Wednesday, 4 February 2015

Rindu bertandang lagi

Teks: Eko Salina Kasman



Salam ukhuwah,



Cerita di pagi hari Thaipusam
=====================


Mama: Aisyah nak jalan tak?

Aisyah: Jalan? Nak!!

Mama: Jom, Aisyah panggil ayah kat atas iyea. 
Cakap ngan ayah jom pegi jogging

Aisyah: Yeay!!! Irfan bangun!! 


Kakak begitu teruja mengejutkan adiknya dan memanggil ayah untuk berjogging di pagi hari. Kalau bab berjalan memang Aisyah pantas bangun dan mandi. Itu pun kalau mood dia baik. Alhamdulillah pagi ini Aisyah bangun awal dan tidak meragam sangat.


Setibanya di tasik yang berdekatan dengan rumah daku bertanyakan pada Aisyah. Kebetulan arah jalan ke tasik sehala dengan rumah pengasuh anak-anak.


Mama: Mama ngan ayah hantar Aisyah ke rumah Mama Shida iyea. 
(Mama Shida adalah pengasuh anak-anak kami)

Aisyah: Tak nak!! (Dengan nada yang tinggi dan agak marah)


Begitulah agaknya kerenah kanak-kanak di luar sana. Dikala peninggalan ayah dan ibu keluar bekerja, sama ada suka atau tidak mereka terpaksa ditinggalkan di taska atau rumah pengasuh sepanjang kita bekerja. Kalau diberi pilihan, pasti mereka lebih suka tinggal bersama ibu dan ayah mereka. Bebas bermain dan bermanja dengan keluarga sendiri. 


Itu pun anak-anak belum lagi bersekolah. Belum merasai kelam kabut untuk menghantar anak ke sekolah, menyediakan bekalan mereka dan juga menyemak kerja-kerja sekolah. Tak dapat ku bayang kan pula mengosok baju sekolah anak-anak. Ermm..sekarang ni pun ala-ala rajin memasak dan menggosok baju kerja apa tah lagi cabaran yang bakal ku tempoh bila anak-anak ku sekolah.


Ini lah namanya asam garam dan cabaran dalam rumahtangga. Pasti ibu bapa di luar sana mengalami situasi yang sama. Tiba-tiba hati meronta-ronta untuk tidak bekerja. 


Rindu bertandang lagi apabila teringat 'cuti' selama 2 minggu pada akhir tahun lepas. Rasa keseronokan itu ada apabila seorang ibu duduk di rumah, sambil menjaga anak dan menyiapkan keperluan keluarga. Allahuakbar. Indahnya saat itu. Ingin kembali ke saat itu. Tapi bila iyea? Banyak tanda persoalan. Bersabarlah wahai daku..sampai tika dan masanya tercapai jua cita-cita untuk menjadi 'Working At Home Mom'.


Ada kalanya cuba 'apply' teknik B.A.D. Berkata-kata dan bertanyakan kepada Allah dahulu. Semoga Allah perkenankan doa hambamu ini. Hanya padaNya ku bermohon dan mengadu. Bila dikenangkan apabila menjadi suri rumah sepenuh masa, walaupun diberi kesempatan selama 2 minggu namun daku merasa hati ini sangat tenang, boleh bergolek dan bermain bersama anak-anak, hidup tidak lagi kelam kabut, tidak rasa lagi sakit kepala yang berpanjangan, tidak lagi sesak dan pening dengan kesesakan lalu lintas, tidak lagi berhadapan dengan pelbagai 'dateline' dan lebih menyeronokkan ialah tidak tergesa-gesa dalam menjalani ibadah. Ini kerana apabila tidak bekerja kita tidak terikat dengan masa. Senang dalam menguruskan masa, kita lah pekerja dan kita lah majikannya. 






Namun, bukan mudah untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah. Sebelum berhenti kerja persediaan dari segi fizikal dan mental perlu ada. Semoga apa yang ku lakukan sekarang adalah satu platform untuk daku menjadi WAHM. Daku bermohon dan berusaha ke arah itu dan hanya Allah sebaik-baik perancang. Daku yakin setiap permohonan itu pasti diperkenankan samada cepat atau pun lambat sahaja. 



Nak tahu apa yang daku lakukan sekarang sebagai persediaan sebelum menjadi WAHM?
.
.
.
.
.
.
.

Boleh jenguk dan rujuk DI SINI  iyea :)

No comments:

Post a Comment