Sunday, 6 September 2015

Taman Botani Negara Shah Alam

Teks: Eko Salina
Gambar: Koleksi Peribadi



Salam sejahtera semua,




Usai bersarapan dihujung minggu, En Suami bertanya 'hendak ke mana kita?'
Waa..pucuk dicita ulam mendatang. Terusku menjawab 'kita ke Bukit Cherakah nak'.

Ianya juga dikenali dengan panggilan Bukit Cherakah iaitu merujuk kepada Taman Botani. Sebenarnya kali terakhir daku ke sana pada tahun 90 an..Masa tu zaman muda mudi remaja. Berjalan bersama-sama rakan-rakan sekuliah. Masa tu tenaga masih kuat lagi, sanggup meredah seantero Bukit Cherakah. Sekarang?? Ehem-ehem..usah diceritakan ;)

Bagi yang belum pernah ke Taman Botani Negara Shah Alam ni, meh daku bagi tahu serba sedikit tentang Taman ini.  Lokasi Taman ini terletak berdekatan dengan Seksyen 8, Shah Alam dan waktu operasi adalah dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang. Harga masuk ke Taman ini adalah:


  • Dewasa - RM3
  • Kanak-kanak (6 - 12 tahun) - RM1
  • Warga emas - RM1

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di Taman Botani. Antaranya ialah:

  • Berbasikal
  • Skytrek
  • Flyfishing
  • Kolam Renang
Selain daripada itu terdapat beberapa tempat tarikan yang terdapat di Taman ini. Antaranya:-

  • Taman Haiwan
  • Taman Hiasan
  • Rumah Iklim Sederhana 4 musim
  • Taman Padi
  • Taman Kaktus
  • Taman Buah-buahan tropika
  • Dan Lain-lain
Taman Botani juga menyediakan perkhidmatan bas untuk para pengunjung. Berpeluh juga kalau berjalan kaki. Lagi-lagi bagi pengunjung warga emas dan anak-anak kecil.


>>> Kisah Daku di Taman Botani

Kami tiba di Taman Botani lebih kurang jam 9.30 pagi.  Pada awalnya daku bercadang untuk berbasikal bagi memberi pengalaman kepada anak-anak menaiki basikal. Tambahan pula daku mempunyai anak yang berusia 2 dan 4 tahun. Takut mereka letih kalau hendak berjalan kaki.  (Sebenarnya daku yang begitu sayang untuk membuang lemak yang sedia ada ni..hahaha)

Namun, kita hanya merancang dan Allah yang menentukannya. Basikal yang punya 'carrier' dah abis disewa. Hendak menaiki bas sentiasa penuh dan lambat untuk menunggu. Akhirnya En Suami mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Ok..hendak sedapkan hati, ini dinamakan Sihat sambil beriadah kannn. (Habis juga akhirnya lemak kesayanganku. wakakaka)


>> Destinasi Kami


Laluan Utama




Taman Haiwan

Taman Haiwan yang terdapat di Taman Botani tidaklah seperti di Zoo Negara. Boleh la untuk memperkenalkan kepada anak-anak tentang haiwan. Tak banyak haiwan yang terdapat di Taman ini. Memadailah dengan adanya rusa, landak, kura-kura, pelbagai burung, iguana, arnab, kuda dan rusa. Ok la tu kan. 


>>Destinasi Kedua

Kalau tengok dari luaran anak sulong daku Aisyah macam tak kuat nak berjalan jauh-jauh. Apa tak nya, setiap kali berjalan pasti hendak berdukung. Ayahlah menjadi mangsa. Bukannya tak nak membantu, kita perempuan, insan yang lemah. Tak boleh angkat berat sangat. ngeh ngeh ngeh. Kalau Irfan usah dikata, memang sesuai dibawa ke Taman Botani. Bukan berjalan tapi berlari, boy boy la katakan. Super duper aktif. 

Apa yang memeranjatkan, Aisyah seronok berjalan tanpa rasa penat dan mengeluh. Cuma sekali sekala meminta berhenti seketika untuk minum dan berehat. Bravoo Aisyah. Don't judge a book by it's cover tau mama. Hehe.



Jambatan Gantung

Kalau melihat pada peta di Taman ini dan mengikut kepada tenaga kami sekeluarga memang tidak mampu untuk jelajah satu Taman Botani Shah Alam ni. Terlalu luas dan kesian pada anak-anak kalau berjalan kaki. Lalu kami mengambil keputusan berjalan hingga ke Rumah Iklim Sederhana 4 musim sahaja.

Sepanjang perjalanan ke Rumah Iklim tersebut, kami melalui Jambatan Gantung. Aisyah pada mulanya agak takut juga tetapi tidak pada si kecil Irfan. Ada hati lompat-lompat di atas Jambatan Gantung. Bukan main syok lagi dia. Saje suka menyakat kakak yang cam takut-takut tu. Ermm good job Irfan ;)


>> Destinasi Ketiga

Selepas dari Jambatan Gantung kami meneruskan perjalanan ke Rumah Iklim Sederhana 4 musim.  Sebelum sampai ke tempat yang hendak dituju, terdapat juga taman permainan. Kalau dinamakan kanak-kanak riang pastinya tak akan lepaskan peluang bermain di taman permainan walaupun hanya ada gelongsor dan buaian sahaja. Hehehe.

Setelah penat bermain baru la ke Rumah 4 musim. Pada waktu ini adalah musim panas. Tetapi rumah tersebut berhawa dingin. Masuk je Rumah 4 musim Aisyah bersuara "Waaaaaaa....cantiknya....." Haila anak..dalam hati berkata "biasa je mama tengok". Hehehe. Mungkin biasa pada kita orang dewasa tetapi tidak pada anak-anak. Keadaan rumah itu sudah cukup membuatkan mereka berasa kagum dan gembira.



Rumah Hiasan

Rumah Hiasan ni muat-muat je ngan Irfan. Tanpa disuruh dia masuk ke dalam rumah tanpa rasa bersalah. Macam rumah ini aku yang punya. Hahahha.





Rumah Iklim Sederhana 4 Musim






>> Destinasi Keempat

Destinasi Akhir Kami. Perjalanan pulang ke 'check point' kami mengambil khidmat bas yang telah disediakan. Rasa kesian pula pada anak-anak. Jauh rasanya kami berjalan. Walaupun kelihatan mereka masih larat untuk berjalan lagi. 







Berdekatan dengan laluan masuk ke Taman Botani, terdapat sawah padi. Ianya juga salah satu pembelajaran dan pengenalan buat anak-anak yang belum pernah ke bendang. Apatah lagi daku dan suami bukan berasal dari orang bendang. Daku pun cam budak-budak juga, nak jugak bergambar di bendang. Alaaa..asyik dia orang je ada dalam gambar, kita pun nak juga kan..Hehehehe.

Berakhir lah sudah perjalanan kami di Taman Botani Negara Shah Alam. Sebelum itu, kami singgah ke restoran di Taman ini untuk makan tengah hari. Pekena pula dengan air kelapa sejuk. Memang fresh dan lega rasanya tekak ni. Secara keseluruhan ianya merupakan satu pengalaman yang menarik buat anak-anak. Bayaran masuk pun berpatutan dan sangat sesuai dikunjungi bagi semua peringkat umur. Sepatah kata Aisyah "Bestlah Mama". Terima kasih En Suami kerana membawa kami ke sini. Yang penting anak-anak Happy...Lain kali kita pergi tempat lain pula. ;)


Tips ke Taman Botani

  • Bawa bekalan air yang mencukupi. Lebih jimat
  • Boleh bawa bekalan makanan. Berkelah bersama keluarga (Yang penting jaga kebersihan Taman)
  • Memakai kasut sukan atau 'flat shoe' bagi kaum wanita. Memudahkan untuk kita berkejar-kejaran dengan anak kecil dan berjalan di Taman.

Hingga sampai di sini. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua  :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum, sya fatin, saya guru di kajang selangor. Saya ada satu permintaan yang ingin sya samapikan. Hari Khamis minggu depan iaitu 19/11/15 saya dan peljara akan buat explorace di taman botani ni. Jadi kami ada pergi buat servey untuk melihat kawasan checkpoint. Kami ada ambil gambar tetapi memandangkan cuaca hujan, kami terpaksa ambil gambar mcm tangkap muat je. Huhu, jadi utk checkpoint 1, sya perlukan gambar pondok 'rumah tradisi kaum temuan orang asli selangor'. Dah puas saya cari kat google, tapi kat sni sya jmpa. Kalau cik/puan izinkan atau benarkan, bolh tak kalau cik/puan hantarkan gmbr pondok ni di email sya fatinaadilaismail@gmail.com . sbbnya sya ingt nk ambil gmbr ni tapi warnanya jadi kuning, kalau cik/puan ada gmbr pondok tu shj, itu lebih baik. sya hrp sgt cik/puan dpt bantu sya. terima kasih bnyk, hanya Allah mampu balas kebaikan cik/puan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam..maaf sangat-sangat Cik Fatin. Dah lama saya tak buka blog dan email blog ni pun jarang dibuka. Apa pun terima kasih kerana sudi singgah dan baca di blog saya. Untuk makluman, gambar pondok sahaja memang tak ada.

      Delete