenah anak-anak. Aku??



Aku pun anak-anak suka juga. Lagi-lagi bila bab nak jalan dan makan. Apatah lagi si kecil yang masih menyusu badan. Itulah kelebihannya kalau anak yang menyusu badan. Tetap rapat dengan ibu. Alhamdulillah. Namun kadang-kadang daku terfikir sendiri, anak amanah dari Allah. Adakah daku telah menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang ibu. Kenakalan anak-anak membuatkan kita rasa hilang sabar, apa taknya baru sahaja kemas ruang tamu dah bersepah balik. Belum hilang penat, anak-anak macam-macam ragam. Di kala itu lah kita akan mula rasa hilang sabar. Mulalah hendak membebel-bebel dan marahkan anak. 



Apabila melihat anak-anak bermain bloks, terdetik di hati ini. Kreatif juga Aisyah. Berimaginasi dalam membina bangunan. Walaupun pada awalnya bersepah, namun ada masa mood kakak baik dan pandai juga dia kemas barang mainannya. Hilang rasa nak marah pada anak-anak. Sebenarnya bila difikirkan kanak-kanak suka eksplore benda baru. Walaupun rumah bersepah dan tunggang langgang dek kerana memanjat kerusi dan kusyen kerusi dijadikan gelongsor, namun itulah kreativiti anak-anak. Segala dalam barang di rumah hendak dijadikan mainan. Yang penting kita sebagai ibu bapa memantau aktiviti mereka supaya tiada kecederaan atau kemalangan yang menimpa mereka.






Hasil kerja Aisyah. 
Kata Aisyah "Ni rumah Aisyah" :)



Allahuakbar. Bila hati dah reda barulah terfikir balik. Apalah ibu Aisyah dan Irfan ni. Patutlah anak-anak suka beno ngan ayah dia. Sabar dan lembut dalam segala hal. Daku mula beristihgfar. Anak-anak kecil yang tidak berdosa. Timbul penyesalan pula. Tiba-tiba rasa takut pula akan kehilangan mereka. Ya Allah semua ini hanyalah pinjaman dariMu Ya Allah. Ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam membimbing anak-anakku ini. Hati seorang ibu. Segarang mana pun ibu, kasih mereka hingga ke syurga. Begitu lah bagaimana ibu kita menjaga kita, yang mengandungkan kita selama 9 bulan. Kesusahan mereka dalam membesarkan kita. Kasih sayang yang diberikan tidak dapat diganti dengan segunung harta sekalipun. Buat anak-anak sayangilah dan hargailah orang tua kita sementara mereka masih hidup lagi.





Tuesday, 17 March 2015

Kasih ibu sampai ke syurga

Cerita petang Jumaat.
=============

"Ina, Irfan tengah tido. Dia deman panas".


Allahuakbar. Terus daku masuk ke rumah pengasuh. Wajah Irfan yang tampak layu. Daku terus memegang kepalanya. Panas!! Terus mengangkatnya dan Irfan terjaga, terukir senyuman dibibirnya. Hati ibu mana yang tidak sayu melihat akan senyumannya itu. Luluh hati ini. Setibanya di rumah, daku terus mandikan Irfan kerana badan dan kepala dia terlalu panas. Kebetulan ubat demam masih tersimpan elok dan belum dibuka lagi. 


"Irfan meh makan ubat."


Alhamdulillah walaupun usianya masih muda tetapi dia sudah memahami apa yang ibu dan ayah perkatakan. Dia juga mudah untuk makan ubat. Sebaliknya dengan si kakak Aisyah. Teramat payah untuk makan ubat dan seringkali memuntahkan balik apabila diberi ubat. Namun tidak bagi Irfan. Hatiku sedikit lega walaupun Irfan demam tetapi masih bertenaga untuk bermain dan membuli kakak. Hehehe. Ini menunjukkan tanda positif. Mudah-mudahan demam biasa sahaja. Maklumlah sekarang kan musim denggi. Risau juga dibuatnya.


Namun, Irfan masih demam panas lagi. Lebih-lebih lagi waktu pagi iaitu jam 2 pagi. Tika itulah daku mengambil air dan ais untuk dilapkan di kepala dan badannya agar dapat mengurangkan panas Irfan. Setiap 6 jam selepas makan ubat pasti Irfan akan demam semula. Hari ke empat (Isnin) Irfan tidak kebah juga dan ubat demam pun tinggal sedikit sahaja. 


Padaku anak perlu diutamakan dahulu. Daku ambil cuti untuk menjaga anak yang demam. Sementara itu kakak tidak ku hantarkan ke rumah pengasuh. Alhamdulillah Irfan beransur sihat setelah diberi ubat antibiotik. Kebiasaannya doktor tidak akan beri antibiotik sekiranya demam kurang dari 3 hari. 



Apabila mama tidak bekerja.
===================



"Aisyah bangun pastu mandi. Kita hantar adik pegi klinik"
"Aisyah tak nakkkk!!!" 
"Ayah keja tau. Mama ngan adik pegi klinik, Aisyah duk umah sorang-sorang iyea".
"Aisyah tak nak mandi. Sejuk laaaaaa..." Marah Aisyah kerana tidurnya diganggu.
"Lepas mama hantar adik pegi klinik, mama nak jalan-jalan ngan adik". Aku cuba umpan Aisyah.
"Eeeeeee...nak ikut".




Begitulah kerenah anak-anak. Bila sebut jalan je baru ada semangat untuk bangun dari tidur. Selepas menghantar si adik ke klinik, daku menunaikan janji kakak pula. Kami ke MacDonald. Biasanya bukan nak makan sangat pun..sekadar bermain gelongsor yang disediakan di MacDonald. Lebih-lebih lagi minggu ni adalah cuti persekolahan. Adalah peneman Aisyah bermain bersama di MacDonald. Begitu gembira sekali bermain bersama rakan baru. Daku turut bahagia. Apa yang penting anak gembira dan kita sebagai ibu sudah menunaikan janji pada anak kita. Sebenarnya bukan lah sesuatu yang mudah untuk mendidik anak-anak. Apatah lagi kadang kala sikap anak-anak yang tidak mendengar kata, suka melawan ibu bapa menyebabkan kita hilang sabar. Kadang-kadang ianya mengajar kita erti kesabaran dalam melayan kerenah anak-anak. 



Walau nakal sekali pun anak kita, kita tetap menyayangi mereka dan tatang bagai minyak yang penuh. Kasih ibu sampai ke syurga. Hanya doalah yang mengiringi mereka agar anak-anakku ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan dapat menyenangi hati kedua ibu bapa.



Tuesday, 10 March 2015

Analisa sebelum memulakan bisnes

Teks: Eko Salina Kasman.






Salam 1 Dunia,


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai yang mula mencari peluang untuk menjana pendapatan.  Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ramai masyarakat di luar sana mengintai peluang perniagaan. Apatah lagi dalam situasi ekonomi sekarang banyak syarikat besar yang memberi VSS kepada kakitangan mereka yang mana syarikat tersebut ingin membuat 'down-sizing'. Apabila keadaan ini berlaku pasti kita akan merasa panik, risau, fikiran menjadi runsing dan hati juga tidak tenang.

Ianya tidak kepada mereka yang daripada awal sudah membuat persediaan. Malah pemberian wang dari pengambilan VSS ini akan dijadikan sebagai modal tambahan atau bonus untuk mengembangkan perniagaan mereka. Bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan janganlah bersikap terburu-buru. Cuba membuat analisa sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Walaupun perniagaan itu kecil tetapi biarlah ianya mendatangkan keuntungan kepada kita daripada kita mengalami kerugian. 


Antara analisa mudah yang harus kita tekankan ialah:

>> Memahami permintaan pelanggan

Sebagai peniaga, kita haruslah memahami apakah kehendak pelanggan. Dalam menentukan produk apa yang hendak dijual adalah lebih baik sekiranya kita menjual produk yang bukan berasaskan pada musim tertentu sahaja. Carilah produk yang boleh dijual sepanjang masa. Sebagai contoh produk makanan ialah 'frozen food'. 


>> Analisa persekitaran (bagi mereka yang hendak membuka kedai)

Bagi peniaga yang ingin membuka kedai, pastikan kawasan persekitaran adalah strategik dan mudah untuk para pelanggan untuk datang ke kedai terutama sekali kemudahan pengangkutan awam. Bagi yang tidak mahu mengambil risiko yang besar, bolehlah memulakan perniagaan online sahaja.


>> Target kumpulan sebelum menjual produk

Tumpuan dalam pemilihan produk haruslah ditekankan agar kita tidaklah terlalu ghairah dalam menjual pelbagai produk. Bagi yang baru hendak mula berniaga, adalah seeloknya fokus dalam satu produk dahulu kerana kita masih belum mempunyai ramai pelanggan lagi. Pastikan kita mempunyai target pelanggan sebelum mengeluarkan sesuatu produk. Ini akan memudahkan lagi proses pemasaran kita apabila hendak menjual. Sebagai contoh menjual pakaian wanita. Target pasaran kita adalah kaum wanita sahaja.


>> Menentukan rintangan/ risiko

Semasa menjalankan perniagaan, peniaga akan menghadapi rintangan. Rintangan ini akan menyebabkan kegagalan ataupun memperlahankan perniagaan kita sekiranya ianya tidak diuruskan dengan betul. Walaubagaimanapun, sekiranya kita membuat analisa terlebih dahulu tentang rintangan atau risiko yang bakal dihadapi ini lebih memudahkan kita. Peniaga tahu sejauh mana rintangan akan menjejaskan dirinya dan perniagaannya pada masa akan datang.



Sebagai orang baru dalam perniagaan, tidak semestinya kita perlu mempunyai produk. Sebagai permulaan kita boleh menjadi ejen dropship ataupun affiliate yang mana kita tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal dan menyimpan stok. Kita hanyalah mempromosikan produk tersebut dan mendapat sedikit komisyen daripada hasil jualan kita. Apa yang ditekankan di sini ialah bagaimana kita belajar untuk mendapatkan duit dan mempromosikan sesuatu produk. Dengan cara inilah secara tidak langsung kita dapat mengumpul modal untuk produk kita sendiri.


Walau apapun yang kita rancang dan ingin lakukan, kita perlulah ada matlamat agar tindakan kita akan membuahkan hasil pada masa akan datang. Sebaiknya cuba elakkan sesuatu perniagaan itu melalui pinjaman kerana ianya akan membebankan kepada kita untuk membayar hutang setiap bulan. Sebaiknya mulakan perniagaan kita dengan risiko yang kecil dahulu dan mengawal perbelanjaan kita agar kita tidak mengalami kerugian yang besar.








Ulasan Ebook Super Wahm Super Mom


Assalamualaikum,
Apa kata pembaca eBook Super Wahm Super Mom.
.
.
.
.
Alhamdulillah selesai sudah membaca ebook super wahm super mom untuk yang keberapa kalinya, tak berapa ingat sebab selalu diulang-ulang pembacaan.  Saya sangat seronok membaca ebook ini kerana kandungannya sangat memberi kata semangat dan mencetuskan sumber inspirasi. Di sini saya ulas sedikit tentang ebook super wahm super mom ini.
Suka saya nyatakan seperti kata penulis Pn. Masayu Ahmad, ‘selagi mana wanita itu bergelar ibu, isteri rumahlah tempat terbaik untuk kita.  Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah.  Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan sunnah.  Kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung’.  Jadi bagi wanita yang bergelar suri rumah sepenuhnya janganlah kalian berasa rendah diri.  Sebenarnya pengorbanan ibu di rumah sangatlah besar. Malah kalian bukan sahaja dapat melihat anak-anak membesar depan mata, makan pakaian keluarga juga dapat diuruskan dengan sempurna.

Ibu-ibu yang berada di rumah boleh mengambil peluang yang ada bukan sahaja duduk di rumah semata-mata menguruskan rumah tangga. Cuba terokai dan pelajari serta cari peluang-peluang yang ada untuk memulakan langkah menambah pendapatan. Sebagai contoh, jika suri yang ada kelapangan melayari internet, cuba terokai dan cari peluang yang boleh digunakan untuk menjana rezeki hanya melalui talian dan yang tidak memerlukan suri bergerak ke luar sepenuhnya.  Dengan cara ini, insya Allah pengurusan rumahtangga masih berjalan seperti biasa dan suri juga sudah dapat melakukan satu aktiviti yang lebih berfaedah serta dapat membantu suami.

WAHM yang membawa maksud work at home mom (menguruskan dua perkara iaitu bekerja atau bisnes dan rumahtangga).  Ini merupakan trend yang sangat popular kini. Sudah ramai wanita yang menjadi wahm dan melakukannya secara sepenuh masa atau sambilan.  Walau bagaimanapun, masih ada persoalan daripada ramai yang masih keliru sama ada mahu terus bekerja atau berhenti untuk menguruskan bisnes yang sedang rancak naik.  Sebenarnya semua jawapan bagi persoalan ini sudah terjawab dalam ebook ini.  Bagi yang masih keliru untuk memilih, Insya Allah jika kalian membaca ebook ini pasti kalian lebih yakin untuk membuat keputusan.

Dalam ebook ini juga ada perkongsian daripada Puan M yang berkongsi delima, terpaksa berhenti bekerja kerana keadaan kesihatan yang sangat merosot dan keadaan kewangan yang tidak stabil. Tapi tiada pilihan lain. Cari peluang yang boleh membantu menjana pendapatan. Ia tidak mudah dan memang memberi cabaran besar kerana faktor kesihatan.  Kembali pada Allah, diberikan satu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui.  Punca rezeki juga dari Allah.  Insya Allah tetapkan hati, rezeki di mana-mana. Cari dan gali semangat dan peluang baru.  Situasi terkini Puan M, boleh diikuti dalam ebook ini.

‘’Sekarang baru perasan yang rupanya mak bekerja dari rumah dan bisnes sendiri sebab mahu pastikan anak-anak sentiasa depan mata dan selamat.  Satu pekerjaan yang ramai ibu-ibu masa kini yang memegang ijazah, master dan PHD impikan. Bidang yang dulu saya benci tapi kini menjadi sumber pendapatan dan suatu yang suka saya buat dan saya sayang bisnes saya.  Kini saya adalah imej pada mak saya satu ketika dulu’’ (Pn Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com)

''Tak kira apa pun pekerjaan kita, asalkan niat betul saya percaya kita dipermudahkan.  Ramai yang membuat tanggapan saya tak perlu bersusah payah kerana berkahwin dengan suami yang bergelar doktor.  Namun sebagai hamba Allah kita perlu menyumbang kemahiran yang ada untuk membantu orang lain''(Pn. Norazizah Ruslan, Bisnes & Health Advisor)

Penulis ada menyentuh pelbagai aspek tentang cara bagaimana menguruskan stress supaya semua aktiviti dan tugasan dapat diuruskan dengan sempurna.  Bagaimana mahu memotivasikan diri yang akan lemau apabila berdepan dengan situasi stress. Malah turut ada perkongsian dan pandangan serta pengalaman ibu-ibu dalam menguruskan masa dan cabaran membesarkan anak-anak.  Dalam masa yang sama turut melakukan bisnes sebagai sumber rezeki.

Bergerak tidak bertangguh dalam menguruskan masa dan menyelesaikan matlamat yang perlu dicapai supaya pengurusan masa dapat diuruskan dengan success.  Penting bagi kita yang memilih untuk menjadi WAHM, muhasabah dan lihat kembali apa sebenarnya matlamat yang kita mahukan.  Jadikan ia sebagai matlamat utama. 

Seperti kata penulis, sangat penting uruskan sibuk yang terurus. Cuba buat agihan tugas  mengikut keutamaan.  Salah satunya ubah kebiasaan.  Rancang ruti kerja sehari, seminggu, sebulan dan setahun. Senarai kerja bukan hanya perlu untuk wanita yang bekerja di pejabat. Malah suri juga perlu ada senarai kerja yang mahu dilakukan keesokkan hari supaya hari tersebut dapat berlalu dengan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang serta dapat menyudahkan semua dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.  Setiap orang memiliki putaran 24 jam yang sama.  Maka perancangan yang jelas spesifik dan realistic perlu untuk membantu mencapai matlamat.

Ebook ini berkongsi banyak tentang cara dan tip mengurus rumahtangga serta keluarga.  Tips urus tenaga yang super sibuk dengan tugasan harian serta anak-anak yang memerlukan perhatian setiap masa. Cara mengawal semangat yang teruk ketika melihat kerja rumah yang terlampau banyak, perlu ada motivasi supaya tidak mudah merundum.  Jika ibu yang tidak pandai menguruskan masa dan aktiviti dengan terancang, maka itu yang akan menyebabkan mereka mudah stress, mudah marah dan akhirnya anak-anak yang akan menjadi mangsa.
Amalkan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar ketika mahu tidur.  Hilang segala kepenatan dengan limpahan kasih sayang Allah. Antara zikir yang dikongsi oleh penulis seperti yang disarankan oleh Rasulullah kepada salah seorang isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga.

Tidak kita apa pun jawatan dan tugas yang kalian lakukan, selagi kalian bergelar wanita, isteri dan ibu kepada anak-anak, suami dan keluarga, ebook ini memang sangat sesuai dijadikan bahan bacaan motivasi supaya semangat tidak sentiasa merundum, tidak lemau dan cepat putus asa walau pelbagai cabaran yang hadir. 


Saya sendiri membacanya berulang kali. Setiap kali baca pasti akan bersemangat. Fikir dan sentiasa letakkan diminda, semat kuat-kuat apa matlamat sebenarnya kita mahu dalam menguruskan keluarga dan mencari pendapatan.   Jika rasa tidak bersemangat, bacalah ebook ini.  Insya Allah jika kita baca dengan hati yang ikhlas kerana untuk mendapat semangat baru, pasti Allah buka pintu hati kita. (Sumber: http://anysidayu.blogspot.com/2013/06/ulasan-ebook-super-wahm-super-mom.html)


Super Wahm, Super Mom



Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah 2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad,
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
 6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman



>>> Boleh dapatkan ebook ini melalui DI SINI atau WA 017-240 8646

Sunday, 1 March 2015

Panduan Bisnes buat suri rumah dan suri bekerjaya

Teks: Eko Salina Kasman



Assalamualaikum dan salam ukhuwah,


Kita bersiaran lagi setelah beberapa minggu menyepikan diri dari blogging.


Ok, kali ni kita bercerita sedikit tentang panduan buat suri yang ingin memulakan sesuatu perniagaan apatah lagi bagi suri rumah atau suri bekerjaya yang ingin menjadikan perniagaan kalian sebagai pendapatan sampingan.


Ianya berdasarkan kepada pengalaman daku sendiri, kita gunakan modal yang kecil dahulu dengan apa yang ada. Tidak perlu mengeluarkan modal yang besar dengan harapan akan mendapat keuntungan yang besar. Walaupun bermodalkan modal yang besar tetapi tidak tahu urus kewangan pun tidak guna jugakan. Oleh itu ilmu juga penting dalam mengendalikan sesuatu peniagaan waima sekadar perniagaan kecil-kecilan. Dengan kecil-kecilan ini kita hasil kan secara besar-besaran. Insha Allah, mudah-mudahan cita-cita kalian akan tercapai. Amin.


Dengan kecanggihan teknologi, kita boleh lah mulakan perniagaan kita dengan kemudahan media sosial yang ada. Gunakanlah sebaik mungkin media sosial ini untuk memasarkan produk keluaran kita sementara ianya percuma. Media sosial ini termasuklah blog, facebook fanpage, instagram dan lain-lain lagi yang mana kebanyakan masayarakat sekarang mempunyai akaun facebook sendiri. Kita ambillah peluang yang ada untuk kembangkan perniagaan kita. Dah jimatkan! Tidak perlu sewa kedai dan mengeluarkan ratusan wang untuk tujuan promosi.


Dalam melakukan sesuatu perniagaan, menulis juga dapat memberi impak yang besar dalam perniagaan kita. Bagaimana cara kita menulis juga mempengaruhi jualan seharian. Tidak semestinya setiap hari kita perlu mempromosikan produk kita, dengan penulisan juga kita boleh berkongsi kebaikan produk yang hendak dijual, berkongsi pendapat bersama-sama kenalan kita, memberi inspirasi dan motivasi juga apa-apa perkongsian kepada orang ramai. Ini secara tidak langsung kita dapat sedikit saham akhirat dari perkongsian kita apatah lagi untuk manfaat bersama.



Memulakan perniagaan pasti akan mengeluarkan sedikit modal, kita perlulah menekankan cara pengurusan aliran tunai kita agar tidak bercampur aduk dengan duit seharian kita. Walaupun berniaga secara kecil-kecilan seseorang itu haruslah mengetahui pendapatan dan juga perbelanjaan. Setiap duit keluar masuk hendaklah direkodkan agar tiada ketirisan wang berlaku. Kalau tidak kita juga akan rugikan. Kita tidak tahu mana perginya jumlah wang kita yang telah dibelanjakan. Tidak perlu terlalu detail tetapi memadailah untuk kita mengasingkan wang untuk kegunaan sendiri dan juga untuk berniaga selain daripada merekod aliran wang kita. Segala resit, inbois, penyata bank dan dokumen yang berkaitan hendaklah disimpan di dalam file khas agar memudahkan kita untuk membuat rujukan.


Disiplin juga perlu dalam memulakan sesuatu perniagaan. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya perlulah ada sikap yang tidak pernah putus asa, sabar, bersungguh-sungguh dan yakin bahawa Allah jualah pemberi rezeki kepada kita. Allah tempat kita meminta dan mohon pertolongan agar apa jua yang kita lakukan mendapat keredhaan darinya.


Sebagai permulaan, bagi yang baru hendak memulakan perniagaan, ilmu juga perlu ada agar kita tidak tersasar dari landasan yang sebenar.


=====================================

Promosi Akademi Bekerja Di Rumah Bulan Mac 2015
=====================================



PROMOSI EBOOK MAC 2015 : 3 EBOOK PADA HARGA RM50 (HARGA SEBENAR RM100)
- Ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes
- Ebook Super WAHM Supermom
- 101 Idea Home Based Bisnes

SIAPA YANG HARUS MEMILIKI EBOOK INI?

>>> Mereka yang mahu menambah pendapatan sampingan dengan berniaga
>>>Surirumah yang nak tahu cara berniaga online hanya dari rumah
>>>Surirumah yang ada 1, 2, 3 atau lebih anak dan mahu belajar urus diri & keluarga supaya lebih terurus
>>>Mahu baca kisah motivasi mereka yang telah berjaya berniaga dan menguruskan rumahtangga
>>>Mahu tahu cara mudah berniaga melalui platform online

Boleh WA 017-240 8646  atau ke borang tempahan bagi yang berminat iyea.