Ulasan Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah

by - 17:01

Teks: Eko Salina Kasman



Bismillah,


Selesai membaca ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah. Sambil memasang impian mahu menjadi ibu yang bekerja di rumah di samping dapat menjaga anak-anak dengan sepenuh masa. Sebenarnya anganan itu sudah lama diimpikan. 



Saya selalu berdoa agar Allah bukakan jalan. Permudahkan segala urusan dan semoga impian saya akan tercapai. Penglibatan saya bersama Akademi Bekerja di Rumah yang diasaskan oleh penulis secara tidak langsung dapat memberi pendedahan dan persediaan kepada saya sebelum mengambil keputusan berhenti kerja. 

Sangat terinspirasi melalui 13 kisah suri yang bekerja di rumah hasil karya Puan Masayu Ahmad. Dapat melihat anak membesar di depan mata, mendidik dan dapat bersama dengan anak adalah suatu nikmat yang sukar diungkapkan oleh mana-mana ibu. 

Hari-hari yang telah berlalu itu mana mungkin akan kembali dan hanya kenangan dan kerinduan mengamit memori bersama insan yang tersayang. Apatah lagi kenangan bersama kedua ibu bapa yang telah pergi. 

Sungguh, saya cemburu dengan penulis yang mana dapat berbakti pada orang tuanya dan dapat membesarkan anak-anak tanpa perlu menyerahkan kepada orang lain. 

Tiba-tiba teringat pada anak sendiri tatkala menghantar ke rumah pengasuh. Irfan akan berjalan perlahan dan pasti diminta untuk berdukung. Selalu akan kedengaran suara kecilnya berkata 'Nak Mama'. Apabila minta disalam pasti muka dipalingkan. Allah hati ini mula terdetik, bilakah masanya akan tiba. Kita hanya merancang dan Allah jualah sebaik Perancang. 

Ebook yang menghimpunkan 13 kisah Inspirasi suri yang berniaga dari rumah. Bagaimana mereka bermula, menempuh pelbagai cabaran dan rintangan tetapi pengakhirannya dengan kejayaan. Sangat kagum dengan kecekalan hati mereka, disiplin dalam pembahagian masa, sabar dalam menempuh dugaan serta tawakal kepada Allah kerana Dialah pemberi rezeki kepada hambaNya. 

Tidak rugi membaca Ebook ini yang boleh dijadikan panduan buat suri sebelum ingin mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Bacalah dengan fikiran yang terbuka dan hati yang lapang pasti boleh jadikan sebagai sumber inspirasi dan idea bagaimana mahu bermula berniaga dari rumah.

Boleh dapatkan ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah dengan harga RM30 dan lebih JIMAT pembelian 3 ebook dengan hanya RM50 sahaja.





Order:  Whatsapp 017-240 8646

You May Also Like

0 comments