Sunday, 2 November 2014

Apa itu Dropship


Teks:  Eko Salina Kasman.







Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Droship???  Apa itu dropship.  Daku pun tak pernah dengar dan tahu apa yang dimaksudkan dengan dropship.  Janggal pulak rasanya dengan perkataan dropship.  Dahlah tak tahu, malas pula hendak bertanyakan dekat 'Pak Google'.  Hehehe.

Pertama kali daku dengar perkataan dropship ni adalah melalui adik kepada rakan pejabat daku.  Ina nama singkatan dia.  Ina adalah pemilik 'instant shawl' yang diberi nama Magic Hijab.  Memang mudah di pakai dan mesra bagi ibu yang menyusu seperti daku dan yang mempunyai anak kecil. Daku melihat prospek untuk menjual tudung instant ni sangat bagus, lalu daku memberi cadangan kepada suami untuk menjualnya kepada rakan-rakan.  Alhamdulillah 'instat shawl' Magic Hijab mendapat sambutan.  Daku tumpang gembira. Setidak-tidaknya permulaan bagi suami daku untuk berniaga tanpa menggunakan modal.


Apakah yang dimaksudkan dengan dropship iyea.  Bagi pembaca yang belum pernah dengar atau tidak tahu langsung dengan perkataan dropship, di sini daku kongsikan serba sedikit tentang dropship.



TANPA MODAL

Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, mereka pasti ingin meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara perniagaan tanpa modal.  


KAEDAH DROPSHIP


Dropship memerlukan anda mempromosikan barang tersebut dilaman sosial, laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Anda tidak perlu membeli stok ataupun risau dengan menyimpan stok yang banyak.  Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut dan iklankan.   Ada setengah syarikat menyediakan bahan promosi produk yang mereka tawarkan.  Ini memudahkan lagi ejen untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat tersebut.  Apabila anda mendapat tempahan, anda hanya perlu hubungi pengedar produk tersebut dan pengedar itu sendiri yang akan menghantarkan barang untuk anda atau pun terus kepada pembeli.  Anda akan mendapat keuntungan melalui harga jualan.  Ini bermakna syarikat menjual kepada anda dengan harga yang murah. Menarik dan mudah bukan?




(Gambar: Ehsan dari 'Pak Google')


Berbalik kepada pengalaman suamiku dalam perniagaan dropship ini, pada mulanya daku tidak berminat untuk menyertai perniagaan ini.  Namun yang demikian, daku rasa tertarik dengan perniagaan ini apabila suami daku menjual 'instant shawl' yang mendapat sambutan hangat, seperti goreng pisang panas lak rasanya. Komisen yang suamiku  terima dari hasil jualan agak memberangsangkan.  Dari situ la daku tertarik dengan perniagaan tanpa modal ini.  Ianya sangat sesuai kepada peniaga-peniaga yang ingin berniaga tetapi tidak tahu produk apa yang hendak dijual dan tidak ada modal yang banyak.   Dari situ lah daku mula membuat survey yang mana ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan dropship ini.

Pada daku, perniagaan tanpa modal ini sangat bagus kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.  Ianya sangat mudah dan jimat masa.  Pesan daku pada pembaca di luar sana yang berminat dan ingin mencuba perniagaan ini, pastikan syarikat yang kita pilih itu betul-betul stabil dan mempunyai jenama agar kita dan juga pembeli tidak tertipu dan mendapat barang yang berkualiti. Kini dengan kenaikan harga minyak, para pengguna lebih bijak untuk memilih dan membeli barang di laman sesawang. Pembeli boleh mengakses shopping online mereka hanya dihujung jari sahaja.

Menarikkan?  Belum cuba belum tahu.  Islam juga menggalakkan kita untuk berniaga.  Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak.  Rasullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: 

"9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan." (Hadis riwayat Imam at-Tirmidzi).




2 comments:

  1. nice entry..dapat idea utk bisnes online lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la join Akademi Berniaga di rumah...

      Delete