Tuesday, 10 March 2015

Analisa sebelum memulakan bisnes

Teks: Eko Salina Kasman.






Salam 1 Dunia,


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai yang mula mencari peluang untuk menjana pendapatan.  Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ramai masyarakat di luar sana mengintai peluang perniagaan. Apatah lagi dalam situasi ekonomi sekarang banyak syarikat besar yang memberi VSS kepada kakitangan mereka yang mana syarikat tersebut ingin membuat 'down-sizing'. Apabila keadaan ini berlaku pasti kita akan merasa panik, risau, fikiran menjadi runsing dan hati juga tidak tenang.

Ianya tidak kepada mereka yang daripada awal sudah membuat persediaan. Malah pemberian wang dari pengambilan VSS ini akan dijadikan sebagai modal tambahan atau bonus untuk mengembangkan perniagaan mereka. Bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan janganlah bersikap terburu-buru. Cuba membuat analisa sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Walaupun perniagaan itu kecil tetapi biarlah ianya mendatangkan keuntungan kepada kita daripada kita mengalami kerugian. 


Antara analisa mudah yang harus kita tekankan ialah:

>> Memahami permintaan pelanggan

Sebagai peniaga, kita haruslah memahami apakah kehendak pelanggan. Dalam menentukan produk apa yang hendak dijual adalah lebih baik sekiranya kita menjual produk yang bukan berasaskan pada musim tertentu sahaja. Carilah produk yang boleh dijual sepanjang masa. Sebagai contoh produk makanan ialah 'frozen food'. 


>> Analisa persekitaran (bagi mereka yang hendak membuka kedai)

Bagi peniaga yang ingin membuka kedai, pastikan kawasan persekitaran adalah strategik dan mudah untuk para pelanggan untuk datang ke kedai terutama sekali kemudahan pengangkutan awam. Bagi yang tidak mahu mengambil risiko yang besar, bolehlah memulakan perniagaan online sahaja.


>> Target kumpulan sebelum menjual produk

Tumpuan dalam pemilihan produk haruslah ditekankan agar kita tidaklah terlalu ghairah dalam menjual pelbagai produk. Bagi yang baru hendak mula berniaga, adalah seeloknya fokus dalam satu produk dahulu kerana kita masih belum mempunyai ramai pelanggan lagi. Pastikan kita mempunyai target pelanggan sebelum mengeluarkan sesuatu produk. Ini akan memudahkan lagi proses pemasaran kita apabila hendak menjual. Sebagai contoh menjual pakaian wanita. Target pasaran kita adalah kaum wanita sahaja.


>> Menentukan rintangan/ risiko

Semasa menjalankan perniagaan, peniaga akan menghadapi rintangan. Rintangan ini akan menyebabkan kegagalan ataupun memperlahankan perniagaan kita sekiranya ianya tidak diuruskan dengan betul. Walaubagaimanapun, sekiranya kita membuat analisa terlebih dahulu tentang rintangan atau risiko yang bakal dihadapi ini lebih memudahkan kita. Peniaga tahu sejauh mana rintangan akan menjejaskan dirinya dan perniagaannya pada masa akan datang.



Sebagai orang baru dalam perniagaan, tidak semestinya kita perlu mempunyai produk. Sebagai permulaan kita boleh menjadi ejen dropship ataupun affiliate yang mana kita tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal dan menyimpan stok. Kita hanyalah mempromosikan produk tersebut dan mendapat sedikit komisyen daripada hasil jualan kita. Apa yang ditekankan di sini ialah bagaimana kita belajar untuk mendapatkan duit dan mempromosikan sesuatu produk. Dengan cara inilah secara tidak langsung kita dapat mengumpul modal untuk produk kita sendiri.


Walau apapun yang kita rancang dan ingin lakukan, kita perlulah ada matlamat agar tindakan kita akan membuahkan hasil pada masa akan datang. Sebaiknya cuba elakkan sesuatu perniagaan itu melalui pinjaman kerana ianya akan membebankan kepada kita untuk membayar hutang setiap bulan. Sebaiknya mulakan perniagaan kita dengan risiko yang kecil dahulu dan mengawal perbelanjaan kita agar kita tidak mengalami kerugian yang besar.








No comments:

Post a Comment