Friday, 31 October 2014

Ebook Bayi Genius







Muka Surat : 126

Penulis : Lina Karim (Ibu kepada Darwish & Darwisya)







"Ilmu mendidik janin perlu ada pada setiap wanita muslim sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam rumahtangga lagi.  Ia adalah sumber bangkitnya satu bangsa atau kaum yang akan datang." - Dipetik dari ebook Lina Karim



Setiap ibu bapa mempunyai keinginan agar anak-anak mereka menjadi anak yang genius dan secara umumnya pembentukan anak yang genius adalah bermula dari dalam rahim ibu.  Apatah lagi keinginan untuk mendapat anak sehebat anak penulis yang boleh menghafaz Al-quran dari sejak kecil bukanlah mudah.  Perancangan awal yang lebih teliti harus dilaksanakan agar kita dapat melahirkan bayi genius.  Darwish dan Darwisya adalah merupakan satu anugerah Allah kepada penulis.


Melalui buku ini lah penulis berkongsi pengalamannya sendiri semasa mengandungkan Darwish dan Darwisya.   Penulis juga bercerita tentang bagaimana kaedah menjaga diri dan janin semasa di dalam kandungan yang menggabungkan ilmu Islam dan sains.  






Bagi mendapat anak yang genius bukanlah yang semudah yang diperkatakan.  Ibu bapa perlulah mempunyai pengetahuan dalam memberi pendidikan sewaktu janin itu dalam rahim lagi. Dalam merealisasikan impian ibu bapa untuk melahirkan anak yang berjaya dunia akhirat, penulis mengupas bagaimana mendidik anak kita seawal dalam kandungan ibu lagi dengan menggunakan kaedah C.E.R.M.I.N (Cita-cita, Emosi, Rangsangan, Makanan, Imaginasi dan Nilai Luaran) bagi merangsang IQ, EQ dan SQ bakal bayi. Kekuatan yang ada pada ayat suci Al-quran dan doa ibu bapa itu sendiri bakal melahirkan bayi yang genius di akhir zaman.  Penulis juga berkongsi keutamaan amalan pemakanan ketika mengandung dan juga gangguan jin dan iblis ketika beliau mengandung.



Perkongsian pengalaman penulis ini sangat berharga buat ibu-ibu diluar sana yang sedang mengandung atau pun merancang untuk mengandung.  Melalui pengetahuan dan ilmu yang diberikan, dapatlah kita mempraktiskan dan fokus dalam usaha untuk melahirkan anak genius di akhir zaman.













Thursday, 30 October 2014

Kecantikan

Cantik berseri dengan minyak argan








Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Pada zaman dahulu kala, bangsawan Rom membongkar rahsia kejelitaan semula jadi dengan minyak argan, iaitu sejenis cecair emas Magribi yang merawat pelbagai masalah kulit, rambut dan kuku. Tidak hairanlah wanita Magribi mempunyai kulit wajah yang cantik.  

Minyak argan diperah dari biji buah Argan dan hanya tumbuh di selatan Magribi, oleh itu ia adalah salah satu minyak paling unik di dunia.

Keistimewaan yang terdapat dalam minyak argan ini menjadikannya salah satu bahan utama dalam produk kecantikan antarabangsa.  Beberapa fakta menarik mengenai minyak argan boleh la KLIK DI SINI

Kandungan Vitamin E dan asid lemak Utama (Essential Fatty Acids) yang tinggi terbukti jauh lebih baik dari minyak zaitun.  Khasiat yang terdapat dalam minyak argan ini menjadi pilihan utama wanita Magribi sebagai produk kecantikan mereka, dimana ia dapat membantu mencegah kedutan dan garis-garis halus, melembabkan kulit, membantu merawat jerawat, jeragat dan parut.

Selain dapat memulihkan masalah jerawat, minyak argan juga bukan sahaja digunakan pada kulit, malah ia merupakan produk penjagaan menyeluruh tubuh badan, antaranya ialah untuk rambut yang rosak dan memulihkan struktur kuku yang rapuh.


Nak Tau Cara Penggunaan Minyak Argan   






Antara Kelebihan Lain:-

Minyak Argan Baik Untuk Diet Harian

Minyak Argan Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran

Anti Oksida yang tinggi



Minyak Argan merupakan produk semua dalam satu, dengan harga yang berpatutan, selamat digunakan dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur.





BERMINAT???  

Boleh je   BELI DISINI


Tuesday, 28 October 2014

Petua Hilangkan Selsema Ketika Hamil











Assalamualaikum wbt.

Kali ni entry daku nak berkongsi sedikit tentang petua hilangkan selsema ketika hamil. Sewaktu mengandungkan Aisyah, daku kerap juga mengalami selsema yang berpanjangan dan teruk. Disebabkan selalu terkena selsema dan tak mahu makan ubat selsema, daku pun cuba pengambilan buah kiwi yang agak banyak.  Alhamdulillah, dengan izin Allah selsema pun tiada lagi.  

Sebenarnya ketika itu daku kurang peka dengan khasiat yang terdapat dalam buah kiwi...cuma yang daku tahu buah yang sering di kaitkan dengan New Zealand memang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi dan rasa masam manis yang sangatku gemari terutama sekali untuk menghilangkan rasa loya.

So camne buah kiwi boleh membantu atau penawar selsema daku, di sini daku kongsikan khasiat buah kiwi.  Antara khasiat yang terkandung dalam buah kiwi ini ialah:-




  • Kekalkan sistem imuniti




Buah kiwi sebenarnya mempunyai kandungan Vitamin C yang sangat tinggi, malah tiga kali ganda berbanding dengan kandungan yang terdapat dalam buah oren.  Selain daripada itu, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ia juga dapat meningkatkan sistem imuniti badan dalam melawan bakteria.






  • Tidur dengan lena
Kebiasaannya semasa trimester pertama, kebanyakan wanita hamil akan kerap tidur dan masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan biasanya trimester ketiga.  Tidur yang kurang boleh mengganggu tumbesaran bayi dan juga kesihatan ibu.  Kajian menunjukkan dengan pengambilan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur seseorang itu.




  • Merendahkan tekanan darah
Buah kiwi juga kaya dengan potassium yang berfungsi melawan efek garam bagi mengurangkan tekanan darah tinggi.



  • Tinggi dengan asid folik
Buah kiwi kaya dengan kandungan asid folik. Asid folik memainkan peranan yang penting dalam mengelak kecacatan  saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf tidak lengkap sebanyak 70%.  Oleh itu, sekiranya merancang untuk hamil boleh la mula makan buah kiwi secara teratur.



  • Mengurangkan sembelit

Buah kiwi membantu dalam mengurangkan sembelit.  Ini kerana buah kiwi mengandungi serat yang tinggi di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.  Serat juga bagus bagi mengumpul dan mengurangkan toksin dalam badan.  Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan dari penyakit kanser usus.






Sumber:
  • Majalah Pa&Ma


Notakaki:
Sepanjang sembilan bulan mengandungkan Aisyah, daku memang tak pernah putus makan buah kiwi ni..selain dari khasiat di atas ia juga dapat mencantikkan kulit baby...Apa yang ditunggu lagi..Mohh kita makan buah kiwi...:-)


Sunday, 19 October 2014

Tips Kesihatan

5 Jenis Makanan untuk mencegah kolestrol tinggi, pembuluh darah tersumbat dan meningkatkan sistem immun dalam badan.

Assalamualaikum wbt,


Orang selalu berkata lebih baik mencegah daripada mengubati.  Secara umum yang kita ketahui ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.  Penyakit 3 serangkai ni membuatkan diriku lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan, apatah lagi kedua ibu bapaku adalah penghidap penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

Sekarang kita banyak didedahkan dengan pelbagai supplemen atau vitamin dipasaran Malaysia. Ianya terpulang kepada individu itu untuk mengambil supplemen atau pun makanan semula jadi.

Jom kita berkongsi sket makanan yang boleh mencegah daripada saluran jantung tersumbat, kolestrol tinggi dan boleh meningkatkan imunisasi dalam badan kita.  Yang penting mudah didapati di dapur anda dan juga kos yang murah.  


BAWANG PUTIH



Bawang putih merupakan supplemen untuk meningkatkan kesihatan.  Antara kelebihan bawang putih ia dapat meningkatkan sel immun dalam badan kita.  Bawang putih mempunyai sifat-sifat antioksidan disamping dapat mengekalkan peredaran darah dengan baik.  Selain daripada itu, bawang putih dapat mengurangkan risiko angin ahmar dan darah tinggi.


HALIA


Lebih 500 tahun halia digunakan dalam perubatan kita.  Halia dikatakan dapat membantu dalam merawat angin dalam badan, migrain, radang pada saluran darah, sakit kepala, sendi dan batuk Umumnya, halia sangat baik dalam menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin.


LEMON


Lemon mempunyai vitamin C dan B yang tinggi.  Lemon terkenal sebagai anti-bakteria yang kuat, anti-virus dan dapat meningkatkan sistem immum dalam badan.  Lemon juga boleh membantu untuk menurunkan berat badan kerana jus lemon elok untuk pencernaan dan pembersihan hati.


CUKA EPAL

Cuka Epal adalah tonik berguna yang dapat membantu untuk pesakit kencing manis, kanser, baik untuk kesihatan jantung, kolestrol tinggi dan penurunan berat badan.  Pada zaman dahulu, cuka epal digunakan sebagai ubat tradisional untuk demam yang tidak terlalu tinggi dan juga membantu dalam sistem percernaan kita.


MADU

Tidak dinafikan madu sangat baik untuk sistem badan kita.  Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap generasi tidak kira usia. Madu sangat berkesan dalam merawat saluran usus, organ-organ pernafasan, jantung dan saraf kerana madu mempunyai banyak sifat terapi.


Notakaki:

Bagi yang ingin mencuba sendiri boleh la mengambil sedikit bawang putih dan halia yang di sagat terlebih dahulu serta mengambil airnya.  Kemudian di masak seketika.  Apabila hendak minum dicampurkan sedikit lemon, cuka epal dan madu.  Diamalkan 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan.  Bolehla kita amalkan secara istiqamah dan sentiasa berdoa agar diri kita dijauhi dari segala penyakit.  Insha allah.