Sunday, 2 November 2014

Makanan Sunnah

Dalam usaha menjayakan penyusuan susu buat bayi sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya enam bulan terdapat beberapa faktor yang perlu diambil perhatian termasuklah soal pemakanan. Makanan dan minuman adalah asas yang paling penting dalam menjayakan penyusuan ibu dan bayi memerlukan makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran mereka.

Bagi membantu ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan mereka, makanan sunnah adalah makanan yang terbaik yang boleh diamalkan dalam pemakanan seharian.  Antara makanan sunnah adalah kurma, kismis, madu, buah tin, buah zaitun, buah delima, buah apricot, kacang badam, za'faran dan banyak lagi.

Khasiat yang terdapat dalam makanan sunnah ini adalah:-

1) Kurma
  • Kaya dengan serat (baik untuk sistem pelawasan)
  • Kaya dengan Potassium yang dapat meyeimbangi kembali kandungan air dalam tubuh badan
  • Baik untuk menguatkan daya ingatan
  • Mempunyai khasiat untuk tumbesaran kanak-kanak
2)  Kismis
  • Tidak mengandungi kolestrol serta kandungan garam yang rendah
  • Mempunyai vitamin dan mineral yang penting iaitu zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6
  • Membantu dalam meningkatkan memori dan hafalan
  • Secara umum, kismis dapat membantu memulihkan keletihan saraf, bantu kurangkan stress, merawat penyakit histeria, anemia, masalah anak hiperaktif dan sebagainya.
3)  Habbatus sauda
  • Mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan bayi.
  • Dapat meningkatkan sistem imun badan.
4)  Madu
  • Madu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi
  • Memulihkan kekuatan tubuh, membersih dan menambah darah.
  • Baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental
  • Secara umumnya, ia dapat membantu menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
  • Membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid dan baik untuk perempuan mengandung serta bersalin.
 5) Za'faran
  • Merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan menguatkan ingatan.
  • Saidina Ali R.A ada menegaskan bahawa sesiapa yang mengambil za'faran setiap hari maka otaknya pintar.
Persoalannya, adakah kita mampu untuk memakannya satu persatu.  Kadang-kadang kita tidak mampu untuk memakan kesemuanya di atas beberapa faktor terutama sekali kepada ibu-ibu yang bekerja yang mempunyai kesuntukan waktu.   

Bagi ibu-ibu yang terhebat di luar sana boleh dapatkan Qaseh Gold Adinda dalam menjayakan penyusuan ibu yang berkualiti. 




TEMPAH SEKARANG

No comments:

Post a Comment