Friday, 29 April 2016

Resepi Ketupat Pulut Serunding (KPSB)

Bismillah,

Lama bebeno rasanya daku tidak 'update' blog ni.  Bersawang sudah kurasakan.  Kalau blog ni boleh bercakap mesti dah lama dok memanggil-manggil tuannya suruh kemas rumah. Apakan daya tuan rumah malas tahap gaban.  Hehehe.

Kali ini kita bersiaran dengan Ketupat Pulut Serunding Bonda (KPSB).  Alkisahnya daku ni memang berkawan dengan tuan punya produk.  Nama diberi cik Hidayah.  Dalam FB beliau kadang-kadang tu dok la promote produk ni. Terliur jugak nengok serunding nya. Tapi bukan nak cakap apa, memang marvellos rasanya bak ang.  Sekali rasa pasti nak lagi. Gitewww....Pulut dah habis serunding masih ada lagi.  Boleh la buat makan ngan roti pulak. :)

Sebenarnya daku ni bukan la pakar nak masak ketupat pulut, mama zaman moden la katakan. Hehehe.. Alang-alang ada jual ketupat bonda & serunding express ku gagah kan juga membelinya dari tuan punya produk.  Jimat masa dan senang memasaknya.



Nah daku belanja gambar dulu ya.. :)


Dalam bungkusan: Ketupat pulut, serunding, santan serta resepi.


[RESEPI KETUPAT PULUT & SERUNDING Bonda's rasa asli tradisional]

>>  Basuh beras pulut dalam paket
>>  Rendam beras bersama santan serbuk, 700 ml air dan 1 sudu kecil garam.
     (Rendam selama 45 minit)
      Kacau air supaya santan dan garam sebati

>>  Rebus beras pulut dengan air santan rendaman tadi sehingga santan kering.  Pastikan
      api paling kecil dan masak lebih kurang 1 1/2 jam
>>  Lepas tu boleh angkat dan sejukkan.  Rasanya seperti ketupat pulut tradisional.

      Cicah pula dengan SERUNDING DAGING Bonda's.  Perghhh..!! Memamg makan tak toleh
      kiri kanan lagi dah. TAPI sebelum makan jangan lupa baca Bismillah :D



Kepada yang kesuntukan masa dan hendak EXPRESS sahaja boleh cuba resepi ini ya..

[Cara memasak KETUPAT PULUT & SERUNDING Bonda's EXPRESS]

Mudah sahaja.  Hanya dengan 1 langkah sahaja!!

>> Rebus Ketupat dengan 700 ml air, santan yang telah disediakan dan garam secukup 
     rasa.  Rebus selama 20 minit atas api sederhana.  Ok SIAP!!
     Untuk menaikkan aroma ketupat pulut kita ni, boleh la letak daun pandan.

Mudah, jimat dan pantas kan..







Daku dah cuba, anda bila lagi :)


Kepada yang berminat untuk membeli KPSB boleh terus whastapp di 017 - 240 8646



Eh!! Irfan Khairi pun dah beli ke.. :D