Adab ketika di media sosial
Kini terdapat pelbagai aplikasi media sosial seperti Instagram, Whatsapp, Facebook, Telegram dan banyak lagi. Walaupun kita berada beribu batu sekalipun dengan adanya media sosial ini kita dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Malah melalui aplikasi media sosial ini umpama jejak kasih yang mana sekian lama kita terputus hubungan dengan saudara mara ataupun rakan-rakan kita. Itulah antara tarikan mengapa ramai pengguna menggunakan aplikasi media sosial ini.
Banyak faedah yang boleh kita perolehi melalui media sosial ini sekiranya kita menggunakannya secara positif. Ada juga yang tidak bijak memanfaatkannya. Sebenarnya berhubung melalui media sosial seperti juga kita berjumpa dengan orang secara berdepan dan perlulah mempunyai adab yang perlu dijaga. Umpama kita bertandang ke rumah orang, pastinya kita akan memberi salam dahulu sebelum masuk ke rumah orang. Samalah juga situasinya sekiranya kita berhubung melalui aplikasi media sosial ini.
Antara adab-adab yang perlu dijaga apabila menggunakan media sosial ialah:
- Minta izin terlebih dahulu
Sekiranya kita hendak masukkan ahli baru dalam satu group, seeloknya 'admin' meminta kebenaran daripada ahli dalam group mereka. Ini untuk mengelakkan dari timbul perasaan yang tidak enak di kalangan ahli grup.
- Ucapkan terima kasih sekiranya orang add kita
Tidak salah menggucapkan terima kasih kepada orang yang 'add' kita. Ini menunjukkan penghargaan kepadanya. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi tali silaturahim.
- Alu-alukan kedatangan ahli baru
Admin boleh memperkenalkan ahli baru dan ahli lama dalam group boleh lah menyapa ahli baru. Ini boleh mengelakkan ahli baru berasa janggal dalam group yang baru.
- Meminta izin sekiranya hendak keluar dari grup
Bagi ahli dalam sesebuah group bolehlah menyapa atau meminta izin terlebih dahulu untuk keluar daripada grup. Ini untuk menggelakkan dari terasa hati atau ada ahli-ahli yang lain tertanya-tanya. Seeloknya keluar dengan cara yang baik dan beradab.
- Beri respon
Apabila memberi respon elakkan daripada menggunakan perkataan yang kesat dan juga sindiran. Gunakan lah bahasa yang sopan agar tidak menyinggung mana-mana pihak.
- Bataskan waktu bersosial
Bersosial biarlah bertempat. Jangan ambil terlalu lama masa untuk bersosial. Apatah lagi ada kalangan ahli dalam grup sudah mendirikan rumahtangga. Hormati privasi rakan kita. Ini juga dapat menggelakkan daripada perselisihan faham antara kita dan pasangan sekiranya bersembang terlalu lama sehingga lewat malam.
Dalam menjaga adab di media sosial ini, sedikit sebanyak dapat menjaga hati masing-masing dan hormat menghormati sesama rakan-rakan di dalam grup yang kita sertai.
0 comments