Pengalaman Bisnes Online

by - 23:21


Teks: Eko Salina Kasman

Bismillah,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Terima kasih sebab sudi singgah di blog Dari Hati Mama Aisyah dan Irfan. Kali ni saya hendak share mengenai pengalaman saya dalam membuat Bisnes Online. Saya mula jalankan bisnes online pada tahun 2014. Saya percaya, rata-rata yang pertama kali membuat bisnes online sudah tentunya menjual pelbagai jenis barang. Saya pun jual pelbagai produk. Mungkin lain orang lain caranya.  


Sebenarnya pada saya tidak mengapa pun sekiranya kita menjual pelbagai produk, biarlah orang kata kita tidak fokus jual pada satu barang sahaja, tetapi kita konsisten dalam membuat bisnes. Tambahan pula sekiranya kita bukanlah pengasas atau pun pengeluar sesuatu produk itu. Kita pun tidak tahu yang mana satu Allah nak bagi rezeki lebih pada kita. Sama ada produk A atau pun produk B. Cuma kita perlulah sentiasa memupuk minda kita supaya lebih positif. Haaa apabila dah banyak sel-sel positif dalam minda, InsyaAllah mudahlah kita kembangkan bisnes. Cakap macam senang kan. Semudah ABC. Ekceli bekerja sepenuh masa dan mencari pendapatan sampingan perlu ada disiplin yang tinggi. Waktu siang perlu tumpukan sepenuh masa pada kerja hakiki dan malam atau hujung minggu adalah waktu untuk bisnes online. Pada saya keberkatan dalam mencari rezeki itu adalah sangat penting. 


Bagi yang baru mula bisnes, pada pandangan saya cuba kurangkan risiko. Kita bermula dengan menjual produk orang lain. Selain itu, bermula dengan modal yang kecil dan minimumkan risiko. Jika anda berbakat dalam penulisan bolehlah hasilkan karya sendiri. Contohnya seperti ebook. Macam saya memang tak ada bakat terpendam, jadinya saya bermula sebagai ejen dropship. Alhamdulillah, melalui ejen dropship saya belajar bagaimana memasarkan sesuatu produk di laman sosial. Memandangkan saya bekerja sepenuh masa, menjadi ejen dropship pada awalnya adalah pilihan yang tepat kerana saya tidak perlu simpan stok dan juga pos barang. Semuanya diuruskan oleh ejen kita. Walaupun komisyen yang diberikan adalah kecil tetapi saya rasa gembira dan berpuas hati apabila ada pembeli membeli produk yang kita jual. Kepercayaan pelanggan penting bagi meyakinkan pelanggan akan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan benar-benar wujud dan bukan satu penipuan.


Saya mula bisnes online melalui rakan niaga di Akademi Bekerja Di Rumah. Bermula dengan menulis blog sebagai medium pemasaran dan menjadi ejen dropship dengan menjual buku dan memasarkan produk Akademi. Dari situ lah saya belajar dengan guru dan juga pengasas ABDR. Selepas itu saya mula menjual produk lain pula. Alhamdulillah, ada masanya capai target dan ada masaya kecundang jua. Bukan senang hendak berjaya dan bukan senang untuk sentiasa berfikiran positif. Dalam mengecapi sesuatu kejayaan pastinya kita perlu korbankan banyak masa, tenaga dan perlu usaha yang lebih keras.


Walaupun saya belum bergelar Usahawan lagi, namun saya ingin kongsikan di sini ialah apabila sudah mula bisnes, asingkan duit MODAL kita. Apabila jual barang dan dapat untung, guna untung tu untuk tambah modal. Dari situlah bisnes kita akan berkembang. Mungkin dari ejen dropship akan menjadi ejen. Dari ejen pula manalah tau boleh jadi stokiskan. Selain daripada itu sentiasa berfikiran positif dan yakin kalau usaha sungguh-sungguh pasti ada hasil tidak kiralah ramai mana pun yang jual barang yang sama. Percayalah pelanggan yang kita dapat itu pun datangnya dari Allah, sebaik mana pun marketing kita kalau bukan dengan izin Allah kita tidak akan kecapi. Bagi yang mahu mula bisnes, usah risau tetapi bertindaklah sekarang dan Jalan Terus sahaja.


Okey, sampai sini dulu. Lain masa kita story mory lagi ya.



Notakaki:
Ada yang mahu mula berniaga tetapi tidak tahu caranya. Boleh sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Mahu baca testimoni pelajar ABDR boleh KLIK DI SINI ataupun whatsapp 017-240 8646 untuk info lanjut.

Pada yang berminat untuk menjadi ejen dropship produk Homemade boleh KLIK DI SINI juga.




You May Also Like

0 comments