Kos Rawatan Kanser

by - 23:16

Faktor pemakanan dan gaya hidup adalah antara faktor yang membuatkan ramai yang menghidapi kanser pada usia muda. Berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan, dianggarkan setiap tahun seramai 100 ribu orang yang disahkan dengan penyakit kanser. Dianggarkan juga, satu daripada empat rakyat Malaysia akan mengalami kanser pada usia 75 tahun.

Di Malaysia, kanser yang paling biasa adalah kanser payudara (14.5%), kanser usus (12.1%), kanser paru-paru (11.8%), kanser pangkal rahim (5.7%) dan kanser tekak (5.4%).  Walaupun kadar kematian untuk kanser adalah tinggi, namun pengesahan dari peringkat awal serta menerima rawatan awal hingga ke peringkat lebih lanjut dapat memberi peluang pemulihan yang tinggi kepada pesakit.

Kos rawatan bagi 4 penyakit kanser di Malaysia adalah seperti berikut:

a) Kanser Payudara.

Jumlah kos rawatan adalah sebanyak RM395,000

Data daripada Kanser Malaysia menunjukkan bahawa setiap tahun kira-kira 4,000 kes baru disahkan dengan kanser payudara.

b) Kanser Usus

Jumlah kos rawatan adalah sebanyak RM121,000

Bagi pesakit kanser usus, kadar pesakit adalah 21.3 kes bagi setiap 100,000 orang di Malaysia dalam tempoh lima tahun antara tahun 2008 dan 2013. Kanser usus merupakan punca kematian kedua kematian kanser di seluruh dunia.

c) Kanser pangkal rahim

Jumlah kos rawatan adalah sebanyak RM60,000

Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang biasa dihidapi bagi kaum wanita dengan peratusan sebanyak 11%.  Kadar kelangsungan hidup pesakit ini bagi tempoh lima tahun adalah dianggarkan 55%.

d) Kanser Paru-Paru

Jumlah kos rawatan adalah sebanyak RM70,000

Di Malaysia kadar peratus kematian kanser paru-paru adalah 19.8%. Laporan kesihatan dunia menunjukkan bahawa setiap tahun lebih daripada 1.8 juta dilaporkan penghidap kanser paru-paru diseluruh dunia.

Sumber: The Edge Malaysia (September 17-September 23, 2018)

Dengan adanya pelan perlindungan kanser yang lengkap dan menyediakan perlindungan kanser daripada tahap awal hingga ke peringkat yang lebih lanjut, ia secara tidak langsung dapat melindungi simpanan dan dapat menenangkan fikiran anda tanpa memikirkan masalah kewangan.

Sayangilah keluarga anda, lindungilah mereka dan sediakan tabung kecemasan bermula dari sekarang.  Untuk keterangan lanjut, sebut harga percuma dan khidmat nasihat takaful boleh terus hubungi saya di talian 017-240 8646.  









You May Also Like

0 comments