Saturday, 1 November 2014

Biskut Laktasi










Assalamualaikum dan salam sejahtera ;-)

Kali ni kita bersiaran dengan hidangan biskut laktasi.  Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak, kadang-kadang pening kepala juga memikirkan susu yang mula merundum especially bila ibu dah mula bekerja.  Stress ditempat kerja juga salah satu sebab boleh menyebabkan susu ibu mula berkurangan.  Masa tu mula la kita nak mencari alternatif lain unuk menambahkan susu.

Haaa...ni masa time daku ada kelapangan, bila dah boring dan tak tau nak makan apa untuk tambahkan susu maka mulala mencari resepi.  Biskut ni pun cam ala-ala choclate chip gituu.  Resepi ni pun dah di olah serba sedikit sebenarnya untuk kesesuaian ibu yang menyusu.  Cam daku yang bukan profesional membuat biskut camgitu la ngupanya biskut tu. Hehhe.  Tapi yang paling penting kandungan dalam biskut ini seperti oat, kurma dan halba boleh membantu dalam penghasilan susu yang banyak.  Setidak-tidaknya boleh dijadikan kudap-kudap di tempat kerja selain dari dapat menghilangkan rasa mengantuk disebabkan ada rasa pahit sedikit yang terdapat pada halba, ada setengah orang tak berapa suka pada rasa halba ni.  Kepada yang tak berapa suka dengan rasa pahit ni, tak nak letak halba pun takpe.  

Kepada yang berminat dan ingin mencuba, silakan la iyea... ;-)


RESEPI BISKUT LAKTASI

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung (diayak)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan buttercup
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 sudu besar halba (dikisar)
  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu besar air
  • 1 sudu besar esen vanila
  • sedikit garam
  • Sedikit oats (disangan terlebih dahulu)
  • Almond, kurma, coklat cip dan kismis (sebagai tambahan)

Cara-cara
  • Putar buttercup dan gula perang hingga sebati, masukkan telur dan esen vanila, putar hingga rata.
  • Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung dan baking powder ke dalam adunan tadi. Masukkan sedikit air, garam dan gaul rata.
  • Masukkan oats, coklat chip, kurma yang dipotong dadu dan kismis di dalam adunan dan di gaul rata.
  • Boleh menggunakan sudu kecil dan disusun atas dulang pembakar.  Buat hingga abis adunan tadi.
  • Bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 170C selama 10-15 minit atau sehingga masak dan keperangan.  Sejukkan biskut di atas jaringan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Notakaki:  

Halba boleh juga digantikan dengan flexseed. Begitu juga buttercup boleh digantikan dengan minyak kelapa yang lebih berkhasiat.  Pisang dan apricort kering boleh juga dijadikan bahan tambahan.



1 comment:

  1. As salam,
    Info yang bagus..
    Bleh jenguk ke blog saya untuk resepi biskut laktasi yang lain:
    http://ummimilkin.blogspot.my/

    ReplyDelete