Thursday, 29 September 2016

MYCYBERSALE 2016


Assalamualaikum,

Kalau perasan di Internet sekarang tengah MyCybersale. Kita pun nak juga buat Sales di Blog sendiri kan. Hehehe..


Ekceli macam biasa, MYCYBERSALE akan menawarkan pelbagai produk dengan diskaun-diskaun istimewa sehingga 90% potongan harga dan orang ramai boleh menjangkakan tawaran hebat dari Lazada, 11street, Zalora, Agoda, Qoo10, dan banyak lagi. Bermula dari 26 September hinggalah 30 September 2016. Rebutla peluang keemasan ini. Macam-macam ado yang penting duitnya mesti ada la kan. 

Pada pembaca semua, daku tidaklah nak promote sangat MyCybersale tu. Cumanya nak lah juga perkenalkan barangan Freshpicks, iaitu produk 'Homemade'. Pelbagai barangan yang kami ada, dari Head to Toe la. Memang BEST.  Nak tahu Best ke BEST moh jemput scroll antara Best Seller Freshpicks.





Special Offer RM99 (T&C)







LIPCARE

Kami di FreshPicks menawarkan

💋Lipbalm  melembapkan,merawat masalah bibir💋

💋Irresistible Lip Color  melembapkan,merawat disamping memberi sedikit warna 💋

💋Honeyfrencht Lip Scrub menanggalkan sel mati kulit bibir, memberi impak bibir kemerahan, membantu kesan penggunaan lip/lipstick lebih flawless💋

💋Tinted lip moist  seperti lipgloss tapi tidak merelip atau melekit,tahan lebih lama











Sabun Freshpicks - RM25 satu.


Kenapa kena beli sabun homemade.
============================


Sabun mandi biasa yang terdapat di pasaran kebanyakannya mengandungi Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate (SLS) yang merbahaya kepada kesihatan. Kesan paling ketara SLS adalah menyebabkan iritasi kulit. Terutama pada bayi dan orang yang menghidap ekzema. 



😄SLS membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit. SLS juga dikelaskan sebagai carcinogen atau penyebab kanser. 



😄Sabun homemade bebas daripada SLS kerana diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi.

😄Sabun homemade sesuai digunakan sebagai pada muka dan juga pada badan. 

😄Sabun ini juga sesuai dan selamat digunakan untuk bayi,kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Gambar ni bukan gambar hiasan dari Google..tapi inilah gambar latest product dari FreshPicks

Homemade soap kami Dirumus dari bahan premium berkualiti tinggi
Bebas SLS, Bebas kimia berbahaya.



REFRESHING DEODORANT  (RM25/ stick)

Bahan premium pada harga mampu milik

Bebas Kimia Berbahaya, Tiada Triclosan,Tiada Plumbum,Tiada Petroleum Jelly.


Ada yang berminat terus whatsapp 017-240 8646

Boleh juga ke FB Page : KLIK DI SINI atau DI SINI untuk info kecantikan dan produk-produk Freshpicks yang lain.

Instagram: eko.salina




Saturday, 3 September 2016

Jana Pendapatan Di Rumah

Teks:  Eko Salina Kasman
Gambar: Koleksi Sendiri

Bismillah,


Kepada suri sepenuh masa atau separuh masa yang berminat untuk menambah pendapatan keluarga atau mencari peluang jana pendapatan di rumah secara bisnes online, anda dialu-alukan untuk sertai bersama keluarga Freshpicks.


Freshpicks merupakan produk kecantikan dan baru mula bertapak dalam industri kecantikan. Namun begitu, penerimaan terhadap produk Homemade Freshpicks ini sangatlah menggalakkan. Semoga dengan kehadiran produk Freshpicks, dapat membantu pengguna di luar CANTIK SEMULAJADI dan turut membantu ramai suri yang ingin menjana pendapatan untuk diri sendiri atau pun membantu keluarga tersayang.






Untuk keterangan lanjut,


atau


Anda juga boleh hubungi saya melalui whatsapp di talian 017-240 8646 

Agent Sah Freshpicks: ID No. FP0047A

Thursday, 21 July 2016

Ekzema - Produk yang sesuai untuk kulit sensitif


Bismillah,


Anak anda ada yang mengalami masalah kulit seperti ruam-ruam atau pun ekzema?? Anak yang kulit sensitif kebiasaannya kita akan lihat pada usia sebelum 2 tahun. Masa ni lah kita perlu ambil perhatian kerana kulit baby sangat sensitif.

Kulit Irfan sewaktu baby memang agak sensitif. Disebabkan menyusu badan, Mamanya terpaksa pantang beberapa makanan. Terutama sekali susu lembu. Habis kulit muka naik ruam dan berbintik-bintik. Cuma yang tidak merisaukan sangat apabila Doktor pakar kanak-kanak memberitahu ekzema Irfan tidak lah teruk. Beliau juga mencadangkan supaya menggunakan lotion Eucerin apabila terdapat ruam-ruam pada kulit Irfan.  Alhamdulillah lotion Eucerin serasi dengan Irfan walaupun agak mahal sedikit harganya. 

Baru-baru ni badan Irfan mengalami ruam-ruam kecil mungkin disebabkan oleh cuaca panas dan berpeluh. Alhamdulillah terjumpa produk yang sesuai dan serasi untuk kulit sensitif, iaitu Criansa Soap for Kids. Kandungan bahan dalam sabun ni pun agak premium tetapi masih mampu dimiliki.  








Tekstur sabun ni pun agak lembut dan yang paling best dapat membantu memberi kelembapan kepada kulit kita.  Sangat sesuai buat si manja yang berkulit sensitif. Sampaikan si kakak Aisyah pun suka dengan Sabun Criansa. Bukan main happy lagi Aisyah bila dapat sapu sabun di wajahnya.  Kata Aisyah selepas guna sabun,

'Lembut kan pipi Aisyah'.. Hehehee.

Antara kandungan utama dalam sabun Criansa ialah:

  • Glycerin bebas SLS
  • Apricot oil
  • Olive oil
Antara kelebihan Apricot Oil ialah:
  • pelembap yang sangat baik untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak
  • mengandungi linoleic acid atau GLA yang membantu menyeimbangkan kelembapan   kulit.
  • mengandungi vitamin A dan E yang melembutkan kulit serta melambatkan penuaan
  • melegakan radang kulit atau ekzema
  • sebagai ‘pelincir’ untuk kulit. Sangat sesuai untuk kulit sensitif dan kering
  • tidak menyebabkan tindakbalas alergi walaupun digunakan pada kulit sensitif dan sangat sesuai digunakan dalam produk penjagaan bayi
  • mempunyai kesan yang menyamankan, menyejukkan dan melegakan ketidakselesaan kulit
  • bukan sahaja mencantikkan kulit, malah berupaya merawat kulit dari eczema, kegatalan, kulit sensitif.

 Antara Kelebihan Minyak Zaitun:-
 Minyak zaitun sangat kaya dengan Vitamin E dan Vitamin A menjadikan ianya sebagai pelembap kulit yang sangat baik.
  • mengurangkan radang kulit dan mengelakkan kanser kulit
  •  membantu membaiki sel rosak akibat matahari, asap rokok, pencemaran udara.
  •  membantu membuang sel yang mati dan rosak
  •  menganjalkan kulit dan melambatkan penuaan
  •  sangat bagus dalam membantu merawat kulit kering dan ekzema 

 BEBAS SLS & SLES (SODIUM LAURYL SULFATE & SODIUM LAURETH SULFATE)
Apakah kesannya jika kita menggunakan Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate?

  • Kesan paling ketara ialah iritasi kulit terutamanya pada bayi dan orang yang menghidap ekzema. SLS bekerja membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit.
  • Jika anda perasan, selepas kita menggunakan pencuci muka atau pun sabun, kulit akan rasa tegang. Ini disebabkan oleh minyak semulajadi kulit kita dah dihakis. Jika anda menggunakan pencuci muka yang boleh menghasilkan buih yang banyak, anda akan perasan kulit akan jadi makin kering dan kusam.
  • SLS juga boleh memberi kesan kepada mata dan sebab itu apabila sabun terkena mata, kita akan rasa pedih. Ianya boleh memberi kesan jangkamasa panjang iaitu masalah mata seperti katarak. SLS juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.

Bahaya kan? Tidak salah melabur sedikit wang demi kesihatan anak dan diri kita. Yang pasti sabun ini telah mengambil kira semua faktor di atas. Kalau anda nak tahu, bau sabun ni bau apricot. Selain sabun ini untuk kanak-kanak, mak dan ayah pun boleh guna juga, terutama sekali bagi kulit yang sensitif :)



HARGA??

Masih mampu milik.
Harga: RM25 tidak termasuk kos pos

Wakil jualan sah:
ID No. FP0047A
HP: 017-240 8646
Selfpickup: Bandar Puncak Alam, Kelana Jaya, Saujana Utama
Pos: Seluruh Malaysia

Sunday, 5 June 2016

Pengorbanan Seorang Ayah


Cadangnya hari ini hendak membawa anak-anak berjalan. Tetapi En suami tiba-tiba pula ada kerja di site Selatan tanahair.

Janji sudah diberikan kepada Aisyah. Maunya diungkit berbulan-bulan kalau janji tak ditepati. Akhirnya kami mengikut sahaja En Suami ke tempat kerjanya. 



Aisyah: Kesiannya ayah kena panas. 

Kata Aisyah apabila melihat ayahnya ditapak pembinaan rumah. 

Seorang suami dan ayah jarang sekali bercerita bagaimana mereka bekerja. Kena panas atau berhujan. Apatah lagi kerja yang berisiko. Itulah pengorbanan mereka.

Seorang suami dan ayah ingin melihat kebahagiaan anak-anak dan juga isterinya. Segala perit atau lelahnya hanya simpan di dalam hati.  

Malah senyuman sentiasa terukir apabila pulang ke rumah. Waktu malam bergurau senda bersama anak-anak tanpa rasa erti penat. Seolah-olah tiada apa yang berlaku walau kita tahu di dalam kepalanya sarat dengan pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul. 

Itulah yang bernama suami dan ayah. Hargailah mereka ketika kita masih memilikinya. Terima kasih Allah atas anugerah ini. 



Saturday, 7 May 2016

Cuti-cuti ke Cherating, Kuantan.

Teks: Eko Salina Kasman
Gambar: Peribadi/ Carian google



Bismillah,

~ 18 Mac, 2016 ~

Perjalanan ke Cherating lebih kurang 3 jam. Destinasi percutian kami kali ini ke pantai timur.  Dah lama rasanya tidak jejak ke pantai Cherating.  Pantai di pantai timur antara yang tercantik di Malaysia.  Rindu dengan bunyi ombak yang kuat dan juga angin sepoi-sepoi pantai. Makanya pilihan kami kali ini ke Legend Resort dan kami bermalam selama 3 hari 2 malam.  Kami tiba ti Legend Hotel lebih kurang 2.30 petang. Anak-anaklah yang paling teruja ke pantai. Nak main pasir katanya. :)

Setibanya kami di Legend Resort, kami disambut dengan layanan yang mesra oleh penyambut tetamu resort. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.







Maaf ketika itu tidak berkesempatan untuk mengambil gambar. Gambar di atas adalah melalui carian google. Pada masa itu kami menempah bilik 'superior' sahaja. Gambar bilik seperti di atas. Ok la untuk kami yang punya 2 orang anak. Bilik simple dan bersih tetapi agak usang sedikit. 

Dah settle berehat dan membersihkan diri, ini lah masanya yang di nantikan oleh anak-anak. Jom kita ke pantai.. :D



Bunyi deruan ombak yang memukau. SubhanaAllah indahnya ciptaan-Mu




Anak manja ayah sangatkan.










Kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah. :)

Gambar: Carian google - Antara aktiviti yang ada di Legend Resort


~ 19 Mac, 2016 ~

Sebelum memulakan apa-apa aktiviti kami sarapan dahulu. Bila perut kenyang baru hati senang nak berjalan-jalan kan. Dek kesibukan melayan family semasa menjamu selera, makanya hanphone ku letakkan ke tepi. Apatah lagi si kecil yang tak boleh duduk diam, matanya dah tertumpu pada kolam renang yang terletak berhadapan dengan cafe. Tenang-tenang saje mama melayan 2 orang anak syurga ini, walaupun dalam hati hanya Allah je la yang tahu. :) 

Makanan di cafe ini ada banyak pilihan, dari masakan barat hingga lah ke timur. Boleh saje buat pilihan asalkan sedap di tekak kita. Hehehe. Selepas sarapan ke mana kita. Jom tengok gambar ya.

Terdapat taman permainan dan jambatan gantung kecil untuk kanak-kanak explore.




Kolam renang yang terdapat di Legend Resort ada dua bahagian, bahagian kanak-kanak dan dewasa. Apa yang menariknya kolam renang di sini agak besar dan boleh menampung ramai orang. 

Aktiviti seterusnya ialah jalan-jalan cari makan. Yeay!! Ini memang yang dinanti-nantikan oleh mama. Kali ini percutian kami berkonsepkan santai, no shopping or window shopping. Lebih kepada relaks dan jalan-jalan cari makan. Heeee.. Sambil melihat pemandangan di Kuala Terengganu dan persisiran pantai yang mendamaikan. Pencarian kami seterusnya adalah ke Kuala Terengganu, semata-mata hendak makan Ikan Celup Tepung (ICT). Kami menuju ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Gerai ICT ni berdekatan dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Memang sedap dan murah. Makan kerepok lekor, ikan goreng celup tepung, udang goreng celup tepung, abc dan air laici hanya RM30 sahaja. Kalau di Kuala Lumpur belum tentu lagi dapat harga semurah itu. Maaf ya gambar makanan tiada. Al-maklumlah kami dah kelaparan. Dengan lafaz Bismillah kami mulakan dan akhirnya hanya tinggal pinggan dan cawan yang kosong dan licin sahaja. Alhamdulillah, nikmat rasanya. :)


~ 20 Mac, 2016 ~

Ok today is LAST Day ya anak-anak. Ngee.. Tiada aktiviti yang luar biasa seusai sarapan. Apa lagi moh kita terjun sampai puas.

Kerjanya nak terjun je si Irfan ni. 




Nikmat je rasanya 2 beradik ni mandi kolam.


Sepanjang menginap di Legend Resort daku berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh semua pekerja-pekerja di resort ini, termasuklah 'cleaner'. Namun walaupun dikatakan resort yang bertaraf 4 bintang padaku cuma 3 bintang. Mungkin keadaan bilik yang kelihatan agak lama dan fasiliti di situ pun biasa-biasa saja. Secara keseluruhan kami ENJOY!!. Sampaikan berdrama juga la anak dara sorang ni. Menangis-nangis tak nak balik. Best katanya duduk di Cherating siap suruh mama beli rumah di Cherating laa...adehhh.. pengsan mama ngan ayah nak layan kehendak dia. :D


So what's next trip??

Friday, 29 April 2016

Resepi Ketupat Pulut Serunding (KPSB)

Bismillah,

Lama bebeno rasanya daku tidak 'update' blog ni.  Bersawang sudah kurasakan.  Kalau blog ni boleh bercakap mesti dah lama dok memanggil-manggil tuannya suruh kemas rumah. Apakan daya tuan rumah malas tahap gaban.  Hehehe.

Kali ini kita bersiaran dengan Ketupat Pulut Serunding Bonda (KPSB).  Alkisahnya daku ni memang berkawan dengan tuan punya produk.  Nama diberi cik Hidayah.  Dalam FB beliau kadang-kadang tu dok la promote produk ni. Terliur jugak nengok serunding nya. Tapi bukan nak cakap apa, memang marvellos rasanya bak ang.  Sekali rasa pasti nak lagi. Gitewww....Pulut dah habis serunding masih ada lagi.  Boleh la buat makan ngan roti pulak. :)

Sebenarnya daku ni bukan la pakar nak masak ketupat pulut, mama zaman moden la katakan. Hehehe.. Alang-alang ada jual ketupat bonda & serunding express ku gagah kan juga membelinya dari tuan punya produk.  Jimat masa dan senang memasaknya.



Nah daku belanja gambar dulu ya.. :)


Dalam bungkusan: Ketupat pulut, serunding, santan serta resepi.


[RESEPI KETUPAT PULUT & SERUNDING Bonda's rasa asli tradisional]

>>  Basuh beras pulut dalam paket
>>  Rendam beras bersama santan serbuk, 700 ml air dan 1 sudu kecil garam.
     (Rendam selama 45 minit)
      Kacau air supaya santan dan garam sebati

>>  Rebus beras pulut dengan air santan rendaman tadi sehingga santan kering.  Pastikan
      api paling kecil dan masak lebih kurang 1 1/2 jam
>>  Lepas tu boleh angkat dan sejukkan.  Rasanya seperti ketupat pulut tradisional.

      Cicah pula dengan SERUNDING DAGING Bonda's.  Perghhh..!! Memamg makan tak toleh
      kiri kanan lagi dah. TAPI sebelum makan jangan lupa baca Bismillah :D



Kepada yang kesuntukan masa dan hendak EXPRESS sahaja boleh cuba resepi ini ya..

[Cara memasak KETUPAT PULUT & SERUNDING Bonda's EXPRESS]

Mudah sahaja.  Hanya dengan 1 langkah sahaja!!

>> Rebus Ketupat dengan 700 ml air, santan yang telah disediakan dan garam secukup 
     rasa.  Rebus selama 20 minit atas api sederhana.  Ok SIAP!!
     Untuk menaikkan aroma ketupat pulut kita ni, boleh la letak daun pandan.

Mudah, jimat dan pantas kan..







Daku dah cuba, anda bila lagi :)


Kepada yang berminat untuk membeli KPSB boleh terus whastapp di 017 - 240 8646



Eh!! Irfan Khairi pun dah beli ke.. :D




Thursday, 7 January 2016

Tips mudah orang mencari penjual

Teks: Eko Salina Kasman
Gambar: Koleksi sendiri

Bismillah,

"Didoakan sesiapa sahaja yang baca posting ini dideraskan rezeki yang banyak."  Aamiin. :)

Kali ini kita bersiaran dengan tips mudah pembeli mencari penjual. 

Biasa tak apabila kita hendak mencari sesuatu kita rujuk 'pak ‪‎Google‬'.  Rasanya ramai pembaca di luar sana biasa alami situasi macamnikan..Termasuklah saya juga :D

Contonya bila dapat tahu ‪'Buku Bisnes Cara Kami‬' tulisan kak Fel adalah buku paling hot dipasaran bulan Disember 2015 sehinggakan terpaksa jilid semula, dengan sendirinya kita hendak tahu betul ke best sangat buku tu.

Apa lagi pastinya kita terus google dan hendak tengok ada tak ulasan pasal buku ni.smile emoticon

Secara tidak langsung pak google adalah sebagai penyelesaian masalah kita. Tidak perlu iklan sepanjang masa di Facebok  atau FB ads yang memerlukan perbelanjaan.

Kita belajar bina blog‬ dengan betul.  Kita pasak nama dan bisnes anda di google.  Umpama seperti business card kita.  Kami mara 2000 orang pelajar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan aliran trafik ke blog anda. Sekiranya tiada produk sendiri, di Akademi Bekerja Di Rumah mempunyai beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook dan ruang pengiklanan. Secara tidak langsung kita dapat jana pendapatan melalui blog. 

"Berjemaah itu kan lebih baik dari berseorangan"

Kami di ‪Akademi Bekerja Dirumah‬ sedia membantu anda. Kelas dijalankan secara online dan tidak perlu keluar rumah serta lebih fleksibel.

Ada yang nak belajar?

Boleh whatsapp atau pm saya di talian 017- 240 8646