Saturday, 15 April 2017

Nanas MD2 terbaik dari Ladang


Nanas MD 2??



Model cilik nanas MD 2

Kini nanas MD 2 menjadi sebutan orang ramai terutama sekali kepada pengemar buah nanas. Nanas MD 2 sangat sinonim dengan rasa yang manis, tidak lidas apabila dimakan dan halus serta kurang serat jika dibandingkan dengan nanas yang lain.  Kalau diikutkan daku bukanlah penggemar nanas tempatan, tetapi semenjak merasai nanas MD 2 keluaran KOSAS terasa lain macam sedapnya dan pasti nak lagi dan lagi. Malah En Shuben pun boleh habiskan semangkuk nanas MD 2 sorang. Nampak tak betapa sedapnya nanas MD 2 KOSAS kannn☺

Selain daripada itu nanas MD 2 sedap dimakan segar, boleh juga diperasakan dengan kicap atau pun asam boi.  Memang terangkat beb. ✌ 

Yang menariknya ia juga dapat dijadikan sebagai penawar batuk. Ini kerana nanas MD 2 mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Buah nanas juga dapat membantu menghilangkan bekas jerawat dengan membuat masker nanas. BEST ke BEST ❤❤







             



Sekiranya anda ingin tahu, pada tahun 2007 sulur nanas MD 2 KOSAS di import daripada Equador. Kemudiannya dikuarantinkan selama 1 tahun sebelum dibiakkan secara sukuan untuk ditanam secara komersial.  Sulur nanas MD 2 KOSAS juga telah mendapat pengesahan daripada Jabatan Pertanian. 


Ladang Nanas MD 2 KOSAS


Sekiranya anda berada dikawasan yang berdekatan dan ingin merasai sendiri kemanisan MD 2 kami, anda boleh dapatkannya di pejabat Kosas Permodalan Sdn Bhd, Plaza Kelana Jaya, Petaling Jaya Selangor. Pemborong juga dialu-alukan untuk dapatkan nanas MD 2 daripada kami dengan harga terbaik.

Boleh hubungi di talian: 03-7873 0181 ext 324 
(waktu pejabat: 8.45am - 5.45 pm)