Betul ke langgan Hibah Takaful boleh selesaikan Pusaka?

by - 00:32


Soalan:

Puan, ada yang berpendapat jika saya ambil hibah takaful, duit pampasan takaful boleh digunakan untuk bayar pampasan kepada waris faraid yang lain jika ada yang nak tuntut harta si mati.

Mana yang perlu ambil dulu. Hibah Takaful atau Hibah Harta?

Jawapan:

🌺Takaful adalah pelan perlindungan dan saling membantu dalam kalangan para pesertanya sekiranya berlaku musibah.

🌺Musibah adalah hilang upaya atau cacat kekal atau pun kematian. Jika berlaku hilang upaya dulu, duit pampasan tadi akan diberikan terus kepada pemegang polisi.

🌺 Jika ada tuntutan harta selepas kematian, adakah hasrat untuk bayar bahagian waris faraid lain akan tercapai? Sudah tentu duit pampasan tadi telah digunakan untuk kelangsungan hidup pemegang polisi.

🌺 Jika berlaku kematian dulu, syarikat Takaful akan bayar kepada waris. Adalah lebih baik duit pampasan, digunakan untuk bayar hutang yang ditinggalkan dan untuk sara hidup keluarga.

🌺Di tambah pula jika ada anak bawah umur dan suami pula tidak tinggalkan simpanan yang banyak, sudah pasti duit ini sedikit sebanyak dapat bantu kos pendidikan anak-anak dan untuk keperluan lain bagi jangka masa yang panjang.



🌺 HIBAH HARTA adalah pemberian kita semasa hidup dengan kasih sayang tanpa mengharapkan balas an. Ia akan memudahkan proses pembahagian harta apabila kita sudah tiada nanti.

🌺 Contoh harta ialah sebiji rumah. Kebiasaannya rumah adalah harta yang paling sensitif dan mempunyai NILAI yang tinggi. Tidak mustahil ada waris yang TIDAK MAHU melepaskan hak mereka.

🌺Pengamanahan kepada orang yang dipercayai juga amat penting terutama sekali jika ada anak-anak bawah umur.

🌺 Rumah adalah tempat isteri dan anak-anak untuk berteduh. Mungkin lebih dari itu kerana ia melambangkan kasih sayang sebuah keluarga.

Jika rumah hendak dipecahkan mengikut bahagian waris yang lain, ianya agak sukar juga. Apatah lagi sekiranya tiada persefahaman sesama waris.

Sepatutnya harta yang ditinggalkan menjadi barakah tetapi menyusahkan waris pula. Inilah antara sebab kebanyakan hartanah tidak dapat dituntut.

Yang mana satu perlu didahulukan?

Hibah Takaful atau Hibah Harta?

👨‍👩‍👧‍👦 Di sini bergantung kepada struktur faraid, aset, kemampuan dan priority seseorang individu itu. Setiap orang mempunyai risiko yang berbeza.

Nak tahu lebih lanjut tentang hibah/faraid/tahap risiko korang? Boleh hubungi hakak. Hakak sedia bantu 😊

#hibah #wasiat #faraid #pusaka #hibahtakaful #hibahrumah
#rancangkeranasayang #perundinghibahwasiathartapusaka


You May Also Like

0 comments