Kenapa Pilih Medical Card - Takaful

by - 20:14




Keperluan Takaful Perubatan Untuk Setiap Individu

Takaful perubatan dapat memberikan perlindungan ke atas kos rawatan perubatan terhadap sesuatu penyakit dan juga kemalangan. Melalui bayaran premium setiap bulan/ tahunan bagi polisi takaful perubatan, kos perubatan anda akan ditanggung oleh syarikat takaful sekiranya anda disahkan oleh pakar mengidap penyakit tertentu atau pun menghadapi kemalangan.

Kebiasaannya perlindungan takaful perubatan boleh diambil secara berasingan (standalone) atau pun Plan Perubatan secara koprenhensif.  Walaubagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk memiliki plan perubatan ini, perlulah mendapatkan nasihat daripada perunding takaful agar anda dapat membuat pilihan yang tepat serta yang bersesuaian dengan keperluan anda dan seisi keluarga.

Kenapa perlu ada medical card?


1) Limit tahunan majikan tidak mencukupi

Alhamdulillah majikan menyediakan kad perubatan kepada pekerja. Namun, kadang kala kita terlepas pandang akan kos perubatan yang semakin meningkat. Cuba anda bayangkan limit tahunan perubatan anda bagi ‘inpatient’ adalah sebanyak RM25,000 setahun sahaja untuk satu keluarga. Malang tidak berbau, anda pula disahkan mengidap sakit jantung dan memerlukan pembedahan. Sekali kos pembedahan dianggarkan adalah melebihi dari had yang ditetapkan.  Belum lagi rawatan susulan dan ini memerlukan kos tambahan.

2) Sediakan payung sebelum hujan

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Dikhuatiri juga ada syarikat yang mempunyai masalah kewangan dan tidak dapat memberi faedah ini lagi.  Selain daripada itu, ada yang sudah memulakan bisnes sendiri dan keperluan medical card peribadi sangat diperlukan. Perlu juga ambil kira, kos insuran adalah berdasarkan pada usia ketika kita beli. Semakin berumur usia kita, maka premium akan lebih mahal. Selain daripada itu, ada tempoh menunggu sebelum ianya berkuatkuasa sepenuhnya.

3) Kos perubatan meningkat

Laporan tahun 2017 menunjukkan bahawa kerajaan memperuntukan RM1.6 billion bagi membiayai kos rawatan pesakit buah pinggang yang mana kos rawatan bagi pesakit buah pinggang adalah sebanyak RM40,000/ seorang. (Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm1-6-bilion-kos-rawatan-pesakit-buah-pinggang-tahun-lepas-141519). Ini belum lagi mengambil kira kos rawatan untuk pesakit kanser dan penyakit lain, malah apa yang lebih menyedihkan adalah simpanan KWSP untuk persaraan kita nanti mungkin akan dihabiskan untuk kos perubatan sahaja kerana faktor kesihatan. Ini disebabkan oleh tidak mempunyai simpanan khas perubatan semasa muda.


4) Untuk perlindungan kesihatan bagi semua peringkat usia  
Perlindungan kesihatan ialah sesuatu yang diperlukan pada semua peringkat usia. A-Plus Med AIA bukan sahaja menawarkan perlindungan sehingga umur 100 tahun dan anda juga dapat menikmati perlindungan kos perubatan bernilai sehingga RM1 juta setiap tahun. Boleh juga dapatkan plan perubatan yang terbaik buat anda dan seisi keluarga dengan klik di bawah:

You May Also Like

0 comments