Sunday, 5 June 2016

Pengorbanan Seorang Ayah


Cadangnya hari ini hendak membawa anak-anak berjalan. Tetapi En suami tiba-tiba pula ada kerja di site Selatan tanahair.

Janji sudah diberikan kepada Aisyah. Maunya diungkit berbulan-bulan kalau janji tak ditepati. Akhirnya kami mengikut sahaja En Suami ke tempat kerjanya. 



Aisyah: Kesiannya ayah kena panas. 

Kata Aisyah apabila melihat ayahnya ditapak pembinaan rumah. 

Seorang suami dan ayah jarang sekali bercerita bagaimana mereka bekerja. Kena panas atau berhujan. Apatah lagi kerja yang berisiko. Itulah pengorbanan mereka.

Seorang suami dan ayah ingin melihat kebahagiaan anak-anak dan juga isterinya. Segala perit atau lelahnya hanya simpan di dalam hati.  

Malah senyuman sentiasa terukir apabila pulang ke rumah. Waktu malam bergurau senda bersama anak-anak tanpa rasa erti penat. Seolah-olah tiada apa yang berlaku walau kita tahu di dalam kepalanya sarat dengan pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul. 

Itulah yang bernama suami dan ayah. Hargailah mereka ketika kita masih memilikinya. Terima kasih Allah atas anugerah ini.