Wednesday, 21 January 2015

Tips Penjual Yang Berjaya


Assalamualaikum para pengunjung,


Ramai di kalangan kita suka berniaga, ianya satu perkembangan yang sihat di mana akan melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Bagi yang berjaya pastinya menjadi satu kebangaan buat mereka kerana apa yang diusahakan membuahkan hasil yang lumayan. 


Namun begitu, ada juga yang tidak berjaya malah ada yang mengalami kerugian yang besar. Di manakah silap nya iyea. Mungkin juga silap dari segi pemilihan produk, pengurusan kewangan yang tidak betul, kurang pemasaran ataupun penjual itu sendiri. Sebenarnya banyak faktor yang boleh membuatkan sesuatu bisnes itu tidak berjaya. Akhirnya terpaksa gulung tikar.


Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan dan tiada modal yang besar, seharusnya kita mula perniagaan secara kecil-kecilan memadai dengan modal kita yang ada. Seeloknya elakkan daripada berhutang, terutama sekali berhutang dengan bank. Ini kerana bank akan mengenakan 'interest' kepada peminjam. Walaupun perniagaan kita secara kecil-kecilan tetapi perniagaan kita itu betul. Pemilihan produk, pemasaran dan juga pengurusan wang yang betul merupakan salah satu faktor untuk bisnes kita terus maju dan berkembang.


Kita sedia maklum, setiap barangan yang hendak di jual perlulah mempunyai jurujual yang proaktif serta efektif dalam jualannya. Sebagai jurujual profesional, mereka adalah penggerak dan pemacu dalam sesebuah perniagaan. 


Antara tips penjual yang berjaya ialah:

*  Pilih bidang yang kita gemari
-   Belajar menyukai kerja kita dan lakukanlah tugas kita dengan cemerlang

*  Tetapkanlah matlamat kita
-   Tetapkan dengan tepat apa yang kita mahu, contohnya sekiranya kita mahu 
     menambahkan pendapatan tetapkan jumlahnya.

*  Tabah dan keazaman kuat bagi mencapai matlamat.
-   Jangan lakukan sesuatu itu seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja dan hanya 
    separuh jalan. Apabila kita sudah menentukan matlamat kita, jangan sekali-kali 
    berfikir hendak gagal.

*  Uruskan masa dengan bijak
-   Pepatah ada mengatakan, Masa itu emas. Kita perlulah pandai menguruskan masa
    kita dengan sebaiknya.

*  Manfaatkan bakat semulajadi
-  Kita haruslah mengenal pasti bakat semula jadi kita yang istimewa dan 
    memajukannya hingga tahap yang paling tinggi.

* Berbuat baik
-  Sebagai penjual haruslah berbuat baik ketika berinteraksi dengan orang lain. Kita 
    haruslah lebih bersikap jujur apabila berurusan dengan pelanggan.

*  Sanggup berkorban untuk berjaya
-  Kita haruslah bekerja keras dan lebih masa daripada orang lain. Binalah sikap mahu 
    bersegera, serta bertindak dengan pantas.




"Menjadi lumrah hidup, kejayaan hanya dapat dicapai selepas bertungkus lumus berusaha mendapatkannya".
 - Napoleon Hill-



Semoga dapat memberi manfaat kepada semua :) 


No comments:

Post a Comment