Thursday, 19 March 2015

Luahan Hati Seorang Ibu

Teks: Eko Salina Kasman

Gambar: Koleksi sendiri



Salam ukhuwah,



Minggu ni memang daku sentimental sket. Terasa terlebih sket nak berkongsi cerita tentang anak-anak. Anak-anak lah satu-satunya permata hati yang sangat berharga. Setiap pagi sebelum pergi kerja pasti akan menatap wajah si kecil sepuas-puasnya. Begitu juga kakak. Geram pun ada apabila melihat wajah polos mereka yang sedang nyenyak tido. 



Setiap kali menghantar mereka ke rumah pengasuh pasti kakak belum bangun dari tidur dan en suamilah yang menjadi mangsa untuk mendukungnya.  Aisyah merupakan anak ayah. Terlalu manja dan sangat rapat dengan ayahnya. Segala-galanya ayah. Terima kasih en suami kerana menjadi seorang ayah yang penyayang dan penyabar. Sabar dalam melayani kerenah anak-anak. Aku??



Aku pun anak-anak suka juga. Lagi-lagi bila bab nak jalan dan makan. Apatah lagi si kecil yang masih menyusu badan. Itulah kelebihannya kalau anak yang menyusu badan. Tetap rapat dengan ibu. Alhamdulillah. Namun kadang-kadang daku terfikir sendiri, anak amanah dari Allah. Adakah daku telah menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang ibu. Kenakalan anak-anak membuatkan kita rasa hilang sabar, apa taknya baru sahaja kemas ruang tamu dah bersepah balik. Belum hilang penat, anak-anak macam-macam ragam. Di kala itu lah kita akan mula rasa hilang sabar. Mulalah hendak membebel-bebel dan marahkan anak. 



Apabila melihat anak-anak bermain bloks, terdetik di hati ini. Kreatif juga Aisyah. Berimaginasi dalam membina bangunan. Walaupun pada awalnya bersepah, namun ada masa mood kakak baik dan pandai juga dia kemas barang mainannya. Hilang rasa nak marah pada anak-anak. Sebenarnya bila difikirkan kanak-kanak suka eksplore benda baru. Walaupun rumah bersepah dan tunggang langgang dek kerana memanjat kerusi dan kusyen kerusi dijadikan gelongsor, namun itulah kreativiti anak-anak. Segala dalam barang di rumah hendak dijadikan mainan. Yang penting kita sebagai ibu bapa memantau aktiviti mereka supaya tiada kecederaan atau kemalangan yang menimpa mereka.






Hasil kerja Aisyah. 
Kata Aisyah "Ni rumah Aisyah" :)



Allahuakbar. Bila hati dah reda barulah terfikir balik. Apalah ibu Aisyah dan Irfan ni. Patutlah anak-anak suka beno ngan ayah dia. Sabar dan lembut dalam segala hal. Daku mula beristihgfar. Anak-anak kecil yang tidak berdosa. Timbul penyesalan pula. Tiba-tiba rasa takut pula akan kehilangan mereka. Ya Allah semua ini hanyalah pinjaman dariMu Ya Allah. Ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam membimbing anak-anakku ini. Hati seorang ibu. Segarang mana pun ibu, kasih mereka hingga ke syurga. Begitu lah bagaimana ibu kita menjaga kita, yang mengandungkan kita selama 9 bulan. Kesusahan mereka dalam membesarkan kita. Kasih sayang yang diberikan tidak dapat diganti dengan segunung harta sekalipun. Buat anak-anak sayangilah dan hargailah orang tua kita sementara mereka masih hidup lagi.





2 comments:

  1. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. www.efficient2me.com
    "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan Husna.. Saya ada juga beli ebook Puan..kadang kala ikut tapi banyak yang tinggal..hehhee..walau apa pun teringin hendak ke seminar Puan. Insha Allah..segala info Puan boleh terus email ke: ekosalina@gmail.com..btw terima kasih melawat blog saya :)

      Delete