Kenapa Masalah Harta Pusaka Tidak Dapat Diselesaikan.

by - 10:51




Harta Pusaka ialah segala apa yang ditinggalkan oleh si mati sama ada harta yang berbentuk alih dan tak alih, iaitu:

 Harta Alih
—————
1. Duit simpanan dalam bank

2. Wang Tunai

3. Simpanan KWSP

4. Saham

5. Barang Kemas

6. Tabung Haji

7. Kereta dan motor

8. Unit Trust

9. Lain-lain

Harta Tak Alih
——————
1. Tanah yang mempunyai Geran dan nama si mati.

2. Tanah yang di pajakkan seperti lombong dan lain- lain beserta kepentingannya.

3. Rumah

4. Lain-lain

Antara sebab banyak masalah Harta Pusaka tidak dapat diselesaikan kerana:

1. Waris tidak tahu atau tiada pengalaman untuk menguruskan Harta Pusaka.

2. Waris tidak tahu proses untuk selesaikan masalah Harta Pusaka.

3. Waris tidak tahu bagaimana untuk memulakan pengurusan menyelesaikan masalah Pusaka dan menyebabkan proses tersebut mengambil masa yang agak panjang.

4. Tiada persefahaman atau muafakat sesama waris dan bergaduh untuk rebut harta.

Bagi menyelesaikan masalah Harta Pusaka ini, para waris perlu mendapatkan perintah pembahagian Harta Pusaka di Pusaka Kecil atau pun dapatkan Surat kuasa di Mahkamah Tinggi. Untuk memudahkan urusan Harta Pusaka sewaktu kita tiada nanti, sebaiknya semasa hidup kita membuat perancangan awal dalam menguruskan Harta yang sedia ada.

Antara cadangan untuk uruskan Harta adalah seperti berikut:

1. Buat wasiat untuk melantik wasi di kalangan waris-waris, peguam atau Syarikat Amanah/ Trustee Company yang bertindak sebagai pemegang amanah kepada Harta Pusaka. Contoh Syarikat Amanah adalah Wassiyah Shoppe Sdn Bhd, Assalihin Trustee Berhad, Am Trustee, Amanah Raya dan lain-lain.

2. Buat dokumen Hibah semasa hidup sebagai hadiah kepada waris. Harta yang di hibahkan adalah terkeluar dari faraid/ pusaka. Setelah disahkan oleh pihak Mahkamah, penerima hibah adalah pemilik mutlak.

3. Buat dokumentasi untuk perlantikan Wasi semasa hidup dan ketika sihat. Boleh juga dapatkan khidmat saya untuk dokumentasi ini.

Oleh yang demikian, sama ada Harta kita sikit atau pun banyak dan mempunyai waris, maka segera kan lah dalam merancang atau menguruskan Harta kita supaya tidak terbeku serta memberi kemudahan dan keselesaan kepada waris.





You May Also Like

0 comments