Friday, 31 October 2014

Ebook Bayi Genius







Muka Surat : 126

Penulis : Lina Karim (Ibu kepada Darwish & Darwisya)







"Ilmu mendidik janin perlu ada pada setiap wanita muslim sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam rumahtangga lagi.  Ia adalah sumber bangkitnya satu bangsa atau kaum yang akan datang." - Dipetik dari ebook Lina Karim



Setiap ibu bapa mempunyai keinginan agar anak-anak mereka menjadi anak yang genius dan secara umumnya pembentukan anak yang genius adalah bermula dari dalam rahim ibu.  Apatah lagi keinginan untuk mendapat anak sehebat anak penulis yang boleh menghafaz Al-quran dari sejak kecil bukanlah mudah.  Perancangan awal yang lebih teliti harus dilaksanakan agar kita dapat melahirkan bayi genius.  Darwish dan Darwisya adalah merupakan satu anugerah Allah kepada penulis.


Melalui buku ini lah penulis berkongsi pengalamannya sendiri semasa mengandungkan Darwish dan Darwisya.   Penulis juga bercerita tentang bagaimana kaedah menjaga diri dan janin semasa di dalam kandungan yang menggabungkan ilmu Islam dan sains.  






Bagi mendapat anak yang genius bukanlah yang semudah yang diperkatakan.  Ibu bapa perlulah mempunyai pengetahuan dalam memberi pendidikan sewaktu janin itu dalam rahim lagi. Dalam merealisasikan impian ibu bapa untuk melahirkan anak yang berjaya dunia akhirat, penulis mengupas bagaimana mendidik anak kita seawal dalam kandungan ibu lagi dengan menggunakan kaedah C.E.R.M.I.N (Cita-cita, Emosi, Rangsangan, Makanan, Imaginasi dan Nilai Luaran) bagi merangsang IQ, EQ dan SQ bakal bayi. Kekuatan yang ada pada ayat suci Al-quran dan doa ibu bapa itu sendiri bakal melahirkan bayi yang genius di akhir zaman.  Penulis juga berkongsi keutamaan amalan pemakanan ketika mengandung dan juga gangguan jin dan iblis ketika beliau mengandung.



Perkongsian pengalaman penulis ini sangat berharga buat ibu-ibu diluar sana yang sedang mengandung atau pun merancang untuk mengandung.  Melalui pengetahuan dan ilmu yang diberikan, dapatlah kita mempraktiskan dan fokus dalam usaha untuk melahirkan anak genius di akhir zaman.













No comments:

Post a Comment