Thursday, 23 February 2017

Resepi Diet dengan Susu Kambing (Salic Goat)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ini kita bersiaran dengan perkongsian Resepi Diet. Perkataan diet atau nak kurus adalah perkara sinonimkan. Terutama sekali bagi kaum Hawa. Sensitif bab berat badan ni. Ekceli saya bukanlah terlalu obses nak kurus tapi apabila baju dan seluar yang dipakai dah mula ketat terasa berat badan dan lemak tepu bertambah. Mau taknya, lately ni selera makan semakin menjadi-jadi. Pagi, petang dan malam asyik nak makan. Tekak orang melayukan, pagi nak sarapan nasi lemak. Kalau bukan nasi lemak roti canai jadi menu utama. Tengah hari pulak makan nasi campur. Malam makan lagi. Ermm..Bila timbang aduhaii, usah ceritala..memang penternak lemak. Hahahaha.

Disebabkan ada rasa kesedaran dalam diri ni (ceewaahh), mulalah rasa nak kurangkan nafsu makan. Langkah pertama saya buat ialah dengan menukar menu sarapan pagi. Dari makan nasi lemak dan segala bahan yang berminyak dan menambahkan lemak dalam badan, kita tukar kepada makanan yang lebih berkhasiat tetapi mengenyangkan. Tak sampai 5 minit pun penyediaan sarapan ni, boleh diamalkan setiap pagi sebelum memulakan tugas seharian. Caranya sangat mudah.

Bahan-bahan:

1. Susu Kambing Salic (Salic Goat powder) - 1 scoop
2. Oat - 4 sudu besar
3. Madu - 1 sudu kecil
4. Kurma - 2 atau 3 biji (Kalau nak mudah boleh blend kurma dalam kuantiti yang banyak dan simpan pati kurma dalam peti sejuk. Apabila hendak minum ambil 3-4 sudu besar dicampurkan ke dalam minuman)

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan 200 ml Air suam/ panas/ sejuk dicampurkan ke dalam bahan tadi. Akhir skali kita shake. Siap dan baca Bismillah sebelum minum ya :)  


Nak lagi sedap sekali skala boleh juga variasikan minuman anda dengan 1 sudu milo atau koko, atau pun campurkan dengan 1 sudu yogurt asli rendah lemak pun boleh juga. Waalaahhh..memang lemak berkrim disukai ramai. RESULT saya yang baru mula 3 hari, berat badan saya dah turun 1 Kg. Oklah kan..Itupun saya tak skip makan tengah hari dan malam. Haa..Cubalah wakkk...  :)




Inilah sarapan pagi saya. Kenyang sampai ke lunch tau :)


Untuk susu sebenarnya tidak terhad kepada susu kambing Salic. Boleh guna susu lain juga. Terpulang pada selera masing-masing ya. 

Kenapa saya pilih susu kambing Salic kerana selain daripada susu kambing banyak khasiat, ia juga tak BAU HAMIS dan JIMAT. Hanya 1 scoop sahaja. Susu kambing Salic adalah daripada Kambing baka Saanen, tidak diinject anti biotik dan MENGHASILKAN 100% susu segar asli yang bermutu TANPA perlu campuran kanji buatan untuk tambah volume,TANPA perlu perisa tambahan, TANPA perlu gula tiruan dan TANPA perlu creamer non dairy. Memang SEDAP. Bila dah cuba sekali terus fall in LOVE tau. 




SALIC GOAT.Produk bermutu.Selamat digunakan seisi keluarga. 
Halalan Thayyiban
Sebarang pertanyaan/order 017 - 240 8646

No comments:

Post a Comment