Confinement Lady dan Amalan Berpantang

by - 07:39


Teks:  Eko Salina Kasman

Assalamualaikum para pengunjung...

Jom..kali ni nak bercerita sket pengalaman berpantang.  Dulu masa anak pertama mak dan nenek yang jaga masa berpantang, tapi kali ini mak dan nenek dah uzur jadi nya daku mengambil khidmat mak bidan yang ku rasa BEST sangat-sangat.

Daku imbas kembali kenangan setahun lepas iyea.

Alhamdulillah..Tanggal 22.10.2013 jam 3.16 pagi Irfan selamat dilahirkan ke dunia...Pejam celik dah setahun dah umur Irfan...Dengan izin Allah segalanya dipermudahkan...Daku pun takde lah rasa sakit yang lama untuk melahirkan Irfan..En suami pun ada disisi disamping mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran disaat daku nak melahirkan Irfan.  Terima Kasih En Suami, Mohammad Nasri Sabari.


Tadaaaa.....Inilah dia gerangan HERO ku


Fresh from oven - 22.10.2013

Lepas dicharge dari hospital, daku balik ke rumah ibu mertuaku selama seminggu.  Terima kasih tak terhingga buat adik iparku yang menjagaku selama seminggu.  Tolong masak, tolong mandikan baby cuma tak tolong mandikan mak nya je, hehhehe.


Meh...daku nak story mory sket pasal mak bidan yang best.  Mak bidan ni namanya Che Nah.  Asal dari Kelantan.  Walaupun Che Nah ni dah warga emas tapi orangnya masih kuat.  Dia la yang menjaga daku selama dua minggu.  Berurut, bertungku selama dua minggu, memasak, melulur, mandikan baby, basuh baju, basuh pinggan mangkuk, tolong lipatkan baju dan banyak lagi yang Che Nah tolong buat. Memang sangat-sangat membantu.  Terasa macam mak-mak kita yang menjaga kita.  Padaku yang ala-ala degil ni elokla dapat mak bidan seperti Che Nah.  Dapatla daku betul-betul berpantang secara tradisional.


BERURUT & BERTUNGKU

Pakej Che Nah ni memang lengkap..Urutan dan bertungku bersama Che Nah memang meletop.  Rasa segar dan ringan je badan.   Minyak urut yang digunakan takde la bau minyak angin tu kan..minyak yang digunakan adalah minyak aromaterapi.  Katanya dia yang buat sendiri.  Wangi je bau minyak urut Che Nah. Biasanya Che Nah akan tungku seluruh badan kita terlebih dahulu sebelum mengurut. Selama dua minggu jugala daku bertungku setiap pagi dan petang (2 kali sehari). 

Bertungku ni sangat bagus untuk mengecilkan atau mengecutkan rahim kita.   Cam daku yang waktu berpantang baru nak bertungku ni..bila bertungku asyik nak menolak je tangan Che Nah sebab panas sangat kot tungku Che Nah tu....fuhhhh..cam bara api je ditonyoh ke badanku..huhu...tapi sebab nak kurus punya pasal ku tahan kan jua...kata orang 'beauty is pain' hehehhe.  Seeleoknya bertungku biarla panas dari suam-suam kuku kan.  Dengan bertungku ia juga dapat mengeluarkan darah beku dalam badan kita.  Haaa..betapa eloknya amalan bertungku sebenarnya selain dari boleh buat badan kita jadi slim kannn, ni yang sebenarnya daku nak.  Huhu.


MANDIAN

Selepas berurut daku mandi dengan air daun yang telah direbus terlebih dahulu.  Air rebusan daun-daun ni untuk buang bau pada badan kita.   Terasa wangi dan segar je badan apabila mandi dengan air rebusan daun-daun yang disediakan oleh Che Nah.  

Di atas permintaan daku sendiri, Che Nah juga tolong melulurkan seluruh badanku...terasa halus mulus lak kulit ni...(masuk bakul angkat sendiri)hehehe. Selepas mandi Che Nah akan memakaikan bengkung dan sapukan losyen pati hot halia diperutku.  Ini akan mempercepatkan lagi proses pengecutan dan pengecilan perutku yang sememangnya tersangatla buncit selepas bersalin..Sepatah kata officemate.."perut akak ni cam orang belum bersalin.."waaa sadisnya ayat.  Ni yang berkobar-kobar nak kurus ni.  Sebenarnya selain daripada mengembalikan kepada bentuk asal, bengkung dapat mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan.

Selesai memakai bengkung Che Nah akan memakaikan pilis dikepala dan mengikat rambut setinggi-tingginya.  Katanya elok untuk buang angin.





Losyen dan herba tangas digunakan sewatu berpantang.


Tidak ketinggalan juga mandian untuk baby.  Che Nah akan memandikan baby dengan air rebusan daun-daun dan baby juga akan ditungku dan diurut.  Dengan berurut dan bertungku baby kita tak akan mudah kembung perut dan rasa lebih selesa.  Malahan akan tidur dengan lenanya.  Haaa biar gambar dibawah ni yang berbicara, betapa sedapnya mak bidan ni tungku baby iyea.



Baby tengah mandi.



Baby ditungku.  Sampai terlena dibuatnya.


MAKANAN

Bab makan ni memang MELETOP.  Daku kena minum air rebusan akar kayu hokayy (ada setengah orang kata ubat periuk).  Hemmm.  Satu termos besar air rebusan dihidangkan di atas meja.  Amik ko kena minum sampai habis...huhu...demi kesihatanku, kutelankan jua.  Bukan setakat air rebusan malah 2 kilo halia muda disagat dan digoreng untuk dijadikan ulaman.  Begitu juga lada hitam dikisar dimakan setiap hari sewaktu berpantang.  Che Nah cakap selain baik untuk ibu ianya juga baik untuk baby.  Tapi memang betul la daku dan baby memang akan kerap mengeluarkan angin ...Banyaknya angin dalam badan daku ni.  Hahaha.

Menu dalam berpantang simple sahaja.  Walaupun menu Che Nah kukus, grill dan panggang tapi pada daku sangat sedap.  Mungkin disebabkan makanan yang dihidangkan tu masih panas. Makanan waktu berpantang tak boleh sembarangan.  Makanan bergoreng tidak digalakkan, begitu juga makanan yang gatal dan sejuk.  Ini dikhuatiri apabila si ibu menyusukan anak, perut anak akan kembong atau angin.  Yang pasti penyediaan makanan Che Nah memang penuh khasiat.  Dengan ikan, sayur satu pinggan dan tidak lupa juga buah-buahan.   Secara tidak langsung luka dalaman kita cepat sembuh dan badan kita pun cepat sihat.

Selain daripada itu, daku juga mengamalkan pengambilan kurma untuk memperbanyakkan susu disamping pengambilan kalsium.  Ini disebabkan Irfan alahan pada susu lembu. 


LAIN-LAIN PENJAGAAN SEWAKTU BERPANTANG

Selain daripada perkara di atas, sewaktu berpantang si ibu hendaklah memakai stoking supaya angin tidak masuk dalam badan kita.  Penjagaan luka selepas bersalin juga perlu dijaga supaya luka yang dialami cepat sembuh.  Seelok-eloknya kena lap dulu selepas membuang air kecil dan untuk mengeringkan nya kita bolehlah guna pengering rambut terutama sekali bagi ibu-ibu yang bersalin melalui proses episiotomy.  Mengikut pengalaman anak pertama daku, proses pemulihan luka mengambil masa lebih dua minggu untuk betul-betul baik.

Bertangas juga elok di amalkan ketika berpantang.  Bagi ibu yang baru bersalin, amalan bertangas ini dapat membantu proses penyembuhan faraj dan rahim.  Daku beli herba tangas 'B'hidan' secara online.

Memandangkan dalam waktu berpantang, daku hanya menggunakan baldi yang diisi dengan air rebusan herba tangas dan juga kerusi plastik yang berlubang untuk bertangas.  Kos yang murah dan  kita tak perlu keluar rumah sewaktu berpantang malah kita boleh bertangas beberapa kali.

Banyak dah rasanya daku berkongsi cerita tentang mak bidan dan juga amalan berpantang.  Memang rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan mak bidan yang sangat baik hati dan menjaga daku sewaktu berpantang.  Yang paling penting daku mendapat berat badan asal seperti sebelum mengandungkan Irfan.  Alhamdulillah.  Kini Irfan pun sudah genap setahun.  Syukur Alhamdulillah semoga anak mama sentiasa sihat, menjadi anak yang soleh, dipanjangkan umur dan murah rezekinya.



Genap setahun - 22.10.2014

You May Also Like

0 comments