Thursday, 24 December 2015

Tingkatkan Prestasi Anak Anda Bersama Qaseh Gold Junior

Teks: Eko Salina
Gambar: Koleksi Peribadi/ Carian Google


"Mama..mama...nakkkk!!!" Si kakak menjerit

"Maaaaaa....naaaakkk!!!" Si adik pun menjerit-jerit juga sambil memegang kain mama.

Berebut-rebut suruh diberikan dulu. Aishhh...! 

Tapi mama happy. 

Sebab apa?



Kejadian ini berlaku apabila daku memegang botol Qaseh Gold Junior. Masing-masing tidak sabar untuk minum Qaseh Gold Junior. Pada hal sebelum ni si adik wek wek kan aje bila disuakan ke mulutnya. 

Alhamdulillah anak-anak suka minum Qaseh Gold Junior. Sangat sesuai untuk anak-anak kita seawal umur satu tahun. Rasanya pun sedap. Manis-manis. Memang anak-anak sukala kan. Eh! satu tahun yang belum banyak gigi pun boleh makan juga ke. Tak semestinya anak-anak setahun yang tak ada gigi kan, tapi yang umur 9 tahun pun kadang-kadang tak ada gigi juga. Hehehe. Ya la kan nak ganti gigi baru. Qaseh Gold Junior ni tak perlu dikunyah. Hanya minum sahaja dan segalanya mudah dengan Qaseh Gold Junior.

Sebenarnya kanak-kanak ini perlu juga supplement tambahan terutama sekali yang sedang membesar dan memerlukan makanan tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan. Saya memilih Qaseh Gold Junior kerana ianya produk yang Halal dan mendapat sijil Jakim. Kandungan dalam Qaseh Gold Junior diformulasi daripada makanan sunnah unggul untuk kanak-kanak iaitu kurma, madu, kismis, buah tiin, zaitun, delima, habbatus sauda', air zam-zam, gingko, badam, garam bukit, bayam, Za'faran, gam arab dan pegaga.

Kalau nak disuakan kesemua bahan makanan tu confirm anakku ini tidak makan, lagi-lagilah kalau ada sayur-sayuran. Qaseh Gold Junior inilah adalah salah satu solusinya. Mudah-mudahan dengan minum Qaseh Gold Junior ini menjadikan anak 'Junior'ku ini sihat walafiat, dapat melindungi mereka daripada jangkitan kuman dan bakteria serta dapat meningkatkan prestasi anak-anak. Yang paling best madu, kismis dan kurma yang kaya dengan glukosa dan fruktosa semulajadi dapat membantu membekalkan tenaga segera kepada tubuh badan serta merangsang sistem otat.

InsyaAllah semuanya dengan izin dan kehendak Allah. Kita hanya berusaha, sebagai seorang ibu pastinya kita akan memilih makanan yang terbaik buat si Manja. Gitewww....

Eh daku tak paksa anda beli ya, sekadar berkongsi apa yang daku berikan buat anak-anakku dengan Qaseh Junior ni. Harga pun berpatutan dan berbaloi dengan harganya. Banyak pulak tu khasiatnya. 

Tapi kalau berminat bolehlah calling-calling no 017-240 8646 ya. :D


Jom BerQaseh di Rumah.. :)



Sekian untuk hari ini...Jumpa lagi di entry lain.



Biar Gambar yang berbicara :D


Irfan si anak 'Junior' yang aktif :)









Wednesday, 23 December 2015

10 Tips Didik Anak Gaya Nabi


Melihat Anak Sebagai Amanah


"Setiap suami adalah penjaga keluarganya dan bertanggungjawab kepada orang di bawah jagaannya. Setiap wanita adalah penjaga di rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada orang di bawah jagaannya"
(Direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)


10 tips didik anak gaya nabi:

1.  Mengajak anak lakukan aktiviti yang sesuai dengan perilaku mereka

2.  Didik anak bercakap dengan lemah lembut dan berhemah

3.  Berusaha melakukan perkara kebajikan bersama-sama anak

4. Galakkan anak melakukan perkara baru seperti eksplorasi & eksperimen dengan alam sekeliling

5. Kenalkan dan ajar anak menyebut kalimah "Allah" sejak mereka kecil

6. Galakkan anak menzahirkan rasa cinta & kasih sayang kepada ibu bapa

7. Bersegera dalam menunaikan solat tanpa melengahkan masa

8. Luangkan masa untuk belajar sambil membina kemahiran anak

9. Sentiasa merindui & memuliakan baginda SAW

10. Timbulkan minat dalam diri anak sejak awal.


Inginkan dapat lebih tips didik anak gaya nabi?


~ Boleh baca buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi .


Selain daripada 1 Hari 1 Tip, pembaca juga diberi tunjuk ajar bagaimana mendidik anak cara Nabi.



Aktiviti mudah bersama anak-anak :)


Jom Amal :)


Boleh baca Kandungan Buku DI SINI


Nak Baca?


Boleh dapatkan buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi dengan WA/ pm di talian 
017-240 8646 atau  KLIK DI SINI 




Saturday, 19 December 2015

Khasiat Bayam Untuk Diet, Kulit dan Ibu Hamil


Sumber: Disehat.com
BAYAM 
Adakah kita masih ingat dengan kartun Popeye yang menjadi kuat setiap kali memakan bayam? Tidak dinafikan bayam ialah sayuran yang padat dengan khasiat kesihatan! Mengandungi flavonoid yang berfungsi sebagai anti oksidan & anti inflamasi untuk meningkatkan kuasa sistem imun. Kaya dengan pelbagai vitamin & mineral seperti zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anemia & keletihan serta kalsium & magnesium untk pembentukan tulang & gigi yang kuat.
Zat besi dalam bayam sangat baik untuk menambah tenaga dan juga membantu melancarkan metabolisme dalam tubuh. Manfaat bayam untuk tubuh sangatlah banyak, dari mulai panca indra sampai manfaat untuk organ dalam tubuh. 

Khasiat Bayam Untuk Diet, Kulit dan Ibu Hamil serta Bayi
Bayam tidak hanya mengandungi banyak zat besi saja tapi juga mengandungi vitamin yang baik untuk kesehatan terutama untuk Ibu dan anak. Berikut manfaat sayur bayam untuk kesehatan Ibu dan Anak.
1. Menurunkan berat badan
Kandungan serat dalam bayam lebih dari 20 persen dan sangat baik untuk membantu menurunkan berat badan. Manfaat bayam untuk diet dapat memenuhi serat dalam tubuh dan mengurangi nafsu makan. Serat dalam bayam juga boleh melancarkan metabolisme dalam tubuh. Manakala untuk diet, bayam boleh dijadikan sayuran wajib ataupun dibuat untuk jus yang dicampur dengan madu atau susu.
2. Baik untuk kesihatan mata
Bayam mengandungi banyak kalium dan juga zat besi yang sangat baik untuk kesihatan mata. Zat besi dan juga vitamin A yang terdapat dalam bayam boleh menjernihkan mata dan juga membuat mata lebih sihat. Bayam yang dimakan setiap hari dapat mencegah penyakit mata, seperti rabun ataupun katarak.
3. Menjaga kelembaban kulit
Bayam mengandung vitamin A yang sangat banyak, vitamin A inilah yang dapat membantu menjaga kesihatan kulit. Manfaat bayam untuk kulit iaitu dapat menjaga kelembapan kulit. Selain itu, bayam juga dapat menghilangkan jerawat dan juga sebagai anti ageing. Memanfaatkan bayam untuk kesihatan kulit dapat dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan mengkonsumsinya secara langsung dan juga dijadikan sebagai masker atau lulur.
4. Untuk kesihatan otak dan tulang anak
Bayam juga sangat baik untuk kesihatan anak dan bayi. Manfaat bayam untuk bayi dan anak diantaranya ialah dapat meningkatkan kecerdasan anak. Selain itu, kandungan kalium dan juga zat besi dalam bayam sangat baik untuk pertumbuhan dan pengembangan tulang untuk anak. Pada masa pertumbuhan, anak memerlukan banyak zat besi dan kalium. Dengan mengkonsumsi sayur bayam ini dapat membantu perkembangan otak dan tulang anak.
5. Menurunkan tekanan darah
Tidak hanya baik untuk anak dan bayi, bayam juga sangat baik untuk dikonsumsi oleh ibu hamil. Manfaat bayam untuk Ibu hamil yaitu dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Risiko tekanan darah tinggi pada ibu hamil sangat tinggi. Dengan banyak makan sayur bayam, ia dapat menurunkan risiko tekanan darah tinggi pada Ibu hamil.
Bayam memang sangat banyak manfaatnya tapi untuk orang yang berusia 30 tahun keatas dianjurkan untuk tidak mengkonsumsi bayam terlalu banyak kerana dapat mengakibatkan 'nyeri sendi'.

Persoalannya di sini, adakah anak-anak kita senang makan sayur?

TINGKATKAN PRESTASI ANAK ANDA!!


Diformulasikan dengan:-
Makanan sunnah seperti Kurma, Madu, Kismis, Delima, Minyak Zaitun, Gingko, Buah Tiin, Garam Bukit, Habbatus Sauda, Air Zamzam, Za'faran, Gam Arab dan tambahan Badam, Pegaga dan Bayam.
Dengan adanya Qaseh Junior sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa di luar sana yang menghadapi masalah dalam memberi makan sayur kepada anak-anak. Tidak rugi memberi qaseh junior kepada anak-anak kita kerana ia dapat mencerdaskan minda, meningkatkan sistem imun untuk perlindungan jangkitan penyakit, dapat menambahkan selera makan anak (Insya Allah) dan pelbagai lagi khasiat.
Anak saya dah cuba, anak anda bila lagi?
Harga:
Semenanjung RM61.00
Sabah/Sarawak RM71.00
(Tidak termasuk kos penghantaran)

Hubungi 017-240 8646 untuk tempahan.
Facebook: Eko Salina
Email: ekosalina@gmail.com



365 Tip Didik Anak Gaya Nabi






==================
Format: Paperback
Saiz: 6'' x 9''
ISBN-13: 978-967-411-513-5 
Tarikh Terbit: 30 Oct 2015
Jumlah Muka Surat : 208
Berat (kg) : 0.30
==================

Sinopsis
 Keistimewaan Buku Ini:

- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.

- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu     bapa untuk setahun.

- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.

- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.



ISI KANDUNGAN

Kata Pengantar

Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah

Bab 1: Membisikkan dalam Hati Bahawa Anak adalah Amanah Allah s.w.t.

Bab 2: Jadikan Kalimah Tauhid sebagai Lafaz Permulaan

Bab 3: Ajar Anak Mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20

Bab 4: Didik Diri dengan Ilmu

Bab 5: Didik Anak Mengetahui Kejadian Alam Semesta dan Kebesaran Allah s.w.t.

Bab 6: Didik Anak Mendirikan Solat

Bab 7: Bekalkan Ilmu Agama yang Secukupnya kepada Anak

Bab 8: Hidupkan Bi‘ah Islamiyyah di Rumah

Bab 9: Dekatkan Anak-Anak dengan Masjid ataupun Surau

Bab 10: Tanamkan Semangat Jihad dalam Jiwa Anak-Anak

Bab 11: Ambil Peduli Perihal Sahabat Anak-Anak

Bab 12: Tanamkan Azam dalam Diri Supaya Istiqamah dalam Mendidik Anak

Bab 13: Kenalkan Anak dengan Rukun Islam dan Rukun Iman

Bab 14: Perdengarkan Nasyid Ketuhanan

Bab 15: Asah Minda Anak dengan Kuiz

Bab 16: Latih Anak bagi Mengakui Kesilapan

Bab 17: Berzikir Bersama Anak dan Seluruh Ahli Keluarga

Bab 18: Kenali Fitrah Anak-Anak

Bab 19: Memberi Perhatian kepada Anak-Anak yang Aktif

Bab 20: Ajak Anak Bermain Sambil Belajar

Bab 21: Peka Terhadap Anak yang Gemar Meniru Tingkah Laku Orang Lain

Bab 22: Santuni Anak Ketika Berkomunikasi

Bab 23: Bersedia Berhadapan dengan Anak yang Suka Melawan dan Membantah

Bab 24: Ajari Anak Membezakan Antara yang Betul dan Salah

Bab 25: Aktifkan Peraturan di Rumah dengan Konsep Tegas, tetapi Mesra

Bab 26: Bersedia Melayan Anak yang Gemar Bertanya

Bab 27: Berikan Pujian dan Dorongan kepada Anak

Bab 28: Luangkan Masa untuk Anak yang Gemar Bermain dan Berjenaka

Bab 29: Wujudkan Persaingan Sihat dalam Kalangan Anak-Anak

Bab 30: Hargai Anak Lelaki, Puji Anak Perempuan

Bab 31: Rangsang Imaginasi Anak dengan Kisah Keagungan Allah s.w.t.

Bab 32: Galakkan Anak-Anak Mencuba Sesuatu yang Baru

Bab 33: Peka Perkembangan Bahasa Anak yang Cepat

Bab 34: Sokong Anak yang Cenderung Merungkai dan Mencantum

Bab 35: Sebut Kelebihan Anak-Anak

Bab 36: Bimbing Anak yang Sensitif dengan Sentuhan

Bab 37: Dengar Dua Kali Penjelasan Anak sebelum Buat Kesimpulan

Bab 38: Latih Anak Fokus untuk Cemerlang di Dunia dan Bahagia di Akhirat

Bab 39: Galakkan Anak Bereksperimen

Bab 40: Kenalkan dan Ajar Anak Sebut Kalimah Allah untuk Pupuk Rasa Cintakan Islam

Bab 41: Menghayati Kebesaran Allah sebagai Tanda Cinta kepada-Nya

Bab 42: Kenalkan Nama-Nama Allah Seawal Usia Anak

Bab 43: Dorong Anak Mencintai Rasulullah s.a.w.

Bab 44: Ajak Anak Mencintai Orang-Orang yang Dikasihi Rasulullah s.a.w.

Bab 45: Berterima Kasih kepada Ibu Bapa

Bab 46: Ingatkan Anak Bahawa Ibu Bapa Tiada Pengganti

Bab 47: Fahami dan Dengari Gejolak Rasa Cinta Anak

Bab 48: Lakukan Ibadah Solat di Hadapan Anak

Bab 49: Latih Anak-Anak Berpuasa

Bab 50: Kenalkan Anak dengan Kalam Allah s.w.t.

Bab 51: Berzikir Mengingati Allah s.w.t.

Bab 52: Berikan Tazkirah untuk Fahamkan Anak Konsep Pahala dan Dosa

Bab 53: Kenalkan Anak dengan Syurga dan Neraka

Bab 54: Ajar Anak Beristighfar

Bab 55: Jadikan Aurat Benteng Maksiat

Bab 56: Jadikan Bicara Anak Bicara yang Bermanfaat

Bab 57: Berikan Sentuhan Kasih Sayang yang Tulus kepada Anak

Bab 58: Bersedia Saat Sakaratul Maut Menjenguk Kita

Bab 59: Lakukan Aktiviti Mengikut Kesesuaian Tahap Umur

Bab 60: Zahirkan Rasa Cinta pada Usia Tujuh Tahun Pertama

Bab 61: Tanamkan Disiplin dalam Diri Anak

Bab 62: Dekati Anak dengan Cara Berkawan

Bab 63: Ajar Anak Berdikari

Bab 64: Ibadah dan Hidup Saling Berkait

Bab 65: Bangkitkan Roh Teladan dalam Diri Anak

Bab 66: Tetapkan Matlamat Hidup

Bab 67: Menegur, Bukan Mengherdik

Bab 68: Pilih Waktu yang Sesuai untuk Tarbiah dan Menasihati Anak

Bab 69: Didik Anak ketika dalam Perjalanan

Bab 70: Didik Anak ketika Waktu Makan

Bab 71: Didik ketika Anak Sakit

Bab 72: Bersikap Adil Terhadap Anak-Anak

Bab 73: Hindari Sikap Pilih Kasih pada Anak-Anak

Bab 74: Elak Mendoakan Keburukan Terhadap Anak-Anak

Bab 75: Jadikan Pengajaran sebagai Pendidikan untuk Anak

Bab 76: Memberi Hukuman Mengikut Tahap

Bab 77: Bina Kefahaman Anak dengan Mengupas Hadith

Bab 78: Jadikan Pesanan Luqman Al-Hakim sebagai Tarbiah kepada Anak

Bab 79: Ajari Anak Bahasa Asing Terutama Bahasa Arab

Bab 80: Tunaikan Hak Anak

Bahagian 2: Menelusuri Didikan Anak-Anak Nabi

Bab 81: Mendorong Potensi Anak seperti Nabi Adam a.s.

Bab 82: Memberi Peringatan ke Arah Kebaikan

Bab 83: Mengagihkan Tugas Mengikut Kecenderungan Anak-Anak

Bab 84: Pupuk Cita-Cita Anak

Bab 85: Sedia Berhadapan dengan Cabaran Mendidik Anak Erti Cinta

Bab 86: Ambil Peduli Pengurusan Ad-Dharurah

Bab 87: Ambil Iktibar dalam Kisah Dakwah Nabi Nuh a.s.

Bab 88: Bina Kesedaran Beragama dalam Diri Anak bahawa Iman Tidak boleh Diwarisi

Bab 89: Tanamkan Sifat Tidak Mudah Putus Asa

Bab 90: Berkat Doa Seorang Bapa

Bab 91: Wasiat Nabi Nuh a.s.

Bab 92: Jauhi Syirik dan Sifat Sombong

Bab 93: Jadikan Hikmah Doa Nabi Ibrahim a.s. sebagai Inspirasi

Bab 94: Mementingkan Kewajipan Bersolat Sebagaimana Nabi Ibrahim a.s.

Bab 95: Fahamkan Anak Perkara yang Dituntut dalam Solat

Bab 96: Teruskan Berdoa supaya Zuriat Dapat Menggalas Tanggungjawab

Bab 97: Tanamkan Sifat Mengutamakan Allah s.w.t. dalam Segala Hal

Bab 98: Menghargai Pengorbanan Ibu yang Tiada Tandingannya

Bab 99: Meletakkan Matlamat yang Jelas dalam Mendidik Anak

Bab 100: Contohi Siti Hajar dalam Pengurusan Anak Perempuan

Bab 101: Sepakat Mengemudi Rumah Tangga untuk Panduan Anak-Anak

Bab 102: Konsep Kerjasama Nabi Ibrahim a.s. sebagai Inspirasi

Bab 103: Berusaha Meraih Kebaikan dengan Amal Kebajikan

Bab 104: Bahagikan Tugas Mengikut Kepakaran Anak-Anak

Bab 105: Pupuk Budaya Kerjasama untuk Capai Matlamat

Bab 106: Akhiri Usaha dengan Doa dan Tawakal kepada Allah s.w.t.

Bab 107: Sabar Membina Komitmen

Bab 108: Galakkan Anak Berdikari

Bahagian Bonus: Tip Mengurus Anak Bermain Gajet


                               



Harga Buku:
RM18.00 (Tidak termasuk kos pos)
Untuk tempahan:
Hubungi 017-240 8646 / email: ekosalina@gmail.com



Ulasan Buku Bisnes "Cara kami" - Felinna Nadea Ed Fatah

Teks: Eko Salina Kasman
Gambar: Sendiri







Bila dibaca tak boleh hendak berhenti. Padahal dah khatam baca buku ni. Tapi tak jemu-jemu hendak baca lagi. Lagi-lagi kandungan dalam buku ni penuh dengan gambar dan berwarna. Lagilah seronok kalau nak membacanya.




Apabila baca buku ni, kadang-kadang rasa sedih pun ada, gembira dan macam-macam rasa ada. Buku ini penuh inspirasi dan motivasi. Bahkan apabila membaca buku ini seperti tuan punya badan tengah bercerita dihadapan kita.



Buku Bisnes "Cara Kami" ini sangat sesuai dibaca pada mereka yang berbisnes. Pada yang tidak punya bisnes juga sesuai untuk dibaca kerana di dalam kandungan buku ini terdapat amalan menjemput rezeki. Penulis selalu mengingatkan bahawa "Bos" sebenar kita adalah Allah s.w.t.


"Jangan lupa Allah yang memberi rezeki. Hebat mana pun strategi marketing kita, kalau Allah tak luluskan, kita tak akan ke mana-mana. Jagalah Allah yang Maha Agung" - Raffelinna




Apa yang menarik ialah penulis juga berkongsi pengalaman hidup dalam dunia perniagaan. Jatuh bangun, susah dan senang, kejayaan yang dikecapi dan akhirnya tersungkur dan bagaimana beliau dan suami bangkit semula serta terus berjaya diceritakan di dalam buku ini.


"Orang kata nak berjaya ni tak boleh naik lif. Kena naik tangga. Penat pun kena gagah panjat. Kalau tak, tak sampai ke puncak". - Raffelina


Sejujurnya saya sebagai pembaca buku ini terasa seperti ada magnet apabila membaca buku Kak Fel. Tidak boleh bergerak! Sehinggakan anak saya mengadu kepada ayahnya.

"Mama ni, sibuk baca buku je ayah"


Erkk!!


Inilah penangan dari buku Kak Fellina. Kalau nak tahu buku ni takde jual di mana-mana kedai buku.


Ada yang nak cuba baca atau hendak milikinya?

Hanya RM28 (Semenanjung) 
          RM30 (Sabah/ Sarawak)

Pm/ whatsapp di 017-240 8646
Email: ekosalina@gmail.com





Saturday, 5 December 2015

Percutian ke Ho Chi Minh

Teks: Eko Salina Kasman
Gambar: Koleksi Peribadi/ Carian Google



Pejam celik sudah menginjak sebulan lebih selepas bercuti ke Ho Chi Minh. Hinggakan terlupa pula untuk kemaskini percutian kami selama 3 hari 2 malam di Kota Ho Chi Minh, Vietnam. Percutian kali ini ditaja oleh syarikat tempat daku bekerja dan hanya staff sahaja yang boleh mengikuti percutian ini. Makanya terima kasih tidak terhingga buat En Suami tersayang kerana menjaga anak-anak kami dengan begitu baik sekali sepanjang mamanya bercuti. (Mesti terharukan kalau En Suami baca. Hehehe.perasan tahap gaban.. :D)


Alhamdulillah, sesampai di sana cuaca di Bandar Ho Chi Minh baik sekali dan kami tiba lebih kurang jam 1.30 petang waktu tempatan. Mengikut sejarahnya, Kota Ho Chi Minh asalnya diberi nama Kota Saigon. Ho Chi Minh adalah kota yang terbesar di Vietnam dan terletak dekat delta Sungai Mekong. Namun dalam percutian ini, Sungai Mekong tiada dalam jadual perjalanan kami. Baru terasa nak fefeling minum air kopi di tebing Sungai Mekong ala-ala cam dalam novelkan. Inilah kalau banyak sangat baca novelkan. Hehehe. 




(Gambar  masjid & balai polis kita bagi kredit kepada En Suraimi 
- rakan sekerja)


30 Nov, 2015 (Sabtu)

Kami disambut oleh pemandu pelancong tempatan dan di bawa melawat Bandar Ho Chi Minh. Apa yang unik di bandar ini adalah motorsikal dan skuter terlalu banyak dan agak pelik apabila melihat kenderaan yang bersimpang siur dan berpusu-pusu. Namun, ianya merupaka pemandangan biasa di kota ini. Kalau di Malaysia pastinya kita disuruh ketepi dan 'surat cinta' akan menyusul kemudian. Cuma yang bagusnya mereka memakai helmet dan menghormati pejalan kaki walaupun kita yang berjalan kaki berasa takut-takut apabila hendak melintas jalan. 




Kami menginap di Hotel Blessing 1. Boleh dikatakan hotel ini bertaraf 3 bintang. Lokasi hotel yang strategik membolehkan kami ke pasar malam, restoran Halal, pasar Ben Thanh dan juga kedai Satu Malaysia dengan hanya berjalan kaki sahaja. Di sini kami tidak perlu risau dengan penukaran matawang asing kerana mereka menerima duit Malaysia. Bagi mengelakkan daripada duit Malaysia tidak diterima semasa di Vietnam, daku tukarla sikit dulu duit RM ke Vietnam Dong (VND). Ketika itu RM400 bersamaan dengan 2 juta Dong. Haa masa ni berangan la kejap jadi OKB. Tapi kejap je la, bila beli belah rasa tak de la banyak mana pun 2 juta Dong tu. Hehehe.

Apa yang menariknya rakyat Vietnam juga boleh bertutur dan faham Bahasa Melayu. Kata orang tu bolehlah cakap pasar orang kita. Secara tidak langsung memudahkan lagi urusan jual beli. Ini menunjukkan betapa ramainya rakyat Malaysia datang ke Bandar Ho Chi Minh, sehinggakan harga barangan yang dijual pun diletak dengan tanda harga Ringgit Malaysia. Namun begitu, perlu juga berhati-hati dalam setiap pembelian lebih-lebih lagi di pasar malam dan pasar Ben Thanh. Perlu menawar harga serendah yang boleh untuk elak daripada kita mengalami kerugian atau penipuan.


31 Oktober, 2015 (Ahad)




(Perangkap samar, tempat persembunyian dan juga ruang oksigen)



 (Merangkak menyusuri terowong kecil. Macam sauna rasanya)





Lawatan seterusnya adalah ke Terowong Cu Chi. Dari Bandar Ho Chi Minh perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sekiranya kalian berpeluang ke Ho Chi Minh pasti lawatan ke terowong Cu Chi ini adalah merupakan lawatan wajib bagi setiap pelancong. 

Terowong Cu Chi dibuat oleh tentera Vietnam sewaktu berperang dengan tentera Amerika Syarikat suatu ketika dulu. Ianya sangat hebat dan menakjubkan apabila melihat keunikan dalam struktur seni bina terowong ini, sistem terowong bawah tanah mempunyai 3 tingkat dan panjangnya melebihi 200 km dengan binaannya menggunakan tenaga manusia sahaja. Apa yang menarik terowong ini mempunyai ruang makan, ruang tamu, tempat mesyuarat dan juga tempat pertempuran. Ia juga merupakan simbol kepahlawanan orang Vietnam.



Lawatan terakhir kami di Terowong Cu Chi ini kami disajikan dengan ubi rebus dan dicicah dengan kacang tumbuk.



Kalau sebut je nama Ho Chi Mihn pasti tidak akan lepaskan peluang untuk membeli belah. Lagi-lagilah kalau sebut pasar Ben Thanh. Apa tidaknya syurga dunia buat setengah kaum wanita. Bagi kaum adam harap bersabar dengan karenah pasangan anda ketika membeli belah ya. Banyak pahala tu. (Pahala la sanggat kann. Hahaha) Semasa pulang dari Terowong Cu Chi kami dibawa ke tempat pengeluar pakaian yang dah siap dan juga tudung. Harga di sana tidak boleh ditawar tetapi memang sangat-sangat berbaloi dan murah kalau sesiapa berhajat hendak membeli. Bayangkan tudung 'printed' berharga RM5 sahaja. Cantik pulak tu. Confirm beli. :D




(Gambar kenangan berlatarbelakang Pejabat  Pos Ho Chi Minh)




(Gambar Ihsan dari Pak Google - Saigon Notre-Dame Basilica Cathedral)




(Berlatarbelakang Gereja Notre Dame dan Pejabat Pos Besar - Terasa cam model jerk.. :P)


Lewat petang pula kami menyelurusi Bandar Ho Chi Minh. Destinasi utama kami adalah Pejabat Pos Besar Ho Chi Minh, Gereja Notre Dame, Hard Rock Cafe dan cruise. Sekali imbas jika diperhatikan gereja ini mempunyai konsep senibina Perancis. Begitu juga dengan Pejabat Pos Besar Ho Chi Mihn. Satu kerugian juga daku tidak berpeluang untuk memasuki dalam Pejabat Pos Besar Ho Chi Minh  untuk melihat dengan lebih dekat senibina ala-ala Perancis ini.



(Suasana malam di Bandar Saigon)



(Tengok-tengok je :D )


1 Nov, 2015 (Isnin - Last Day)

(Warga Tempatan yang berniaga di sekitar kawasan Hotel tempat kami menginap)



(Pasar Ben Thanh)

Hari terakhir, acara bebas sambil membeli belah di kawasan hotel. Di sini kami mengambil kesempatan untuk ke pasar Behn Thanh. Sekiranya tidak tahan nafsu, pastinya terasa ingin memborong semua yang ada di pasar ini. Terdapat banyak pilihan barang yang boleh dipilih dan dibeli. Antaranya kain ela, baju, seluar, cenderahati, kopi Vietnam yang memang cukup terkenal dengan keharuman dan kesedapannya dan macam-macam lagi. Boleh rambang matalah kalau ke sini. Namun pastikan kalian semua pandai tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang berpatutan dan tidak tertipu oleh peniaga di situ. Pada pandanganku, dari segi harga barang tidaklah terlalu murah mungkin disebabkan oleh ringgit malaysia jatuh dan tidak stabil ketika itu. 


Apapun, bagi mereka yang gemar untuk membeli belah, Bandar Ho Chi Minh boleh dijadikan sebagai 'list' percutian kalian. Di sini makanan dan minuman halal mudah didapati, terutamanya di sekitar tempat daku menginap. Ada orang panggil Jalan Malaysia. Kiri kanan, depan belakang ramai pelancong dari Malaysia. Restoran yang kami pergi antaranya Restoran Kampung Pandan. Nama restoran pun macam di negara kita kan di Kampung Pandan Ampang KL. So far makanan di situ boleh lah diterima dek tekak ni. Kalau diikutkan ada banyak restoran Halal di Kota Ho Chi Minh cuma kami hanya mengikut pemandu pelancong sahaja. 

Kami pulang ke Kuala Lumpur pada jam 3.15 petang waktu Vietnam. Kalau ada rezeki terasa teringin pula hendak ke Sg Mekong dan Hanoi. InsyaAllah.

Okeylah. Sampai sini dulu perkongsian dariku :)


Notakaki:
- Pastikan anda betul-betul hendak membeli barang yang diingini, barulah menawar harga dengan penjual. Ini kerana untuk mengelakkan penjual memarahi kita dan memaksa untuk membeli barang mereka.

- Jangan suka berselfie di tepi jalan. Dikhuatiri ada penunggang motorsikal terus sambar handphone anda. Pesanan ini dibawa khas dari pemandu pelancong kami.

- Jangan terus teruja untuk membeli belah. Cuba tawaf dulu dan kalau boleh buat perbandingan harga. Kadang-kadang boleh tertipu dek kata good/ high quality padahal sama sahaja kualitinya. Pengalaman kawan sendiri, daku beli tshirt dengan harga RM7 di kedai berhampiran hotel tetapi rakan pejabat beli tshirt yang sama di pasar Ben Thanh dengan harga RM30++