Pantai Remis di Kuala Selangor

by - 14:41

Kali ni kami sekeluarga melihat suasana petang di Pantai Remis, Kuala Selangor. Pantai Remis Kuala Selangor adalah terletak 20 kilometer arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sungai Sembilang, Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi rekreasi yang semakin di gemari oleh penduduk setempat atau pun orang luar yang berkunjung ke Kuala Selangor. 

Nak cerita secara terperinci di mana lokasinya saya memang tak pandai. Bagi pengunjung yang baru pertama kali hendak ke Pantai Remis, apa yang boleh saya cadangkan ialah dengan minta bantuan waze atau pun google map dan taip Pantai Remis. Ikut sahaja arahannya. Insya-Allah sampai ke destinasi yang hendak dituju. :)


Sebenarnya inilah kali pertama kami sekeluarga ke Pantai Remis. Agak seronok juga bawa anak-anak ke sini. Pelbagai aktiviti boleh dibuat bersama keluarga. Antaranya ialah memancing, bermain layang-layang, main belon sabun dan berkelah. Pengunjung juga boleh menikmati makanan laut segar di sini. Ketika saya sampai, terdapat pasar yang berdekatan dengan Pantai Remis. Saya tidak pasti pula sama ada pasar di situ diadakan setiap hari atau pun pada hari Ahad sahaja. Kebanyakkan pengunjung bawa makanan sama ada beli mahupun bawa bekal dari rumah.  Masing-masing menjamu selera sambil menikmati panorama Pantai Remis.




Menikmati ais-krem kelapa. 


Apabila sampai ke Pantai Remis, air laut tengah pasang dan angin agak kuat juga. Tak dapat lah anak-anak bermain pasir pantai. Tapi tak mengapalah nak oii, kita main layang-layang je. Apatah lagi inilah pertama kali Aisyah dapat bermain layang-layang. Sampaikan Irfan cakap "Waaa..Hebatnya!!." Hahaha..Apa yang hebat pun tak tahulah. Mungkin sebab layang-layang tu boleh terbang tinggi agaknya. 




Layang-layang Aisyah berjaya di terbangkan.






Air Laut pasang. Air Pantai Remis tidak lah jernih dan tidak begitu sesuai untuk bermandi manda. Ketika air laut pasang ramai juga kaki pancing yang mencuba nasib di sini.


Kalau anda ke Kuala Selangor, jangan lupa singgah ke Pantai Remis. Salah satu lokasi tumpuan dan tempat beriadah seisi keluarga. Sangat sesuai sekiranya dibawa bersama kedua ibu bapa kita sambil menikmati keindahan alam.


Kami tidak dapat melihat keindahan matahari terbenam kerana kami pulang awal tetapi memadailah dapat bermain layang-layang bersama anak-anak dan memandang ke lautan yang luas nyata sangat tenang dan mendamaikan jiwa. 


Ok, sampai sini dulu. Lain kali kita cerita ya :)

You May Also Like

0 comments