APA YANG ANDA PERLU TAHU APABILA PASANGAN ATAU KELUARGA MENINGGAL DUNIA

by - 14:23

Adakah anda pernah dengar??

"Saya tak ada harta laaa..Cuma ada kereta dan rumah je. Duit pun tak banyak".

"Tak apa lah.. Ikut je faraid. Kan senang".

"Nanti bila anak dah besar sikit, boleh terus tukar nama. Tak perlu nak rancang harta sekarang".

"Pandai-pandai lah waris nanti urus".

"Harta yang ada pun tak cukup. Macammana nak bagi orang. Pandai-pandai lah dia orang nak hidup".

Ini adalah antara ayat yang biasa di ungkapkan oleh sebahagian dari kita apabila di tanya mengenai dengan perancangan harta.

Sebenarnya, sikap ini boleh dikatakan antara sebab berlakunya kelewatan pembahagian harta pusaka bagi seseorang si mati jika tidak buat perancangan harta semasa hidupnya walaupun hanya sebiji rumah.

Hidup ini tidak selalunya indah, tarikh kematian pun kita tak tahu bila. Mungkin juga esok, lusa, umur 70, hari ini atau pun semalam. Tiada siapa yang tahu.

Namun beberapa soalan ini perlu di di ambil kira dan di fikirkan juga.

1) Adakah pembahagian faraid ini boleh terus dibahagikan kepada waris?

2) Adakah anda tahu siapa waris faraid suami/isteri?

3) Siapa pula wasi/pentadbir yang akan uruskan harta si mati?

4)  Bagaimana proses tuntutan pusaka yang perlu dilaluinya? Adakah waris tahu?

5) Apakah kos yang terlibat untuk cairkan harta?

6) Bagaimana pula jika suami & isteri meninggal serentak? Apa pula nasib anak-anak yang bawah umur 18 tahun?

Ketahuilah semua,

Sebelum pintu pembahagian harta ini DI BUKA dan DI BUAT, terdapat PINTU LAIN yang perlu dilalui terlebih dahulu iaitu:

1) Pintu Perolehan Kuasa
2) Pintu Pentadbiran.

Jika waris tidak tahu proses atau pun punya kekangan masa dan juga peruntukan kewangan, proses untuk tuntutan pusaka boleh ambil masa lebih dari setahun. Itu belum lagi waris berlapis atau pun ada pertikaian yang berlaku.

Alangkah baiknya jika semasa hidup kita buat perancangan harta. Dapat mudahkan urusan orang lain bila kita sudah tiada nanti.

Islam juga menggalakkan umatnya untuk menghasil, mengembang dan menggunakan harta dengan baik dan tersusun. Selain dapat melakukan amal jariah untuk diri sendiri iaitu melalui harta yang di zakatkan, dapat juga beri kepada orang yang kita sayang serta pada yang hak dan waris kita tidak menagih simpati dari orang lain.

Apabila keluarga kita gembira dengan apa yang di tinggalkan, pasti mereka akan doakan yang baik-baik untuk kita.

Itulah bekalan kita di alam barzakh nanti.

=========================

Ada yang nak tahu bagaimana pihak kami dapat bantu waris menerima harta pusaka dengan cepat, mudah dan tanpa waris perlu membayar untuk fi kami 🙋‍♀️

Boleh terus wasap di talian : 017-240 8646

#rancangdenganbaik
#ambiltahu
#kunciperwarisan

You May Also Like

0 comments