Nasi Arab - Nasi Maqluba Ayam
Nasi Maqluba Ayam siap sedia untuk di makan. ;-)
Ini cerita tengah hari tadi. Daku kalau nak main masak-masak pun waktu hujung minggu je kan. Al maklum lah kalau hari-hari biasa daku guna dapur orang lain je untuk memasak lauk. Hehehe. Bukan malas nak masak, tapi daku sampai di rumah pun dah lewat juga. Apatah lagi waktu 'closing accounts' jawabnya pukul 8 lebih baru sampai di rumah. Agak memenatkan juga kalau hendak ke dapur. Ada kalanya daku masak juga, tak best rasanya kalau selalu guna dapur orang lain kan. Air tangan isteri tu penting juga untuk suami dan anak-anak makan. Itu pun salah satu kunci kebahagiaan rumahtangga.
Hokayyy.,kali ni kita bersiaran dengan hidangan Nasi Maqluba Ayam. Daku bukannya apa, Aisyah memang gemar makan nasi yang berperisa. Dah jemu dengan masakan melayu kita, maka ku cubalah masakan arab ni kan. Cara membuat nya agak mudah. Daku ni memang suka yang mudah-mudah ni. Jimat masa dan tak lah renyah. Hehehee.
Alkisahnya daku guna pes nasi maqluba ayam. Huhu (Terbongkar rahsia I. Ngee). Tak kisahla kan pes ke yang original ke terpulang kepada ibu-ibu di luar sana. Yang penting ada cita rasa asli arab dan seisi keluarga suka.
Pes ni untuk 4 - 5 orang makan. Beras basmathi, rempah maqluba serta rempah tumis maqluba dah disediakan di dalam pes. Mudahkan. Apa yang perlu ibu-ibu buat cuma ikut sahaja panduan yang telah disediakan dibelakang kotak pes nasi maqluba ayam. Pes ni rasanya terlebihhh sedap. Hingga menjilat jari. Sampaikan Aisyah ckp "Seeedaaap...Mama beli.." hehehe. Sedap sangat ke naaak oii.
Di sini daku kongsikan bersama-sama pembaca iyea :)
Bahan-bahan:
1. Beras basmathi
2. Rempah serbuk maqluba
3. Rempah tumis maqluba
4. 1 ekor ayam (Cam daku 1/2 ekor pun dah cukup)
5. 2 biji bawang besar
6. 10 biji bawang putih
7. 5 biji terung ( dihiris bulat dan jangan terlalu nipis)
8. 2 biji kentang ( dihiris bulat dan jangan terlalu nipis)
9. 200 gram bunga kobis
10. 1 batang cili hijau
11. 2 biji tomato
12. minyak masak
13. Garam secukup rasa
Perhatian
1 1/2 sudu besar rempah serbuk maqluba untuk ayam panggang
1 sudu besar rempah serbuk maqluba untuk nasi maqluba
kentang, terung dam bunga kobis digoreng terlebih dahulu tanpa garam
Ayam panggang
1. Perapkan 1 ekor ayam dengan 1 1/2 sudu besar rempah serbuk maqluba, 5 ulas bawang putih yang dikisar, 2 sudu kecil garam dan 2 sudu besar minyak.
2. Panggang di dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180 celcius. Balikkan ayam selepas 1/2 jam.
3. Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang.
Nasi Maqluba
1. Rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan
2. Tumiskan rempah hidup, 1 ulas bawang besar, 5 ulas bawang putih, 1 sudu rempah ,aqluba
3. Masukkan 650ml air ke dalam tumisan. Biarkan ia mendidih
4. Susunkan 1 ulas bawang besar (hiris bulat), tomato (hiris bulat), kentang goreng (hiris bulat), terong goreng (hiris bulat) dan bunga kobis goreng
5. Masukkan beras yang telah ditoskan beserta tumisan rempah tadi ke dalam rice cooker (di atas susunan kentang, tomato, terung dan bunga kobis)
6. Tabur 2 sudu kecil garam atau secukup rasa dan 1 batang cili hijau (jangan dihiris)
7. Tanak nasi sehingga 80% masak, kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaulkan perlahan-lahan dengan garpu supaya nasi tidak patah. Biarkan sehingga nasi 100% masak.
Cara buat Sos Harrah:
1. 2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, perahan lemon, daun ketumbar, cili padi (ikut suka hati) dan sedikit garam.
2. Kisar semua bahan tanpa air
Cara buat Salad Arab:
1. 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
2. Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar
3. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Kalau pembaca di luar sana berminat hendak mencuba dengan pes ni boleh lah order dengan daku iyea.
Harga RM15 sahaja untuk sekotak. Kalau hendak lihat pes lain boleh lah KLIK DI SINI.
Harga RM15 sahaja untuk sekotak. Kalau hendak lihat pes lain boleh lah KLIK DI SINI.
BERMINAT??? Boleh membuat pesanan DI SINI atau pm di: https://www.facebook.com/Eko Salina atau whatsapp: 017-240 8646. Harga tidak termasuk kos penghantaran.
0 comments