Tuesday, 7 February 2017

Kencing Kotor dan Cara Rawatan dengan SOLE Qaseh Gold

Bismillah,

Pernah rasa perut sakit dan berdenyut-denyut di bahagian kanan atau kiri perut?? Hanya Allah sahaja yang tahu rasa kesakitan itu.  Saya masih ingat lagi pertama kali saya kena kencing kotor. Sewaktu itu saya masih belum berkahwin. Rasa serba tidak kena. Nak kata gastrik bukan gastrik tapi sakit yang menyucuk. Allahu. Terus ke klinik swasta untuk dapatkan rawatan. Pada awalnya Doktor sangkakan saya mengandung kandungan Luar Rahim. Masa tu rasa apa kebendalah Doktor ni merepek sedangkan dia tahu saya berstatuskan bujang. Tetapi tika tu hati berkata 'No Heart Feeling' laa kan. Cewahh padahal maintain geram jer. Hehehhe..

Ketika mengandungkan Aisyah, terdapat jangkitan kuman dan kencing kotor juga. Dengan keadaan yang berbadan dua lagi rasa tidak selesa. Pengalaman saya, saya tidak pernah mengalami sakit ketika membuang air kecil atau pun tidak lawas tetapi perut saya sakit dan berdenyut-denyut. Kebiasaannya doktor akan memberikan antibiotik dan saranan doktor supaya kita minum air suam yang banyak.

Apa itu kencing kotor?

Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing tidak lancar. Kebiasaannya air kencing berwarna kuning jernih atau kuning pekat.

Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?


- Kekurang air dalam badan

- Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection – UTI)
- Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vitamin B dan Vitamin C
- Pesakit kencing manis (diabetes)
- Mengandung
- Pengambilan sesetengan ubatan
- Terdedah kepada sesetengan bahan kimia
- Batu karang dalam saluran kencing
- Kerosakan buah pinggang

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?

Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Apa-apa yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E.Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostate dan lubang kencing yang sempit (uretharal structure). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan kurang pengambilan air.

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang. (Sumber: FB/ Ixora Jamu Susuk Dara)

Kali terakhir saya kena kencing kotor adalah pada bulan Mac 2016. Pada asalnya saya mengalami gastrik yang sangat teruk. Dalam masa yang sama saya dapati warna air kencing saya sangat kuning dan pekat. Bila ke klinik, Doktor sahkan air kencing saya kotor dan diberi ubat antibiotik. Namun begitu, air kencing tetap berwarna kuning pekat walaupun ketika itu sudah banyak minum air suam. Rasa risau juga apatah lagi Doktor memberitahu sekiranya ianya berterusan saya diminta berjumpa doktor pakar kerana kemungkinan boleh menyebabkan effek pada buah pinggang. Ahh!! Saya mula risau. Kalau ikutkan sejarah, arwah ayah saya meninggal dunia disebabkan oleh buah pinggang yang rosak. Ibu dan ayah merupakan pesakit kencing manis dan darah tinggi. Adoii bertambahlah kerisauan dihati ini.

Selepas pulang dari klinik, saya mula mengamalkan petua orang tua. Rebus air barli. Namun tidak juga berhasil. Sudah seminggu air kencing saya berwarna kuning pekat. Tiba-tiba saya terpandang air SOLE Qaseh Gold. Sebenarnya saya sangat-sangat jarang amalkan SOLE ini. Walaupun tahu manfaatnya tetapi dek kemalasan air SOLE ini dibiarkan sepi dalam peti sejuk. Hati saya terdetik, kenapalah tidak terfikir untuk campurkan sedikit air SOLE di dalam air minuman saya. Dengan hanya 3 ml air SOLE saya campurkan ke dalam 1.5 liter air suam. Setiap hari saya minum 3 liter air suam dengan campuran air SOLE. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, asbab dari minum air SOLE air kencing saya mula jernih dan saya kembali sihat. Kini saya masih mengamalkan minum air SOLE. Bukan diri saya sahaja malah untuk diminum bersama seisi keluarga juga.

Apa itu air SOLE??

PATI KRISTAL Garam (SOLE)

Dilengkapi dengan 84 mineral SEMULAJADI.


FUNGSI
  • Tumbesaran optimum fizikal dan mental kanak-kanak
  • Pembentukan kolagen semulajadi kulit.
  • Menguatkan gusi, seimbangkan pH mulut untuk kesihatan dental anda
  • Menormalkan sistem pernafasan
  • Menyokong fingsi otak dan perkembangan neuron yang sihat
  • Memulihkan pH usus, menggalakkan metabolisme asid amino (protein)
  • Menyokong perkembangan fetus dalam kandungan
  • Melaraskan fungsi rahim, kesihatan vagina dan menormalkan kitaran haid
  • Membantu penghasilan hormon seimbang

TIP PENGGUNAAN
  1. Campurkan 3 ml SOLE ke dalam satu gelas air bertapis/ air minuman dan minum pada waktu pagi sebelum menggosok gigi
  2. Campurkan 5 ml lagi ke dalam air minuman 1.5 liter untuk diminum sepanjang hari
  3. Penggunaan kerap tidak memberi kesan sampingan


Order: Whatsapp 017-240 8646
Harga: RM60 (tidak termasuk kos pos)

No comments:

Post a Comment