Cuti-cuti ke Cherating, Kuantan.

by - 16:26

Teks: Eko Salina Kasman
Gambar: Peribadi/ Carian google



Bismillah,

~ 18 Mac, 2016 ~

Perjalanan ke Cherating lebih kurang 3 jam. Destinasi percutian kami kali ini ke pantai timur.  Dah lama rasanya tidak jejak ke pantai Cherating.  Pantai di pantai timur antara yang tercantik di Malaysia.  Rindu dengan bunyi ombak yang kuat dan juga angin sepoi-sepoi pantai. Makanya pilihan kami kali ini ke Legend Resort dan kami bermalam selama 3 hari 2 malam.  Kami tiba ti Legend Hotel lebih kurang 2.30 petang. Anak-anaklah yang paling teruja ke pantai. Nak main pasir katanya. :)

Setibanya kami di Legend Resort, kami disambut dengan layanan yang mesra oleh penyambut tetamu resort. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.







Maaf ketika itu tidak berkesempatan untuk mengambil gambar. Gambar di atas adalah melalui carian google. Pada masa itu kami menempah bilik 'superior' sahaja. Gambar bilik seperti di atas. Ok la untuk kami yang punya 2 orang anak. Bilik simple dan bersih tetapi agak usang sedikit. 

Dah settle berehat dan membersihkan diri, ini lah masanya yang di nantikan oleh anak-anak. Jom kita ke pantai.. :D



Bunyi deruan ombak yang memukau. SubhanaAllah indahnya ciptaan-Mu




Anak manja ayah sangatkan.










Kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah. :)

Gambar: Carian google - Antara aktiviti yang ada di Legend Resort


~ 19 Mac, 2016 ~

Sebelum memulakan apa-apa aktiviti kami sarapan dahulu. Bila perut kenyang baru hati senang nak berjalan-jalan kan. Dek kesibukan melayan family semasa menjamu selera, makanya hanphone ku letakkan ke tepi. Apatah lagi si kecil yang tak boleh duduk diam, matanya dah tertumpu pada kolam renang yang terletak berhadapan dengan cafe. Tenang-tenang saje mama melayan 2 orang anak syurga ini, walaupun dalam hati hanya Allah je la yang tahu. :) 

Makanan di cafe ini ada banyak pilihan, dari masakan barat hingga lah ke timur. Boleh saje buat pilihan asalkan sedap di tekak kita. Hehehe. Selepas sarapan ke mana kita. Jom tengok gambar ya.

Terdapat taman permainan dan jambatan gantung kecil untuk kanak-kanak explore.




Kolam renang yang terdapat di Legend Resort ada dua bahagian, bahagian kanak-kanak dan dewasa. Apa yang menariknya kolam renang di sini agak besar dan boleh menampung ramai orang. 

Aktiviti seterusnya ialah jalan-jalan cari makan. Yeay!! Ini memang yang dinanti-nantikan oleh mama. Kali ini percutian kami berkonsepkan santai, no shopping or window shopping. Lebih kepada relaks dan jalan-jalan cari makan. Heeee.. Sambil melihat pemandangan di Kuala Terengganu dan persisiran pantai yang mendamaikan. Pencarian kami seterusnya adalah ke Kuala Terengganu, semata-mata hendak makan Ikan Celup Tepung (ICT). Kami menuju ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Gerai ICT ni berdekatan dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Memang sedap dan murah. Makan kerepok lekor, ikan goreng celup tepung, udang goreng celup tepung, abc dan air laici hanya RM30 sahaja. Kalau di Kuala Lumpur belum tentu lagi dapat harga semurah itu. Maaf ya gambar makanan tiada. Al-maklumlah kami dah kelaparan. Dengan lafaz Bismillah kami mulakan dan akhirnya hanya tinggal pinggan dan cawan yang kosong dan licin sahaja. Alhamdulillah, nikmat rasanya. :)


~ 20 Mac, 2016 ~

Ok today is LAST Day ya anak-anak. Ngee.. Tiada aktiviti yang luar biasa seusai sarapan. Apa lagi moh kita terjun sampai puas.

Kerjanya nak terjun je si Irfan ni. 




Nikmat je rasanya 2 beradik ni mandi kolam.


Sepanjang menginap di Legend Resort daku berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh semua pekerja-pekerja di resort ini, termasuklah 'cleaner'. Namun walaupun dikatakan resort yang bertaraf 4 bintang padaku cuma 3 bintang. Mungkin keadaan bilik yang kelihatan agak lama dan fasiliti di situ pun biasa-biasa saja. Secara keseluruhan kami ENJOY!!. Sampaikan berdrama juga la anak dara sorang ni. Menangis-nangis tak nak balik. Best katanya duduk di Cherating siap suruh mama beli rumah di Cherating laa...adehhh.. pengsan mama ngan ayah nak layan kehendak dia. :D


So what's next trip??

You May Also Like

0 comments