Ulasan Buku Bisnes "Cara kami" - Felinna Nadea Ed Fatah

by - 22:18

Teks: Eko Salina Kasman
Gambar: Sendiri








Bila dibaca tak boleh hendak berhenti. Padahal dah khatam baca buku ni. Tapi tak jemu-jemu hendak baca lagi. Lagi-lagi kandungan dalam buku ni penuh dengan gambar dan berwarna. Lagilah seronok kalau nak membacanya.




Apabila baca buku ni, kadang-kadang rasa sedih pun ada, gembira dan macam-macam rasa ada. Buku ini penuh inspirasi dan motivasi. Bahkan apabila membaca buku ini seperti tuan punya badan tengah bercerita dihadapan kita.



Buku Bisnes "Cara Kami" ini sangat sesuai dibaca pada mereka yang berbisnes. Pada yang tidak punya bisnes juga sesuai untuk dibaca kerana di dalam kandungan buku ini terdapat amalan menjemput rezeki. Penulis selalu mengingatkan bahawa "Bos" sebenar kita adalah Allah s.w.t.



"Jangan lupa Allah yang memberi rezeki. Hebat mana pun strategi marketing kita, kalau Allah tak luluskan, kita tak akan ke mana-mana. Jagalah Allah yang Maha Agung" - Raffelinna




Apa yang menarik ialah penulis juga berkongsi pengalaman hidup dalam dunia perniagaan. Jatuh bangun, susah dan senang, kejayaan yang dikecapi dan akhirnya tersungkur dan bagaimana beliau dan suami bangkit semula serta terus berjaya diceritakan di dalam buku ini.


"Orang kata nak berjaya ni tak boleh naik lif. Kena naik tangga. Penat pun kena gagah panjat. Kalau tak, tak sampai ke puncak". - Raffelina


Sejujurnya saya sebagai pembaca buku ini terasa seperti ada magnet apabila membaca buku Kak Fel. Tidak boleh bergerak! Sehinggakan anak saya mengadu kepada ayahnya.

"Mama ni, sibuk baca buku je ayah"


Erkk!!


Inilah penangan dari buku Kak Fellina. Kalau nak tahu buku ni takde jual di mana-mana kedai buku.


Ada yang nak cuba baca atau hendak milikinya?

Hanya RM28 (Semenanjung) 
          RM30 (Sabah/ Sarawak)

Pm/ whatsapp di 017-240 8646
Email: ekosalina@gmail.com





You May Also Like

0 comments