Thursday, 21 July 2016

Ekzema - Produk yang sesuai untuk kulit sensitif


Bismillah,


Anak anda ada yang mengalami masalah kulit seperti ruam-ruam atau pun ekzema?? Anak yang kulit sensitif kebiasaannya kita akan lihat pada usia sebelum 2 tahun. Masa ni lah kita perlu ambil perhatian kerana kulit baby sangat sensitif.

Kulit Irfan sewaktu baby memang agak sensitif. Disebabkan menyusu badan, Mamanya terpaksa pantang beberapa makanan. Terutama sekali susu lembu. Habis kulit muka naik ruam dan berbintik-bintik. Cuma yang tidak merisaukan sangat apabila Doktor pakar kanak-kanak memberitahu ekzema Irfan tidak lah teruk. Beliau juga mencadangkan supaya menggunakan lotion Eucerin apabila terdapat ruam-ruam pada kulit Irfan.  Alhamdulillah lotion Eucerin serasi dengan Irfan walaupun agak mahal sedikit harganya. 

Baru-baru ni badan Irfan mengalami ruam-ruam kecil mungkin disebabkan oleh cuaca panas dan berpeluh. Alhamdulillah terjumpa produk yang sesuai dan serasi untuk kulit sensitif, iaitu Criansa Soap for Kids. Kandungan bahan dalam sabun ni pun agak premium tetapi masih mampu dimiliki.  








Tekstur sabun ni pun agak lembut dan yang paling best dapat membantu memberi kelembapan kepada kulit kita.  Sangat sesuai buat si manja yang berkulit sensitif. Sampaikan si kakak Aisyah pun suka dengan Sabun Criansa. Bukan main happy lagi Aisyah bila dapat sapu sabun di wajahnya.  Kata Aisyah selepas guna sabun,

'Lembut kan pipi Aisyah'.. Hehehee.

Antara kandungan utama dalam sabun Criansa ialah:

  • Glycerin bebas SLS
  • Apricot oil
  • Olive oil
Antara kelebihan Apricot Oil ialah:
  • pelembap yang sangat baik untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak
  • mengandungi linoleic acid atau GLA yang membantu menyeimbangkan kelembapan   kulit.
  • mengandungi vitamin A dan E yang melembutkan kulit serta melambatkan penuaan
  • melegakan radang kulit atau ekzema
  • sebagai ‘pelincir’ untuk kulit. Sangat sesuai untuk kulit sensitif dan kering
  • tidak menyebabkan tindakbalas alergi walaupun digunakan pada kulit sensitif dan sangat sesuai digunakan dalam produk penjagaan bayi
  • mempunyai kesan yang menyamankan, menyejukkan dan melegakan ketidakselesaan kulit
  • bukan sahaja mencantikkan kulit, malah berupaya merawat kulit dari eczema, kegatalan, kulit sensitif.

 Antara Kelebihan Minyak Zaitun:-
 Minyak zaitun sangat kaya dengan Vitamin E dan Vitamin A menjadikan ianya sebagai pelembap kulit yang sangat baik.
  • mengurangkan radang kulit dan mengelakkan kanser kulit
  •  membantu membaiki sel rosak akibat matahari, asap rokok, pencemaran udara.
  •  membantu membuang sel yang mati dan rosak
  •  menganjalkan kulit dan melambatkan penuaan
  •  sangat bagus dalam membantu merawat kulit kering dan ekzema 

 BEBAS SLS & SLES (SODIUM LAURYL SULFATE & SODIUM LAURETH SULFATE)
Apakah kesannya jika kita menggunakan Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate?

  • Kesan paling ketara ialah iritasi kulit terutamanya pada bayi dan orang yang menghidap ekzema. SLS bekerja membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit.
  • Jika anda perasan, selepas kita menggunakan pencuci muka atau pun sabun, kulit akan rasa tegang. Ini disebabkan oleh minyak semulajadi kulit kita dah dihakis. Jika anda menggunakan pencuci muka yang boleh menghasilkan buih yang banyak, anda akan perasan kulit akan jadi makin kering dan kusam.
  • SLS juga boleh memberi kesan kepada mata dan sebab itu apabila sabun terkena mata, kita akan rasa pedih. Ianya boleh memberi kesan jangkamasa panjang iaitu masalah mata seperti katarak. SLS juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.

Bahaya kan? Tidak salah melabur sedikit wang demi kesihatan anak dan diri kita. Yang pasti sabun ini telah mengambil kira semua faktor di atas. Kalau anda nak tahu, bau sabun ni bau apricot. Selain sabun ini untuk kanak-kanak, mak dan ayah pun boleh guna juga, terutama sekali bagi kulit yang sensitif :)



HARGA??

Masih mampu milik.
Harga: RM25 tidak termasuk kos pos

Wakil jualan sah:
ID No. FP0047A
HP: 017-240 8646
Selfpickup: Bandar Puncak Alam, Kelana Jaya, Saujana Utama
Pos: Seluruh Malaysia

2 comments:

  1. Selamat hari raya eko.
    Nice sharing. Thanks infonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Azue..Lama saya tak buka blog ni..Dah nak masuk raya haji. Terima kasih menyinggah blog kita. :)

      Delete