Tips Kesihatan
5 Jenis Makanan untuk mencegah kolestrol tinggi, pembuluh darah tersumbat dan meningkatkan sistem immun dalam badan.
Orang selalu berkata lebih baik mencegah daripada mengubati. Secara umum yang kita ketahui ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Penyakit 3 serangkai ni membuatkan diriku lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan, apatah lagi kedua ibu bapaku adalah penghidap penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
Sekarang kita banyak didedahkan dengan pelbagai supplemen atau vitamin dipasaran Malaysia. Ianya terpulang kepada individu itu untuk mengambil supplemen atau pun makanan semula jadi.
Jom kita berkongsi sket makanan yang boleh mencegah daripada saluran jantung tersumbat, kolestrol tinggi dan boleh meningkatkan imunisasi dalam badan kita. Yang penting mudah didapati di dapur anda dan juga kos yang murah.
BAWANG PUTIH
Bawang putih merupakan supplemen untuk meningkatkan kesihatan. Antara kelebihan bawang putih ia dapat meningkatkan sel immun dalam badan kita. Bawang putih mempunyai sifat-sifat antioksidan disamping dapat mengekalkan peredaran darah dengan baik. Selain daripada itu, bawang putih dapat mengurangkan risiko angin ahmar dan darah tinggi.
HALIA
Lebih 500 tahun halia digunakan dalam perubatan kita. Halia dikatakan dapat membantu dalam merawat angin dalam badan, migrain, radang pada saluran darah, sakit kepala, sendi dan batuk Umumnya, halia sangat baik dalam menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin.
LEMON
Lemon mempunyai vitamin C dan B yang tinggi. Lemon terkenal sebagai anti-bakteria yang kuat, anti-virus dan dapat meningkatkan sistem immum dalam badan. Lemon juga boleh membantu untuk menurunkan berat badan kerana jus lemon elok untuk pencernaan dan pembersihan hati.
CUKA EPAL
Cuka Epal adalah tonik berguna yang dapat membantu untuk pesakit kencing manis, kanser, baik untuk kesihatan jantung, kolestrol tinggi dan penurunan berat badan. Pada zaman dahulu, cuka epal digunakan sebagai ubat tradisional untuk demam yang tidak terlalu tinggi dan juga membantu dalam sistem percernaan kita.
MADU
Tidak dinafikan madu sangat baik untuk sistem badan kita. Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap generasi tidak kira usia. Madu sangat berkesan dalam merawat saluran usus, organ-organ pernafasan, jantung dan saraf kerana madu mempunyai banyak sifat terapi.
Notakaki:
Bagi yang ingin mencuba sendiri boleh la mengambil sedikit bawang putih dan halia yang di sagat terlebih dahulu serta mengambil airnya. Kemudian di masak seketika. Apabila hendak minum dicampurkan sedikit lemon, cuka epal dan madu. Diamalkan 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan. Bolehla kita amalkan secara istiqamah dan sentiasa berdoa agar diri kita dijauhi dari segala penyakit. Insha allah.
0 comments