Jus Naga resepi kesihatan dan kecantikan
Gambar: Carian Google
Salam manis dan salam sejahtera buat pengunjung,
Setiap Ahad jam 8 pagi akan bersiaran dengan rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9. Rancangan NLKO merupakan salah satu rancangan kegemaranku. Pada asalnya daku suka dengan NLKO disebabkan pengacara sebelum ini ialah Luqman, AG HotFm dan Fizo Omar. Keletah trio Ahad ini, bagaikan penyeri daku dipagi Ahad. Segmen yang dihidangkan kepada penonton juga amat menarik. Tetapi sejak akhir-akhir ini pengacara NLKO sudah bertukar, terasa hambar pula rasanya apabila ketiadaan AG dan Fizo Omar.
Walaubagaimanapun daku tetap suka dengan segmen Chef trio Ahad ni. Resepi pagi ini adalah Jus Naga Merah. Kepada para pembaca yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan NLKO di sini daku kongsikan bagaimana hendak membuat jus naga ini.
Bahan-bahan
Halia muda (sebesar ibu jari)
1 biji buah naga merah
Sedikit batang saderi
3 biji epal hijau
Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan-bahan dalam pengisar. Sebelum minum ditapis terlebih dahulu.
Setelah ditapis sedia untuk diminum.
Haa, mudahkan. Tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk menyediakan jus naga merah. Makan makanan semulajadi ini sebenarnya sangat baik untuk kesihatan kita, apatah lagi tiada bahan kimia yang terkandung di dalamnya.
Seperti ada kekurangan sekiranya kita tidak tahu apakah khasiat yang terkandung dalam setiap apa yang kita makan dan untuk jus naga ini daku senaraikan beberapa khasiat yang terkandung di dalam bahan-bahan di atas iyea.
Seperti ada kekurangan sekiranya kita tidak tahu apakah khasiat yang terkandung dalam setiap apa yang kita makan dan untuk jus naga ini daku senaraikan beberapa khasiat yang terkandung di dalam bahan-bahan di atas iyea.
Antara khasiatnya ialah:
Buah naga merah
Buah naga merah mempunyai kandungan potasium, protein, serat, sodium dan kalsium yang tinggi. Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga dikatakan dapat meneutralkan toksik dalam darah. Selain daripada itu, buah naga merah boleh mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah dan pada masa yang sama menurunkan kadar lemak dalam badan.
Buah naga merah mengandungi zat besi, vitamin B1 (mengawal kepanasan badan), vitamin B2 (menambah selera), vitamin B3 (menurunkan kadar kolestrol) dan vitamin C (menambah kelicinan dan kehalusan kulit dan mencegah jerawat)
Batang saderi
Batang saderi adalah sumber terbaik bagi vitamin B1, B2, B6 dan vitamin C. Ia juga kaya dengan kalium, asid folik, magnesium, fosforus dan asid amino. Batang saderi juga dikatakan baik untuk memerangi kanser. Ini kerana ia mengandungi sekurang-kurangnya lapan keluarga sebatian anti kanser.
Epal Hijau
Epal hijau juga mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, sodium, vitamin C, vitamin A & B dan serat yang mudah larut. Epal hijau bagus untuk masalah penghadaman. Ianya dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksik dengan cepat melalui sistem pencernaan.
Halia Muda
Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campuran dari Zanjabil." (Surah Al-Insaan: 17). Mashaallah, rupa-rupanya air halia merupakan minuman syurga. Khasiat yang terkandung dalam halia ini ialah karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, pati minyak, vitamin A, B dan C dan asid organik.
Halia ini dapat merawat pensakit yang menpunyai banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, asma, sakit perut dan banyak lagi. Umumnya halia ini sangat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin.
Begitu indahnya ciptaan Allah. Setiap kejadiannya mempunyai keistimewaan dan fungsinya. Kadang kala kita tidak peka dengan apa yang ada disekeliling kita. Dalam menjaga kesihatan dan kecantikan yang sebenar jom kita mencuba resepi Jus Naga ini. Mudah, murah, banyak khasiatnya dan senang didapati di mana-mana.
Wallahua'lam.
0 comments