Tuesday, 17 March 2015

Kasih ibu sampai ke syurga

Cerita petang Jumaat.
=============

"Ina, Irfan tengah tido. Dia deman panas".


Allahuakbar. Terus daku masuk ke rumah pengasuh. Wajah Irfan yang tampak layu. Daku terus memegang kepalanya. Panas!! Terus mengangkatnya dan Irfan terjaga, terukir senyuman dibibirnya. Hati ibu mana yang tidak sayu melihat akan senyumannya itu. Luluh hati ini. Setibanya di rumah, daku terus mandikan Irfan kerana badan dan kepala dia terlalu panas. Kebetulan ubat demam masih tersimpan elok dan belum dibuka lagi. 


"Irfan meh makan ubat."


Alhamdulillah walaupun usianya masih muda tetapi dia sudah memahami apa yang ibu dan ayah perkatakan. Dia juga mudah untuk makan ubat. Sebaliknya dengan si kakak Aisyah. Teramat payah untuk makan ubat dan seringkali memuntahkan balik apabila diberi ubat. Namun tidak bagi Irfan. Hatiku sedikit lega walaupun Irfan demam tetapi masih bertenaga untuk bermain dan membuli kakak. Hehehe. Ini menunjukkan tanda positif. Mudah-mudahan demam biasa sahaja. Maklumlah sekarang kan musim denggi. Risau juga dibuatnya.


Namun, Irfan masih demam panas lagi. Lebih-lebih lagi waktu pagi iaitu jam 2 pagi. Tika itulah daku mengambil air dan ais untuk dilapkan di kepala dan badannya agar dapat mengurangkan panas Irfan. Setiap 6 jam selepas makan ubat pasti Irfan akan demam semula. Hari ke empat (Isnin) Irfan tidak kebah juga dan ubat demam pun tinggal sedikit sahaja. 


Padaku anak perlu diutamakan dahulu. Daku ambil cuti untuk menjaga anak yang demam. Sementara itu kakak tidak ku hantarkan ke rumah pengasuh. Alhamdulillah Irfan beransur sihat setelah diberi ubat antibiotik. Kebiasaannya doktor tidak akan beri antibiotik sekiranya demam kurang dari 3 hari. 



Apabila mama tidak bekerja.
===================



"Aisyah bangun pastu mandi. Kita hantar adik pegi klinik"
"Aisyah tak nakkkk!!!" 
"Ayah keja tau. Mama ngan adik pegi klinik, Aisyah duk umah sorang-sorang iyea".
"Aisyah tak nak mandi. Sejuk laaaaaa..." Marah Aisyah kerana tidurnya diganggu.
"Lepas mama hantar adik pegi klinik, mama nak jalan-jalan ngan adik". Aku cuba umpan Aisyah.
"Eeeeeee...nak ikut".




Begitulah kerenah anak-anak. Bila sebut jalan je baru ada semangat untuk bangun dari tidur. Selepas menghantar si adik ke klinik, daku menunaikan janji kakak pula. Kami ke MacDonald. Biasanya bukan nak makan sangat pun..sekadar bermain gelongsor yang disediakan di MacDonald. Lebih-lebih lagi minggu ni adalah cuti persekolahan. Adalah peneman Aisyah bermain bersama di MacDonald. Begitu gembira sekali bermain bersama rakan baru. Daku turut bahagia. Apa yang penting anak gembira dan kita sebagai ibu sudah menunaikan janji pada anak kita. Sebenarnya bukan lah sesuatu yang mudah untuk mendidik anak-anak. Apatah lagi kadang kala sikap anak-anak yang tidak mendengar kata, suka melawan ibu bapa menyebabkan kita hilang sabar. Kadang-kadang ianya mengajar kita erti kesabaran dalam melayan kerenah anak-anak. 



Walau nakal sekali pun anak kita, kita tetap menyayangi mereka dan tatang bagai minyak yang penuh. Kasih ibu sampai ke syurga. Hanya doalah yang mengiringi mereka agar anak-anakku ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan dapat menyenangi hati kedua ibu bapa.



2 comments:

  1. Tini dulu susah nk dpt cuti.suami je selalu cuti utk jaga anak..tu skrg alhamdulillah atas peluang jd surirumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Tini, Allah dah makbulkan doa Tini.

      Delete