Tuesday, 4 November 2014

Aku, minyak dan GST


Teks: Eko Salina Kasman

Gambar: Carian Google



Assalamualaikum dan salam ceria,


Seawal 6.30 pagi daku bertolak dari rumah ke tempat kerja.  Alhamdulillah perjalanan pagi ini tidak menyesakkan seperti hari biasa.  Radio HotFM peneman daku di pagi hari.  Celoteh Fafau, AG dan Fizi menghiburkan daku di pagi hari.  Ditambah pula pagi ini, daku menerima cek daripada syarikat insuran, terlebih bayar katanya.  Ini menambahkan lagi keceriaan daku di pagi hari ini.  Entahlah, rasanya dah betul dah pembayaran yang dibuat.  Orang tua-tua kata rezeki jangan di tolak, dah dapat cek cepat-cepat lah bank-in iyea.  Hehehe.

Sesampai di pejabat, pintu pejabat belum dibuka.  Sementara menunggu rakan-rakan lain untuk sarapan bersama, pen dan kerta menjadi mangsa coretanku.  Bukannya apa, takut idea yang datang mencurah-curah hilang begitu sahaja dek makan sarapan sekejap lagi.  Huhuhu.  Biasalakan nanti bila dah jumpa rakan sepejabat banyak bebeno nya la nak diceritakan, confirm hilang segala idea daku nanti.

Daku sebenarnya teringat akan cerita kawan semalam, harga khidmat urut yang kami biasa pergi dah naik RM10.  Ini disebabkan oleh kenaikan harga rempah.  Daku mengeluh seketika, daku faham dengan situasi sekarang.  Sepanjang daku mengurut dengan kakak ni selama beberapa tahun, baru ni la dia naik harga khidmat urut.  Daku tidak salah kan dia.  Rakan daku seorang lagi mengadu tentang kenaikan harga susu anak.  Tiba-tiba juga daku teringat kata-kata mak ketika daku pulang ke kampung, "Beli barang sikit pun dah nak RM200" keluh mak daku.  Tika itu daku melihat barang yang dibeli oleh mak daku.  Hanyala barang keperluan.  Daku memandang ke luar, kelihatan kanak-kanak bermain pasir diluar rumah.  Gelak ketawa sesama mereka melihatkan betapa gembiranya mereka.  Alangkah seronoknya kalau daku berada di tempat mereka sekarang, tidak perlu memikirkan pelbagai masalah. Apatah lagi masalah kewangan, keluarga dan juga ekonomi semasa.  Itulah realiti kehidupan sekarang.  Kenaikan harga minyak yang di alami sekarang sedikit sebanyak memberi impak kepada rakyat.  Walaupun hanya pengurangan subsidi minyak RM0.20 sahaja, tetapi tetap terasa pada daku golongan marhaen ini.  Tepuk dada tanyalah iman. Hendak mengeluh pun tidak berguna, GST yang bakal kunjung tiba pun bakal terasa.  Apatah lagi daku bekerja di bahagian kewangan.  Bahangnya sudah terasa.

Dalam menongkah arus kehidupan dan di atas kesedaran ini, kita perlu lah pandai memilih dan pandai berjimat dalam berbelanja, apatah lagi dengan kos kehidupan yang tinggi.  Di sini daku kongsikan beberapa panduan ketika ingin berbelanja, agar perbelanjaan yang dibuat tidak melebihi dari had yang ada.  




Antara panduannya ialah:-

- Bandingkan Harga

Jangan terus membeli barang yang dikehendaki.  Cuba buat perbandingan harga antara kedai       kedai runcit atau pasaraya di tempat yang anda dapati harga dan kualiti lebih murah dan baik.

- Bawa beg sendiri

Kalau kita biasa membeli belah pada hari sabtu, pastikan kita membawa beg sendiri untuk        mengisi barang yang akan dibeli, untuk mengelakkan daripada membeli beg plastik. 

- Beli secara tunai

Beli barang keperluan atau harian dengan tunai dan bukan kad kredit.  Ini boleh mengawal   perbelanjaan kita di samping mengurangkan interest yang dikenakan oleh pihak bank sekiranya     kita menggunakan kad kredit.

- Berfikir sebelum beli

Kini pelbagai produk berada di pasaran.  Janganlah mudah terpedaya dengan jurujual, malah           kita perlula berfikir dahulu sebelum membeli.  Adakah kita memerlukan barangan tersebut           ataupun nanti barang tersebut menjadi barang hiasan sahaja.

- Sediakan senarai barang

Sebelum kita hendak membeli belah, pastikan kita sediakan senarai barangan yang hendak           dibeli.  Pastikan kita mematuhi senarai barang yang telah ditulis untuk mengelakkan dari           membeli barang yang tidak perlu.

- Sediakan bajet

Menyediakan bajet sangat penting dalam mengawal perbelanjaan kita.  Sebelum menerima gaji         kita perlu la menyediakan bajet agar perbelanjaan kita tidak melebihi pendapatan kita.  Ini juga         menggelakkan darpada menggunakan kad kredit.


Rasanya tika ini dulu coretan daku.  Daku sentiasa pesan pada diri sendiri, sentiasa berfikiran positif. Jangan mengeluh dan yakin pada Allah.  Setiap apa yang berlaku ada hikmah nya. Bukanla redha sahaja dengan apa yang berlaku sekarang, tapi cuba bermuhasabah diri dan tetap terus berdoa agar diri ini sentiasa dilimpahi rezeki dan kehidupan kami sekeluarga mendapat keberkatan dariNya.









No comments:

Post a Comment